PAS tidak mahu kalah dengan kecanggihan treler propagandanya.
Treler propaganda PAS kelihatan bagai punya dua sayap yang boleh terbang. Barangkali ia ingin membayangkan betapa ia boleh terbang endirian ke bulan tanpa menggunakan roket.
Ahli-ahli PAS kagum dengan kecanggihan lori ini.
Malangnya, mereka tidak boleh bermegah kerana treler ini khabarnya ditaja oleh tauke Cina. Baca seterusnya di Sel 13.
Semalam portal Sel13 melaporkan yang Pak Kadiaq punya kepentingan dalam Sazean Group of Companies yang miliki beberapa projek di Selangor.
Selepas tidak lagi menjadi menteri, dalam tempoh 2009 hingga 2011 Pak Kadiaq sudah kumpul RM78,762,400 hasil jualan tanah di Jalan Ampang dan di Pelabuhan Klang.
Transaksi pertama melibatkan penjualan tanah kepada L & G dan yang kedua kepada KPJ.
Pak Kadiaq gerenti tak boleh nafi kerana 2 transaksi berkenaan melibatkan syarikat-syarikat awam yang disenaraikan di bursar.
Gara-gara marah kerana tewas di mahkamah MB Selangor TS Khalid Ibrahim bertindak bagai dirasuk syaitan dengan mengeluarkan arahan menggantung semua projek prasarana Kerajaan Persekutuan di Selangor, seperti jalanraya dan bangunan.
Keputusan itu dibuat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini di dalam kes dua tiang kamera penguatkuasa automatik (AES) yang dipasang di lebuhraya di dalam kawasan Sepang.
Dengan arahan tersebut, bermakna Khalid sengaja membuat onar terhadap Kerajaan Persekutuan dan pada masa yang sama menjadikan rakyat Selangor sebagai tebusan.
Projek di atas adalah antara contoh projek Persekutuan di Selangor, iaitu pembinaan jambatan antara Pulau Carey dengan Pulau Indah di Pelabuhan Klang.
Projek di atas amat penting bagi mempermudahkan trafik antara Pelabuhan Barat di Pulau Indah dengan tanah besar dalam konteks meningkatkan lagi kecekapan pelabuhan tersebut mengendalikan kargo ke seluruh negara.
Khalid bertindak dengan kemarahan walhal jambatan tersebut dibina demi kesejahteraan rakyat di negeri yang ditadbirnya.
Jika inilah sikap dan pendirian Khalid, maka rakyat Selangor WAJIB menolak Khalid dan Pakatan Rakyat dari terus mentadbir Selangor.
“Kita (ahli PAS) perlu faham tiga konsep ‘Negara Berkebajikan’. Pertama, mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kedua, ekonomi yang mencukupi dan ketiga, keamanan dalam negara dan luar negara.
“Ini tiga konsep yang penting bila kita (PAS) hendak tegakkan negara. Barang kali kita tidak sedar kerja kita untuk menang pilihan raya, untuk mendirikan sebuah kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Hukum Islam yang adil adalah nombor satu yang disenaraikan oleh Allah SWT pada hari kiamat kelak,”- Abdul Hadi Awang
Di atas adalah petikan ucapan Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang semasa berucap pada majlis penutup Seminar Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 PAS Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Masjid Rusila, Marang pada 2 minggu lepas.
Tentunya ia adalah intipati dari Buku Hijau PAS "Negara Berkebajikan - Tawaran PAS" yang dilancarkan pada 11 Disember 2011.
Meskipun Buku Hijau PAS dianggap oleh para pemimpin-pemimpin PAS bukan sebagai sebagai saingan kepada Buku Jingga PR, namun secara lansung ia memberi isyarat betapa wujud kelemahan dalam Buku Jingga.
Seperti yang terkandung dalam Buku Jingga, Islam sekadar diiktiraf sebagai agama persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Naib Presiden PAS Salahudin Ayub ketika pra pelancaran Buku Hijau menyifatkan buku berkenaan sebagai nilai tambah kepada Buku Jingga. Jadi tidak syak lagi membuktikan betapa hasrat untuk mendaulatkan syariat Allah dalam kerajaan tidak diterima oleh DAP dan PKR.
Oleh yang demikian, kenyataan yang dilontar oleh Hadi Awang di atas adalah lebih besifat retorik semata-mata dan sekadar untuk membangkitkan semangat ahli dan penyokong PAS untuk terus menyokong parti berkenaan.
Dalam banyak keadaan, pandangan-pandangan PAS tidak diterima pakai oleh DAP dan PKR. Contoh yang amat nyata ialah berkenaan dengan isu kalimah Allah. Meskipun, Majlis Ulamak PAS telah menolak penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tetapi ia tidak diterima oleh PR sebagai pandangan yang berwibawa.
Mampukah Hadi mendepani DAP dan PKR dalam mendaulatkan syariat Allah dalam kerajaan kalau dapat menawan Putra Jaya?
Jawapannya, ia hanya boleh dicapai jika Hadi yang menjadi PM.
Khabar dari Utara Semanjung melaporkan bahawa hari ini MB Kedah Dato' Seri Azizan Razak mengetuai majlis angkat sumpah memperbaharui perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Jemaah Exco Kerajaan Negeri Kedah.
Kedah punya keunikan kerana kuasa Jemaah Exco perlu diperbaharui setiap tahun.
Disaat-saat laporan mengatakan 11 kawasan DUN menolak Azizan (baca petikan dari Berita Harian di sebelah), Azizan mengambil keputusan untuk memperbaharui autoritinya, memandangkan tempoh kuatkuasa Jemaah Exco Kedah yang diketuainya bakal berakhir pada 28 Februari 2013.
Dalam pada itu, Penganalisis Undang-Undang Prof Salleh Buang dalam mengulas perkara tersebut, mempertikaikan tindakan Menteri Besar Kedah itu, malah menganggap sebagai tiada keperluan terhadap tindakan tersebut.