Saturday, September 29, 2012

Husin Tembak Ketua Puteri UMNO?


Blog satira The Antics of Husin Lempoyang menyentuh tentang Minggu Kesedaran Obesiti Sedunia.

Secara sinis, Husin Lempoyang mengucap tahniah kepada Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ketua Puteri UMNO Malaysia Dato' Rosnah Abdul Rashid Shirlin atas inisiatif dalam membasmi obesiti rakyat Malaysia.

Penulisan Husin Lempoyang selalunya terlalu berkias, meskipun hakikatnya terang-terang 'menembak'.

Kebetulan sudah pun dikiaskan, rasanya elok juga di 'tembak sipi-sipi' Ketua Puteri UMNO.

Pernah berlaku dalam sebuah bahagian, jumlah cawangan Puteri UMNO berjumlah 45. Namun, 20 cawangan telah gagal mengadakan persidangan. Ini bermakna hampir separuh dari keseluruhan cawangan-cawangan tidak layak menghantar perwakilan ke Mesyuarat Agung Puteri Bahagian.

Puteri UMNO telah menjangkau usia 11 tahun. Ini bermakna dah sebaya dengan usia gadis sunti. Apa yang berlaku di bahagian berkenaan harus diambil iktibar oleh Rosnah.

Jika tidak, maka sia-sialah matlamat dan tujuan penubuhan Puteri UMNO yang merupakan suatu proses untuk meremajakan UMNO.

Sampai bila Wanita UMNO mampu menjadi tulang belakang?

Nota Peribadi Anwar Kepada Wan Azizah Dilelong RM50,000 - Spender Anwar Tak Mahu Lelong Ke?

Khabarnya Pakatan Rakyat telah mengadakan lelongan awang untuk 'fund raising' PRU.

Items yang terlelong adalah seperti berikut:-

Nota Anwar kepada Wan Azizah RM50,000

Topi nelayan Hadi Awang RM17,000

Tongkat Nik Aziz RM12,000

Spender Anwar berapa sen?

Friday, September 28, 2012

MP PKR Kapar Nak Hempuk Kepala Khalid Ibrahim Bila Hanya Bagi 3 Minit Untuk Berbincang


MB Selangor Khalid Ibrahim adalah MB yang bermasalah.

Kenyataan ini bukan dibuat oleh orang BN, tapi oleh MP PKR Kapar S. Manickavasagam ak.a Mike.

Seperkara yang buat Mike naik angin, bila Khalid cuma memperuntukkan 3 minit untuk pertemuan dan perbincangan antara mereka berdua. Takkah Khalid memang sengaja buat Mike umpama pariah?

Dengar luahan dan kecaman Mike keatas Khalid Ibrahim dalam video di bawah:-

Wednesday, September 26, 2012

Kalau Ustaz PKR Tak Kantoi Ditangkap, Khalwat Di Pahang Cuma 947 Kes


Kalau Ketua PKR Cabang Sabak Bernam Dr Badrulamin Baharon tidak ditangkap khalwat di Kuantan tempoh hari, kes khalwat di Pahang tidak akan genap menjadi 948 kes.

Kes khalwat adalah kes yang tertinggi melibatkan jumlah keseluruhan kesalahan jenayah syariah di Pahang untuk sembilan bulan pertama 2012.

Nik Aziz Dikejarkan Ke Hospital?


Khabarnya MB Kelantan Nik Aziz masuk hospital.

Di bawah dipetik dari blog Kerabu Bersuara.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Tersepuk Bila Menyedari Telah Dipedaya Oleh PKR


Di sidang Dewan Rakyat Jun lalu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga MP PAS Shah Alam Khalid Samad dengan bangganya menyatakan Kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim telah berjaya menjimatkan lebih RM100 juta setahun dari pengambilalihan pengurusan sampah yang sebelum ini diuruskan oleh Alam Flora.


Namun begitu. Khalid Samad tidak menyedari yang kutipan sampah kini adalah 2 kali seminggu berbandingan 3 kali seminggu ketika dibawah kendalian Alam Flora. Malahan, terdengar rungutan bahawa di  beberapa kawasan, kutipan hanya sekali seminggu.

MP PAS Shah Alam itu, turut mengumumkan pembelian lori kompakter oleh kerajaan Selangor (melalui GLC Selangor).

Apabila kekerapan kutipan menurun menjadi 1 - 2 kali seminggu, apakah bermakna lori sebahagian 50 lori kompakter berkenaan telah rosak gara-gara tidak menepati spesifikasi dan kualiti rendah?

Hakikatnya juga, tanpa Khalid Samad sedari, PKR telah mengambil kesempatan dari pembelian tersebut, dengan menumpang sekali pembelian 1 unit coach mewah untuk kegunaan Anwar Ibrahim.

Bagi PAS, kekallah mereka menghirup kuah, sementara segala isi dan daging dibedal dan dikebas oleh PKR.

Baca pendedahannya di SINI.

Pendedahan Rakaman Audio Babitkan Peribadi Lim Guan Eng


Sah bahawa hal karekter peribadi Lim Guan Eng telah didedahkan melalui rakaman audio.

Kisah peribadi Guan Eng boleh dibaca di SINI, dan rakaman audio karekter peribadinya pula didedahkan dalam video di bawah.