Saturday, September 1, 2012
Bas Pentarama Tanpa Permit Milik PKR Sekarang Ada Di Balai Polis Kota Bharu
Ekoran laporan polis yang dibuat oleh pemandu, bas pentarama PKR kini berada di Balai Polis Kota Bharu untuk siasatan berhubung insiden simbah cat merah dan pecah cermin.
Bagai skrip yang dirancang, bas tanpa kelulusan JPJ ini seolah-olah sengaja diperlakukan oleh PKR.
Andai PDRM atas nasihat JPJ, menyita bas tanpa permit ini maka ia bakal diputar belit oleh mereka, sebagai tekanan keatas parti pembangkang berkenaan.
Walhal Anwar Ibrahim sendiri mengakui bahawa bas ini belum memperolehi kelulusan dari JPJ.
Kes Penarikan Diri Pasukan Beruniform Dari Perbarisan Kemerdekaan Selangor - Faekah Arahkan SUK Bentang Laporan Kepada MB
Setpol MB Selangor Faekah Husin membuat kenyataan di portal Media Selangorku bahawa SUK Dato' Mohamed Khusrin telah diminta menghantar laporan kepada MB berhubung penarikan diri pasukan beruniform dari menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor.
Menjelang malam kemerdekaan, penulis telah menerima mesej BB yang berbunyi,
"Tentera & polis diarah pulang ke kem masing2 drp menyertai perarakan kemerdekaan di shah alam mlm ini.kerana majlis sambutan tersebut telah dipolitikkan. Anwar Ibrahim telah dibawa oleh kerajaan selangor utk menyampaikan ucapan pd mjls itu."Mesej di atas sudah cukup untuk menjawab persoalan yang diaju Faekah.
Bas Pentarama Anwar Ibrahim Kemungkinan Disita JPJ Gara-Gara Tiada Permit
Siapa punya angkara menyimbah cat ke bas pentarama Anwar? (Dikatakan sebagai pentarama kerana bas itu punya pentas. Fuziah Salleh pula dah arahkan video Sivaji The Boss wajib disediakan dalam bas berkenaan)
Ada yang kata kononnya PKR sengaja create untuk dapatkan simpati rakyat.
Beranikah PKR secara rasmi membuat aduan kepada pihak berkuasa jika benar wujud vandalisme dalam hal ini?
Kemungkinan besar PKR tidak akan membuat sebarang laporan polis. Sekiranya mereka berbuat demikian, mereka akan berdepan dengan penyitaan samada dari JPJ mahu pun PDRM, ekoran beroperasi tanpa permit.
Perkara ini (operasi tanpa permit) disahkan sendiri oleh Anwar dalam video di bawah.
Friday, August 31, 2012
Khalid Ibrahim Dedah Rahsia PKR Dah Ada Banyak Duit - Datang Dari Mana? Rasuah?
Kerana terlalu excited naik coach mewah, Khalid Ibrahim telah secara tidak sengaja mendedahkan bahawa PKR sudah ada banyak duit.
Persoalannya, datang dari sumber mana? Rasuah?
Zahid Hamidi Nyaris Kena Main Dengan Anwar Ibrahim Di Malam Merdeka
Terus terang dikatakan saya telah menyindir Menteri Pertahanan DS Ahmad Zahid Hamidi melalui posting saya di SINI.
Terus terang saya katakan bahawa timbul rasa terkilan terhadap Zahid, apabila Pasukan Kawad Senyap TLDM akan membuat penampilan istimewa di depan Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim (yang anak-beranak menghina TLDM, bila mengatakan 'ada kapal selam tapi tak boleh menyelam'), sempena Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor yang berlansung malam tadi.
Tambahan pula, Anwar dijadualkan akan berucap di majlis berkenaan
Mujurlah, ATM telah membuat keputusan untuk menarik diri menjelang perarakan berlansung.
![]() |
Foto dan laporan : Utusan Malaysia |
Muka Anwar Masam Mencuka Bila Tiada Sambutan Rakyat Selangor Di Malam Merdeka Di Shah Alam
Jelas kelihatan muka Anwar Ibrahim masam mencuka, bila bilangan kehadiran ke Sambutan Merdeka Peringkat Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, begitu meleset dari yang dijangka.
Pergerakan trafik di semua jalan masuk ke pusat bandaraya Shah Ala,m ternyata bergerak lancar. Kesesakan hanya berlaku di hadapan Hotel Grand Blue Wave Shah Alam. Malah tiada langsung anggota polis trafik mengawal lalulintas.
FB milik penyokong pembangkang melaporkan puluhan ribu hadir.
Sekali imbas dari foto di atas, mungkin ramai yang bersetuju yang kehadiran adalah ramai. Sebaliknya, cuba perhatikan ruang kosong di padang hijau yang berada paling belakang. Disamping itu, ada ruang kosong (di jalan untuk perarakan) iaitu diantara kelompok orang yang paling hampir dengan pentas utama, dengan kelompok orang berada di tepi padang hijau.
Kalau berdasarkan pengalaman saya dengan event kehadiran 10,000 orang ke pusat bandar sudah cukup untuk menyebabkan pergerakan trafik menjadi pelahan di semua jalan masuk ke pusat bandaraya Shah Alam.
Saya telah melalui 2 pengalaman tersekat dan terperangkap dalam kesesakan teruk di Shah Alam. Pertama, ketika sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor pada tahun 1986 dan ketika separuh akhir Piala Malaysia Selangor - Kedah 1997.
Dengan pengalaman itu, sudah cukup untuk saya menjangka kehadiran untuk sesuatu event di Shah Alam.
Anggaran saya, kehadiran rakyat malam tadi adalah kurang dari 3,000 orang.
Difahamkan juga ATM yang sepatutnya terlibat difahamkan akan turut serta dalam perarakan telah menarik diri.
Pasukan kawad senyap TLDM telah menarik diri, gara-gara Sultan Selangor yang juga Kolonel Kehormat TLDM telah tidak diundang ke majlis sambutan berkenaan.
Muniandy Kantoi Di Pusat Bandaraya
![]() |
Sumber Foto : My Massa |
Foto 2 anak muda yang berada di ambang merdeka sebentar tadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)