Friday, August 24, 2012

DBKL Buat Persiapan Selamatkan Nurul Izzah Dari Terjun Ke Tasik Titiwangsa

Sumber Gambar Hiasan : Ondscene.com
Sebelum ini kita pernah dikhabarkan yang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah berura-ura untuk lari dari kampung halaman untuk mencuba nasib di Parlimen Nibong Tebal bagi menyelamatkan karier politik peribadi setelah mengetahui cengkaman pengaruhnya di Permatang Pauh saban waktu semakin merosot.

Pun demikian apabila menyedari hasratnya itu sudah terdedah pada umum, mahu tidak mahu untuk mengelak malu dan polemik yang berpanjangan, terpaksa digagahkan jua kakinya untuk terus bertahan di Permatang Pauh sekalipun tahu hujung hayat politiknya dalam PRU 13 mungkin bakal ternoktah di sana.

Rupanya bukan Anwar sahaja yang mengalami sindrom ketakutan untuk menerima penolakan rakyat kerana ia turut menjangkiti anak sulungnya, Nurul Izzah yang sekarang ini adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR.

Perkembangan terbaru yang diperolehi dari sumber-sumber PKR menyebut, Nurul Izzah sudah pasti akan lari meninggalkan Parlimen Lembah Pantai setelah tidak tahan menerima asakan dari Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang kian melebarkan pengaruhnya di sana.

Nurul Izzah sedar kehadirannya di Lembah Pantai langsung tidak memberi impak positif kepada penduduk dan pengundi di sana, apatah lagi selepas beberapa kajian yang dilakukan oleh jentera PKR turut mengesahkan senario semasa tidak lagi memihak kepada PKR. Hasil kajian-kajian itu turut menjangkakan peluang PKR di Lembah Pantai bukan sahaja terlampau malap malah kemenangan pastinya condong kepada BN dengan kelebihan sekitar 2,000 undi.

Sementelah lagi sudah sekian ramai hulubalang dan orang kanannya di kawasan parlimen itu telah beramai-ramai terjun dari kapal mencari perlindungan di bahtera BN, nampak gayanya terpaksa juga Nurul Izzah mengorak langkah mencari kawasan baru yang difikirkannya masih putih untuk menerimanya.

Mengikut maklumat tersebut lagi, kawasan parlimen baru yang bakal ditandingi oleh Nurul Izzah ialah Titiwangsa yang sebelum ini dikuasai oleh calon PAS, Allahyarham Dr. Lo'Lo yang memenangi parlimen tersebut dengan majoriti 1,972 undi. Sebagai ganti peralihan kerusi tersebut, PKR akan menyerahkan kerusinya di Parlimen Wangsa Maju untuk ditandingi oleh calon PAS.

Pada PRU 2008, Parlimen Wangsa Maju dimenangi calon PKR, Wee Choo Keong selepas menewaskan penyandang asal dari BN dengan majoriti 150 undi. Wee, bagaimanapun meninggalkan PKR pada Mei 2010 dan kekal sebagai wakil rakyat Bebas sehingga sekarang. 

Nurul Izzah mungkin berasa lega kerana merasakan sudah ketemu kawasan yang dikiranya selamat, tapi dengan senario hari ini yang makin memihak kepada BN dan gelombang penolakan rakyat terhadap pembangkang semakin kuat melanda negara, angan-angan Nurul Izzah untuk sekali lagi menjadi 'yang berhormat' nampaknya masih terlalu jauh dari jangkauan.

(Nukilan Beruang Biru)

Thursday, August 23, 2012

Kalau Ikut Idea Rafizi Lembu, Rakyat Akan Naik Kereta Lembu


Bila Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli menjadi gila dengan kempen 'Turunkan Harga Kereta', harap-harap rakyat pun jangan turut menjadi gila.

Sekali pandang, mungkin ramai akan terpengaruh apabila Rafizi memberi sasaran penurunan harga kereta bagi yang dalam kumpulan bawah 2,000 c.c. Namun perlu diingat bahawa idea ini akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Dengan kemudahan kredit yang sedia ada, iaitu margin pembiayaan setinggi 90% dan tempoh pembayaran sehingga 9 tahun, penurunan harga kereta akan memberi kesan keatas pemilik kenderaan, pembiaya (bank) dan pengusaha kereta terpakai.

Pemilik kereta akan mengalami kerugian dari segi susutnilai yang amat ketara bagi kereta yang dimilikinya, iaitu ditambah dengan penurunan harga baru bagi kereta yang sama jenis miliknya. Andaikan nilai harga kereta yang sedia ada diparas RM35,000 dan penurunan harga kereta adalah sebanyak RM5,000 maka nilai semasa kereta milik individu akan menjadi RM30,000.

