Saturday, February 2, 2013

Siapa Warlord DAP Selangor Yang Bakal Sertai BN Sebelum PRU13?


Menurut laporan Utusan, seorang pemimpin DAP Selangor bakal menyertai BN dalam masa terdekat.

Blog Akar Umbi sedang mencari identiti pemimpin berkenaan.

Baca petikan di bawah:-

"Masalahnya Nik Aziz, kalau mesyuarat dia tak datang. Kalau dia datang, dia tidur," Ujar Hadi Awang Pada Pak Lah


Hadi Awang pernah menyatakan masalah Nik Aziz kepada Pak Lah.

Kalau bermesyuarat beliau sering tidak hadir. Malah kalau hadir pun sering tidur ketika mesyuarat berlansung.

"Selamat Tinggal Politik" - Zaid Ibrahim


Zaid Ibrahim telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia politik.

Bila berlaku perubahan lanskap politik selepas PRU12, ternyata Zaid tidak istiqamah dalam perjuangan.

Kalau rasa sayang pada UMNO dan mahukan perubahan UMNO, Zaid mesti menunggu dan sama-sama lakukan perubahan dalam UMNO dan bukannya mengambil tindakan meninggalkan UMNO.

Apa yang berlaku pada Zaid, jelas bahawa beliau mengejar keinginan peribadi.

Dengan menyertai PKR, Zaid berharap dapat membina kejayaan politik peribadi namun akhirnya gagal. Reformasi apa yang Zaid ingin lakukan?

Dengan cuba menjadikan KITA sebagai platform politik selepas meninggalkan PKR, turut berakhir dengan kegagalan. Hakikatnya Zaid sedar bahawa ia bukanlah seorang punya nama besar dalam politik, apatah lagi seorang catalyst dalam membawa perubahan.

Langkah terbaik baginya ialah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia politik tanahair.

Friday, February 1, 2013

Sepandai-pandai Anwar Ibrahim, Akhirnya Dibodohkan Oleh Afdlin Shauki


Tengok foto di atas.

Sambil seluk poket Afdlin (paling kanan) memerhatikan gelagat Anwar yang sedang bercakap dalam sidang akhbar membidas dan Israel dan Amerika.


Alamat meloponglah PKR yang bakal tidak mendapat dana tajaan dari pelobi-pelobi pro-Yahudi di Amerika untuk PRU13.

Gambar Afdlin perangkap Anwar menderma untuk masjid di Gaza boleh dilihat di SINI dan SINI.

Pembangunan Kondo 56 Tingkat, Guan Eng Potong Jadi 28 Tingkat - Gara-Gara Hanya Bagi Derma RM1.5 Juta Untuk Bangunan Ibu Pejabat DAP


Ada cerita lawak dari Pulau Pinang.

Kisahnya berkenaan Lim Guan Eng mengajar matematik pada sebuah badan korporat.

Badan korporat memohon kelulusan pembangunan kondo 56 tingkat dan pada masa yang sama badan korporat dipohon memberi sumbangan RM3 juta untuk pembangunan ibu pejabat DAP di Pulau Pinang.

Korporat berkenaan hanya memberi sumbangan RM1.5 juta.

Sebagai pengajaran, kelulusan pembangunan kondo hanya sekadar untuk 28 tingkat.

Baca seterusnya di SINI.

Thursday, January 31, 2013

Fuhhhh..... Nik Aziz Terus Guna Fasal 77(7)


Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat telah mengumumkan pemecatan keahlian Ust Nasharuddin Mat Isa.

The Star telah melaporkan kenyataan Nik Aziz dan petikannya adalah seperti di bawah.


Walau dalam perlembagaan PAS ada menyebut,
Fasal 77(7) 
"MAJLIS SYURA ULAMA" dalam keadaan tertentu dalah berhak mengambil apa-apa tindakan tatatertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tatatertib ke atas mana-mana ahli PAS yang diadukan kepadanya oleh mana-mana pihak yang tersebut dalam ceraian (2) Fasal ini. Keputusan dan tindakan "MAJLIS SYURA ULAMAK" itu adalah muktamad.
namun, sebenarnya masih ada ruang perbicaraan, jika Nik Aziz menggunakan budibicara, dengan merujuk Nasharuddin ke Lembaga Tatatertib.

Ini termaktub dalam fasal-fasal berikut,
Fasal 75(4) 
"MAJLIS SYURA ULAMAK", menurut kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa. 
Fasal 75(5) 
Kuasa Jawatankuasa Tatatertib itu ialah 
(a) Memberi amaran 
(b) Melucutkan hak-hak dalam parti 
(c) Menggantung keahlian 
(d) Memecat dari menjadi ahli 
Fasal 75(6) 
Seseorang ahli yang tidak berpuashati terhadap sebarang tindakan dan keputusan yang dikenakan ke atasnya oleh Jawatankuasa ini bolehlah membuat rayuan bertulis kepada "MAJLIS SYURA ULAMAK" dalam tempoh tidak lewat daripada enam puloh hari dari tarikh tatatertib itu diambil terhadapnya. Keputusan "MAJLIS SYURA ULAMAK bersabit dengan rayuan itu adalah muktamad.
Akan tetapi dalam kes Nasharuddin, nasib beliau begitu malang apabila Nik Aziz mempergunakan kuasa mutlak Majlis Syura Ulamak.

Alahai Mat Sabu....... Isu-Isu Semasa Pun 'Fail'!


Alahai Bang Mat! Malu kalau fail bab isu-isu semasa.

Tambahan pula Bang Mat adalah Timbalan Presiden PAS, yang Bang Mat sendiri dakwa sebagai parti Islam.

Islam ni Bang Mat bukan bab akidah sahaja, tapi Islam itu adalah akhlak yang baik.

Mengapa Bang Mat masih suka bercakap dusta?


Terbaru, dalam Harakah edisi cetak untuk keluaran 1 Februari 2013, Bang Mat kata Timbalan Pengerusi SPR Dato' Wan Ahmad Wan Omar tak boleh dipercayai.

Bang Mat kata Wan Ahmad Wan Omar terlibat masa pemberian I.C biru kepada pendatang asing semasa berkhidmat sebagai Pengarah SPR Sabah.

Sebenarnya Bang Mat, Pengarah SPR Sabah yang disebut oleh dalam RCI Sabah ialah Wan Ahmad Wan Yusof, yang dah jadi arwah pun dan bukannya Wan Ahmad Wan Omar.