Negeri Sembilan pada hari ini telah mencatat sejarah sebagai negeri pertama di dalam Persekutuan Malaysia yang Dewan Undangan Negeri (DUN)nya terbubar secara automatik. Dengan itu bermakna seramai 36 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menjadi kelompok pertama yang tidak lagi bergelar YB di kawasan masing-masing hasil dari eksperimen yang pertama kali diperkenalkan dalam sejarah PRU Malaysia.
Lihat senarai Adun terbabit yang dipetik dari
Wikipedia.
Eksperimen ini turut mencatat:-
- Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan menjadi ketua negeri yang pertama tidak menandatangani perisytiharan pembubaran DUN
- MB Negeri Sembilan menjadi MB yang pertama yang tidak memohon perkenan Diraja untuk pemburan DUN
- Speaker DUN Negeri Sembilan menjadi Speaker DUN yang pertama memaklumkan terbubarnya DUN dengan sendiri.
Persoalannya, apakah pembubaran automatik DUN Negeri Sembilan berdasarkan tarikh matang ini adalah sebahagian dari isyarat dari PM DS Najib bahawa PRU akan diadakan hanya selepas kesemua DUN dan Parlimen mencecah tempoh matang?
Berdasarkan kepada tarikh terbubarnya DUN Negeri Sembilan pada hari ini, tarikh terakhir Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan adalah pada 27 Mei 2013.
Dalam pada itu, berdasarkan laporan
Utusan, DUN Kedah, Sabah dan Terengganu akan mencapai tarikh matang pada 5 Mei 2013.
Jika PM mengambil pendirian untuk menggunakan eksperimen ini sebagai precedent dimasa akan datang, PRU masih boleh diadakan serentak mengikut ketetapan SPR (SPR telah mengumumkan bahawa PRU13 akan diadakan serentak - kecuali PRN Sarawak), walau pun menunggu sehingga tarikh matang di 3 negeri terakhir berkenaan.
Dengan mengambil kira tarikh pembubaran automatik pada 5 Mei 2013 dan tempoh minimum kempen 10 hari yang ditetapkan oleh SPR, PRU serentak boleh dilaksanakan pada hari terakhir (tempoh 60 hari) bagi PRN Negeri Sembilan, iaitu sebelum 27 Mei 2013.
Andai perkara ini berlaku, maka secara lansung PM akan dapat mematikan cakap-cakap di pihak pembangkang yang kononnya wujud campurtangan badan eksekutif dalam sistem pilihan raya di Malaysia.