Hakikatnya, tempoh pembiayaan yang panjang tidak membawa banyak perubahan kepada prinsipal yang dibayar oleh pemilik kereta. Oleh yang demikian, jika pemilik kenderaan ingin melupuskan kenderaan (contohnya melalui trade-in), mereka akan rugi kerana terpaksa membayar perbezaan prinsipal dengan nilai semasa kenderaan berkenaan.

Bagi pihak bank pula, mereka menghadapi risiko terhadap kereta-kereta yang ditarik kerana pastinya akan berada dibawah nilai pinjaman yang diberi.

Begitu juga dengan pengusaha kereta terpakai, disamping berdepan dengan susutnilai kepada stok dalam simpanan mereka, mereka juga berdepan dengan masalah permintaan terhadap stok yang dimiliki.

Akhirnya, idea Rafizi ini akan mendatangkan mudarat kepada ekonomi negara.

Che Gu Bard Cabar Lim Guan Eng - Akan Tampilkan Lajim Ukin Sebagai Ikon SAMM


Badrul Hisham Shaharin a.k.a Che Gu Bard seolah-olah sengaja mencabar KM Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Seperti yang sedia maklum, Lim Guan Eng berhasrat menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama yang memperkenalkan undang-undang menghalang wakil rakyat melompat parti.

Sebaliknya, Che Bard akan menampilkan DS Lajim Ukin seorang Ahli Parlimen yang keluar melompat parti, untuk berucap dalam program NGO sekutu PKR iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), yang bakal berlangsung di bumi Pulau Pinang.

Malah kalau dilihat pada susunatur gambar-gambar tokoh dalam pamphlet di bawah, Lajim kelihatan menjadi ikon terbaru SAMM.

Andai Guan Eng berdiam diri, maknanya DAP sendiri merestui lompat parti!

Wednesday, August 22, 2012

Pengakuan Farid Ismeth Berkenaan Hubungan Dengan Rosmah Mansor


Mat Sabu & Anwar Ibrahim Pening Untuk Menyelesaikan Masalah Mayat Ini

Gambar Hiasan
Mat Sabu dan Anwar Ibrahim merupakan tokoh pembangkang peringkat nasional.

Kedua-duanya berasal dari Pulau Pinang.

Laporan oleh Malaysiakini menyebut 18 aduan polis telah dibuat oleh penganut agama Hindu terhadap Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, berhubung pertikaian status agama mayat seorang wanita.

Kepada Mat Sabu dan Anwar, jangan lepas tangan dalam isu ini.

Lim Guan Eng Tak Setuju Lajim Ukin Duduk Di Kelompok Pakatan Rakyat Dalam Sidang Parlimen 24 September 2012


Ketika membuat perisyitiharan keluar dari UMNO, Dato' Lajim Ukin dilihat berucap di rostrum yang tercacak bendera PKR.

Dilihat juga, ramai pemimpin-pemimpin utama PKR, termasuk DS Anwar Ibrahim berada di pentas utama. Secara langsung, ini menggambarkan kemungkinan besar Lajim akan menyertai PKR.

Namun begitu, DAP hakikatnya tidak bersetuju dengan 'lompat parti'.

Semalam, Lim Guan Eng telah memberi isyarat bahawa Lajim tidak boleh duduk di kelompok mereka dalam Mesyuarat ke3, Penggal 5 Sidang Parlimen yang dijadualkan bermula 24 September 2012.

MStar Online melaporkan hasrat KM Pulau Pinang Lim Guang untuk merangka enakmen menghalang lompat parti.

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang merancang untuk meluluskan undang-undang 'anti lompat parti' di negeri itu. 
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuaray exco negeri akan datang.
“Kita juga akan mendapatkan nasihat daripada penasihat undang-undang kerajaan negeri.
“Jika anggota exco bersetuju, undang-undang ‘anti lompat parti’ itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November,” katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Tuesday, August 21, 2012

Laporan Dari Permatang Pauh - Wan Azizah Jadi Mangsa Khianat Orang Kanan Di Aidil Fitri


Kesian Kak Wan.

Beliau menjadi mangsa khianat wanita yang berada di sebelah kanan (foto atas), semasa majlis Aidil Fitri di Permatang Pauh.

Wanita tersebut meskipun dalam senyum, dikesan mengambil kesempatan mengusap-usap bahu Anwar walau pun berada di sisi Kak Wan.