Saturday, April 6, 2013

Anwar Sedang Pujuk Jambu Berkhidmat Di Pejabatnya


Gundah gulana.

Itulah hakikat perasaan yang sedang melanda Jambu.

Siapakah Jambu? Jawapannya ada dalam video di bawah.


Pada minit 4:50 Zulkifli Noordin mencelah "Hey Jambu, duduklah Jambu...,", yang jelas merujuk kepada Yusmadi Yusoff.


Kini sah Yusmadi yang dipanggil Jambu oleh Zulkifli, tidak akan mempertahan kerusi parlimen Balik Pulau yang dimenanginya pada PRU12.

cokp


Seperti yang telah diumumkan oleh Anwar Ibrahim, kerusi kawasan berkenaan akan ditandingi oleh Muhammad Bakhtiar Wan Chik (foto atas).


Menurut laporan Keadilan Daily, Anwar sedang memujuk Jambu berkhidmat di pejabatnya.
“Tapi, sudah sampai ketikanya, sebagai tokoh muda – kalau dia (Yusmadi) setuju, kita beri tugas lain di pejabat saya dan sekretariat pusat KEADILAN, insya-Allah dalam kerajaan baru,” - Anwar Ibrahim.
Tugas lain yang fungsinya macamana agaknya?

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 5 - Memalukan Apabila Khalid Ibrahim Guna Kalkulator Rosak Kira Pendapatan Royalti Pasir Selangor


Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Negeri Selangor, mereka cuba memperlekeh kutipan royalti pasir yang sekadar RM17 juta setahun semasa pentadbiran Barisan Nasional.

Mereka mendakwa bahawa Pakatan Rakyat boleh mengumpul RM150 juta dari hasil royalti pasir. (Rujuk pada hansard Sidang DUN Selangor di bawah)


Selepas pembubaran DUN Selangor, angka kutipan ini tidak pernah mencapai RM150 juta setahun seperti didakwa mampu dikutip oleh Pakatan Rakyat.

Inilah akibat ketakburan Pakatan Rakyat yang mendakwa kononnya lebih wibawa dalam mentadbir negeri dan negara. Awal-awal lagi, mereka telah tersilap congak dan tanpa membuat rujukan mendakwa royalti pasir dikira berasaskan unit tan metrik, walhal kiraan sebenar adalah berasaskan unit meter padu.

Kadar royalti pasir di Selangor ialah RM3 setiap meter padu dan ia boleh dirujuk pada pekeliling Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, klik SINI. (1 meter padu =  antara1.6 hingga 1.8 tan metrik)

Oleh yang demikian, anggaran kutipan royalti tahunan RM150 juta tidak boleh dan mustahil untuk diraih sama sekali.

Dek kerana malu gara-gara terlajak kata-kata, Khalid Ibrahim telah memberikan butiran berikut (dipetik dari  portal Media Selangorku)


Melihat pada angka yang diberikan, ternyata bahawa ia bukanlah perbandingan antara kutipan royalti pasir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan kutipan royalti oleh Kerajaan BN sebelumnya. Sebaliknya, ia lebih kepada pendedahan jualan oleh Kumpulan Semesta.

Walau bagaimana pun, kami blog Akar Umbi telah membuat anggaran keluaran mengikut kiraan metrik tan disamping kiraan anggaran royalti yang dikutip oleh kerajaan Pakatan Rakyat, yang diringkaskan mengikut jadual di bawah:-



Berasaskan kiraan tersebut di atas, ternyata bahawa andai dicampurkan antara jumlah jualan dan anggaran royalti pasir, jumlah sasaran RM150 juta setahun tidak pernah dicapai, sepanjang Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor.

Kegagalan ini adalah gara-gara Khalid menggunakan kalkulator rosak berjenama "Yaakob Sapari".

Jadi, layakkah Pakatan Rakyat dikatakan lebih wibawa dari BN?

Friday, April 5, 2013

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 4 - Igauan Ngeri Kehilangan Kerusi MB Hantui Khalid Ibrahim Di Minggu Terakhir Menjelang Pembubaran Parlimen


Hujung minggu sebelum pembubaran parlimen, MB Selangor telah mengadakan Makan Malam Bersama Warga Institusi Pendidikan Islam Selangor (29 Mac 2013) yang berlansung di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Sambutan tidak memberansangkan (foto bawah) dan banyak kerusi kosong. Mujurlah diselamatkan oleh satu bas peserta-peserta rombongan Yayasan Islam Kelantan yang turut diraikan dalam majlis tersebut.

Khalid dalam majlis tersebut membayangkan bahawa kedudukannya adalah tidak pasti samada kekal sebagai MB Selangor.


Sebelah petang keesokan harinya, Khalid mengadakan perjumpaan dengan anak-anak Sabah di Selangor dalam majlis yang dinamakan Rapat Mesra Kinabalu, bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam.

