Saturday, November 24, 2012

Gempar!!! Pengarah Urusan McDonald's Malaysia Akui Operasinya Tidak Mengikut Undang-Undang Malaysia

Bukan hendak menambah lagi serangan terhadap McDonald's Malaysia, namun mungkin kerana tak tertahan dengan serangan keatas organisasi perniagaan berkenaan, notis edaran mereka yang ditandangani oleh Pengarah Urusan Azmir Jaafar telah berlaku kesilapan.


Lihat pada kenyataan didalam kotak garisan putih di atas. Notis berkenaan memaklumkan, organisasi berkenaan dibawah rang undang-undang Malaysia.

Rang undang-undang sebenarnya bermaksud draf undang-undang yang belum diluluskan oleh parlimen dan belum mendapatkan perkenan Diraja. Justeru, dengan sendirinya ia adalah bukan undang-undang.

Satu kesilapan besar dilakukan oleh staf McDonald's Malaysia sendiri!

Kesian Golden Arches Restaurants Sdn Bhd pengendali rangkaian outlet McD yang dikuasai oleh Mohamed Shah Kadir yang beribu-bapakan bekas menteri ( Allahyarham Tan Sri Kadir dan Allayarhamah Tun Dr Fatimah Hashim) yang tertekan dari luar dan dalam.

P/s - Aku masih bedal burger McD Malaysia sebab taukehnya Mohamed Shah Kadir

Bila Eli Wong Kepedasan..........


Terima kasih kepada TV Selangor kerana menyiarkan soalan yang dianggap nakal dari ADUN Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim.

Yang jelas, Exco Eli Wong yang terasa kepedasan tanpa suaan cili oleh Mohd Isa.

Patutlah Hadi Awang Nak Jadi Nelayan - Rupanya Dah Terlajak Cakap Anwar Ibrahim Jadi PM Sejak Anwar Dihukum Liwat Azizan


Rupa-rupanya Presiden PAS DS Hadi Awang sudah terlepas cakap dan bersetuju bahawa DS Anwar Ibrahim menjadi PM jika PR mentadbir Putra Jaya, seawal PKR lahir.

Maka tidak hairanlah, Hadi yang menyesal dengan keterlajakan kata-kata sendiri, akhirnya memilih untuk menjadi nelayan selepas ini.

Merajuk rupanya orang tua ni!

Friday, November 23, 2012

Peguam Sulaiman Abdullah Tak Rela Wakili Nurul Izzah?


Dalam kenyataan media awal Nurul Izzah, beliau telah menamakan Peguam Sulaiman Abdullah sebagai salah seorang peguam yang akan mewakilinya dalam saman fitnah terhadap  Utusan Malaysia.


Beliau telah menggunakan perkataan "Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia....".

Namun, ketika memfailkan saman tersebut hari ini, kebanyakan media menyebut hanya Hanipa Maidin yang mewakili beliau.

Apakah ini bermakna Sulaiman telah mengingkari arahan Nurul atau sememangnya beliau enggan mewakili wanita berkenaan?

Tiadanya kelibat Sulaiman, maka membuka ruang spekulasi terhadap kenyataan awal Dato' Zulkifli Noordin, yang membayangkan DS Anwar Ibrahim dan Nurul sendiri akan terkejut besar dengan barisan pembelaan Utusan.

Sulaiman akan mewakili Utusan?

Sumbangan Ikhlas Khalid Ibrahim Kepada Anak-Anak Muda Bandaraya Shah Alam - Sepasang Tiang Gol Street Soccer Dibuat Dari Beluti Terpakai


Objek utama dalam foto di atas ialah tiang gol yang diperbuat daripada kayu. Tiang gol ini ada pasangannya yang terletak lebih kurang 10 meter menghala ke kanan dari objek di atas.

Saya yakin tiang-tiang gol ini digunakan oleh sekumpulan anak muda untuk bermain street soccer.

Lokasinya ialah di lapangan parkir yang terletak diantara kondominium dan blok unit perniagaan di Sekysen 15, Shah Alam.

Barangkali inilah tiang-tiang gol yang termampu disediakan oleh MB Selangor yang kedekut tahi hidung masin untuk anak-anak muda di Bandaraya Shah Alam.

Silap-silap gaya, selepas ini MB Selangor akan arahkan MBSA menghilangkan tiang gol ini dari pandangan.

Permohonan Rafizi 'The Trumpet Blower' Gagal


Permohonan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli untuk mengenepikan tuduhan dibawah BAFIA gagal.

Dengan bersandarkan dalihan sebagai 'whistle blower', Rafizi berharap dapat mengenepikan pertuduhan keatasnya.

Seperti dikatakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri DS Nazri Aziz, Rafizi melampui watak sebagai 'whistle blower', bahkan tersasar sebagai 'trumpet blower' yang mencanangkan kerahsian pihak ketiga secara terbuka.

Pesara Buraikan Serban Nik Aziz Kerana Kepalanya Nak Digondolkan


Kelmarin, satu pendedahan telah dibuat dalam perjumpaan NGO-NGO Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru.

Bekas Naib Canselor UiTM TS Prof Dr Ibrahim Abu Shah telah menceritakan bagaimana Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat adalah penghalang utama kepada perpaduan Islam dan Melayu.

Tonton keseluruhan video di bawah.