Saturday, March 2, 2013

Tembak Menembak Di Lahad Datu Bukan Perkara Baru - Belum Setahun Anwar Jadi Menteri, Dia Sudah Dengar Hal Tersebut Dalam Mesyuarat Kabinet


Saya menerima mesej berikut dari seorang sahabat, yang memanjangkan maklumat dari penduduk Lahad Datu. (Mesej ini disiarkan sepenuhnya tanpa sebarang suntingan)
Komen from my LD friend : Kwn2, allow me a moment of indulgence to clear the foul stench of stupidity amongst the malaysians. Kes kat LD is nothing new to us sbhns, in the 90s they abruptly came to the shore at Semporna and immediately bombed the police stations, and went amuck at the town. They are smart people, some left at the sea naik dr kwsn bakau and lived 4 6 mth b4 start to mingle with locals and married them. The tausugs in LD now didn't came all at once, instead they came in batches, with inside helping frm their family at the village. Trust me they have been there at least 2 3 mth b4 the group bcomes complete, then they decide its time to wage war. Klu tak paham rules of engagement, jgnlah menunjuk pandai ckp bukan2 kata kerajaan lemau, ada hati nak banding dgn bersih. Polis kene masuk dulu sbb dorg trained as negotiators, tentera is the last resort as they will not spare anyone once commanded. They need time to ensure all the locals are out of the village and then cut their food and finance sources, hoping the tausugs will surrender. That is our rules of engagement. We are not barbaric stoic like the american soldiers. Yg pandai ckp je kt media skrg ni cuba bg arahan btukar kt sbh ke swk, meraung bwk keturunan naik turun ofis merayu xnak dok sana, tp mulut mcm haram mengutuk semua yg tlibat kt LD kata klu dorg kt sana lama dah setel. Kene suntik kt spital pun pejam mata mengucap2, tgk darah pun pitam lagi nak g perang. Those who went in and died today knew they might not come back alive, as that was their vow when inducted to the force. So please, belajar dr sejarah, nak blajar sejarah kene bnyk membaca, sbb tu org kita ramai jd mcm ni, mulut ngan otak tak sama frekuensi, bhs biadapnya bangang abadi. Fedup with their stupidity. Thank u for ur moment.
Menyemak kembali kepada arkib peristiwa, antara serangan-serangan yang pernah berlaku ialah;

  • Serangan keatas Balai Polis Semporna 29 April 1954 - klik SINI.
  • Penculikan/rampasan kapal tunda balak 24 September 1984 (ketika ini Anwar dah jadi Menteri Kabinet) - klik SINI.
  • Bakar bendera Sabah 3 April 2009 - klik SINI.
  • Penculikan 2 orang pengusaha burung walit 16 November 2012 - klik SINI.
Ada mana-mana pemimpin PKR khususnya Anwar dan Tian Chua nak berhijrah ke Lahad Datu?

Atau Ngeh & Nga tak teringinkah buat estet di Lahad Datu?

Sesungguhnya hanya penduduk-penduduk di Lahad Datu yang arif dan faham dengan apa yang berlaku di sana. Moga Allah selamatkan mereka semua.

Friday, March 1, 2013

Pernahkah Anwar Sertai Upacara Ini Pada Tahun 1997?


Apakah Anwar Ibrahim penah menyertai upacara seperti didedahkan dalam video di bawah?


Syak mula timbul padanya, bila terdapat unsur-unsur seperti yang didedahkan di SINI.

Penemuan Terbaru!!! Rupanya 2 Tok Guru PAS Telah Diperbodohkan - Bukan Sekadar Pamer Simbol Salib, Turut Julang Simbol Freemason


Kealpaan 2 orang Tok Guru yang menjadi teraju utama PAS, mempermudahkan Anwar Ibrahim memperbodohkan mereka.

Amat memalukan, bila 2 orang Tok Guru ini menjadi model untuk mempamerkan lambang salib dan simbol Freemason.


Perhatikan simbol kebanggaan Kristian dan Freemason yang tidak disedari sama sekali oleh Hadi Awang dan Nik Aziz (imej atas) yang dipetik dari muka depan Manifesto PRU13 Pakatan Rakyat (imej bawah).


Bandingkan pula monumen Freemason di bawah yang menjadikan 'mata satu' sebagai objek yang teratas.


Para ulamak dalam PAS, bangkitlah demi membenteras kekekufuran.

Thursday, February 28, 2013

Pendedahan Seorang Perisik (Bukan P.I Bala) - Anwar Pernah Ketuai Sindiket Jual Minyak Petronas Dibawah Harga Pasaran Ketika Jadi TPM


Video tebaru 'I' Files - J. Smith menyifatkan bahawa sepanjang tempoh perkhidmatan Anwar Ibrahim dalam kerajaan adalah sebagai gabungan kronisme dan Islam radikal.

Anwar dikatakan menggunakan wang yang besar dalam membina imej dan membentuk rangkaiannya.