Khalid dan PKR juga tahu bahawa anak-anak Sabah yang menjadi pemilih di Selangor begitu cenderung kepada BN. Oleh itu, Khalid amat berharap agar pertemuan dengan anak-anak Sabah di perantauan akan menjadi turning point yang memihak kepada Pakatan Rakyat di Selangor.

Malang, sekali lagi peristiwa di majlis makan malam sehari sebelum berulang untuk kali kedua.

Bayangan kehilangan kerusi MB yang diduduki Khalid semakin hampir menjadi kenyataan.

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 3 - Lelaki Penggemar Cerita Seks Melayu Dedah Skandal Khalid Ibrahim Di Kuala Selangor


Sekali lagi MB Selangor menerima tamparan hebat.

Airos Shahidin Manaf yang mendakwa dirinya sebagai ahli PKR Cabang Kuala Selangor telah membuat laporan terhadap penyelewengan Khalid Ibrahim kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM).

Hasil semakan melalui enjin carian, Airos seperti kebanyakan anggota PKR yang lain adalah seorang penggemar cerita seks Melayu (rujuk imej bawah).


Rakaman video SPRM mendedahkan butiran laporan yang dibuat oleh Airos terhadap Khalid boleh ditonton di bawah..

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 2 - Malaysiakini Hebohkan Khalid Ibrahim Diejek Dalam Majlis


Entri ini adalah sambungan dari Bhg 1.

Lagi tamparan buat MB Selangor, apabila portal Malaysikini yang dilihat sebagai pro Pakatan Rakyat tanpa segan silu melaporkan TS Khalid Ibrahim telah diejek oleh para hadirin dalam suatu majlis.

Baca petikan berikut.


Bhg 3 akan lebih sensasi bila melibatkan pengakuan seorang lelaki penggemar cerita seks Melayu yang mendedahkan skandal Khalid di Kuala Selangor.

Tunggu pendedahan blog Akar Umbi jam 4.02 petang ini.

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 1 - Kini Giliran Video Goncang Khalid Ibrahim


MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah pun mendapatkan perkenan Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor pada jam 2.40 petang semalam.

Apakah Khalid berpeluang untuk mempertahankan kerusi MB Selangor untuk penggal yang berikutnya?

Kini telah mula tersebar video goncang yang amat memalukan Khalid Ibrahim.

Malu berganda untuk Khalid, video tersebut ditaja oleh sebuah syarikat yang Kerajaan Negeri Selangor sendiri punya pegangan 30% saham di dalamnya.

Thursday, April 4, 2013

Analisis PRU13 - Ketika Reformasi Indonesia Mengurangkan Peranan Tentera Dalam Politik, Anwar Pula Berpaut Pada Jeneral-Jeneral Pencen


Sehari sebelum parlimen dibubarkan, Bekas Panglima Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein (foto atas) telah dinamakan oleh DS Anwar Ibrahim sebagai calon PKR untuk kawasan parlimen Johor Baharu pada PRU13 yang akan datang.

Selain Md Hashim, Lt Jeneral Abdul Ghafir Abdul Hamid turut dinamakan untuk bertanding di Pasir Gudang. Dalam pada itu, Brig Jeneral (B) Abdul Hadi Al Khatab (ada cerit mengatakan beliau tidak layak menggunakan pangkat tentera kerana tindakan disiplin - klik SINI), disebut sebagai calon di Tanjung Malim.

Sementara itu dipihak PAS, Brig Jeneral Dato' Najmi Ahmad telah pun dinamakan oleh Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang sebagai calon di Baling.

Disamping Najmi, Laksamana Pertama (B) Imran Hamid adalah antara bekas pegawai tinggi ATM yang menyertai PAS.

Sesuatu yang mungkin kita tidak perasan, meskipun keseluruhan mereka adalah pesara-pesara ATM yang telah pun menjadi orang awam, semua mereka masih menggunakan gelaran seperti yang mereka sandang dalam ATM.

Fenomena ini merupakan suatu perkara yang baru, seolah-olah Pakatan Rakyat yang dikoordinasi oleh Anwar cuba menonjolkan peranan tentera dalam politik Malaysia.

Keadaan ini berbeza dengan reformasi di Indonesia apabila rakyat menuntut penghapusan dominan Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (sekarang Tentera Nasional Indonesia - TNI) dalam sistem politik negara tersebut.

Justeru apa yang cuba dibawa oleh Anwar jelas satu permulaan membawa tentera dalam kancah politik.

Saya tidak yakin bahawa bekas-bekas Jeneral ini dapat mensesuaikan dalam satu sistem pentadbiran awam, memandangkan sebahagian besar usia mereka adalah didalam sistem ketenteraan.

Rupanya, didalam Anwar memandang dan menjiwai reformasi di Indonesia, hatinya terpaut jua kepada sistem yang berlaku diera pemerintahan Suharto.

Seharusnya ATM harus dipandang sebagai suatu institusi yang profesional dalam memelihara kedaulatan negara.