Malahan didedahkan bahawa Anwar telah mengetuai sindiket penjualan minyak Petronas di bawah harga pasaran tanpa disedari oleh PM ketika itu, Tun Dr Mahathir.

Exco Selangor Ronnie Liu Terkejut Bila Dapat Tahu 38 Pengundi Melayu, 11 Pengundi India dan 5 Pengundi Cina Didaftar Dalam Banglo Milik Hartawan Cina Di Kawasan DUNnya


Pihak pembangkang cuba menjadikan isu, apabila mereka mendakwa seramai 46 orang telah didaftarkan sebagai pengundi menggunakan alamat rumah (foto atas) yang terletak di No. 994, Jalan Papan (sekarang dikenali sebagai Lebuh Pendamar), Pandamaran, Klang.

Dulu mereka tidak begitu ambil pusing berkenaan hal tersebut, namun bila DAP melalui Exco Selangor Ronnie Liu memenangi kerusi DUN Pandamaran, barulah mereka sedar berkenaan perkara yang amat pelik bagi mereka.


Apatah lagi Ronnie Liu yang bukan berasal dari Klang, tentunya jahil dalam pembangunan di kawasan diwakilinya.  Hakikatnya, di tahun 1970an terdapat rumah-rumah setinggan  sepanjang lebih 200 meter di seberang longkang besar dihadapan banglo berkenaan.

Pemilik banglo telah bermurah hati memberi izin kepada penduduk-penduduk setinggan berkenaan menggunakan alamat kediamannya di kad pengenalan masing-masing, malah turut digunakan sebagai alamat surat menyurat.



Dengan kejayaan matlamat 'setinggan sifar' di Selangor di bawah kerajaan BN era Dr Khir Toyo, penempatan setinggan di situ telah tidak wujud lagi dan kini kawasan tersebut menjadi zon penampan antara Kawasan Perindustrian Pandamaran dengan kawasan kediaman (foto atas).

Oleh kerana isu 46 orang pengundi dalam satu rumah dibangkitkan oleh pembangkang, SPR telah melakukan siasatan dan mendapati bahawa bukan 46 pengundi menggunakan alamat berkenaan, malah SPR menemui angka sejumlah 54 pengundi menggunakan alamat tersebut dan bermakna lebih dari yang didakwa oleh pihak pembangkang.

Dari semakan SPR dengan JPN, mereka mendapati 43 orang telah menukar alamat mereka mengikut kediaman terkini masing-masing, sementara 11 lagi masih menggunakan berkenaan.

Oleh kerana mereka yang berkenaan tidak memohon untuk menukar pusat mengundi, maka pusat mengundi mereka kekal mengikut tempat asal pendaftaran mereka.

Mungkin pelik bagi mereka yang tidak tahu asal usul dan sejarah tempatan, namun hakikatnya   kalau mengikut buku daftar pemilih SPR, dalam banglo berkenaan terdapat 38 pengundi Melayu, 11 pengundi India dan 5 pengundi Cina!

Wednesday, February 27, 2013

Hadi Awang Awang & Nik Aziz Tak Tidur Malam Bila Dimalukan Di Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat


Riak wajah Hadi Awang dan Nik Aziz di atas sudah cukup untuk membayangkan kekecewaan mereka.


Dari petikan manifesto Pakatan Rakyat di atas, kedudukan Islam sekadar diterima sebagai agama persekutuan, malah tiada huraian selanjut berhubung dalam mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah.

Ini berbeza dengan kenyataan Hadi semasa Seminar Manifesto PRU 13  PAS Terengganu,
 “Kita (ahli PAS) perlu faham tiga konsep ‘Negara Berkebajikan’. Pertama, mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kedua, ekonomi yang mencukupi dan ketiga, keamanan dalam negara dan luar negara.  
 “Ini tiga konsep yang penting bila kita (PAS) hendak tegakkan negara. Barang kali kita tidak sedar kerja kita untuk menang pilihan raya, untuk mendirikan sebuah kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Hukum Islam yang adil adalah nombor satu yang disenaraikan oleh Allah SWT pada hari kiamat kelak”
Jika demikian jadinya, bagaimana agak Hadi dan Nik Aziz akan berdepan dengan Allah s.w.t kelak?

Mungkin dalam hati mereka berkata, "Lebih baik PAS kalah, daripada malu berdepan dengan Allah".

Ohhhh TidaaaK..... Lagi Kes Liwat 4 Pelajar Sekolah Menengah Libatkan VIP

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus besar sebuah syarikat GLC ditahan kerana dipercayai meliwat empat pelajar sebuah sekolah menengah, minggu lalu.

Suspek yang berusia 40-an dan sudah berkahwin itu ditahan di Lumut, Perak susulan dari laporan polis yang dibuat pada 8 Februari lalu oleh ibu salah seorang dari mangsa. [Berita Harian]