Saturday, May 12, 2012

Janji Anwar Kalau Dapat Tadbir Putra Jaya


Inilah janji yang pertama yang akan dilaksanakan jika Pakatan Rakyat mentadbir Putra Jaya

Friday, May 11, 2012

Azmin Biadap Bila Minta Penjelasan Dari Mama Nurul Melalui Twitter


Adalah tidak wajar apabila Azmin Ali meminta penjelasan dari Wan Azizah berhubung kenyataan terhadap hubungan Azmin dan ibunya hanya melalui twitter.

Sebagai Timbalan Preiden PKR, adalah lebih sopan bagi Azmin mengadakan pertemuan empat mata dengan bossnya Wan Azizah dalam memperbetulkan salah tasir dikalangan penyokong Azmin.

Kebelakangan ini, sudah menjadi trend Azmin dan juak-juaknya berkumpul beramai-ramai, kemudian meminta penjelasan terhadap kenyataan pemimpin-pemimpin kanan PKR yang tidak membela dirinya.

Sebelum ini, MB Selangor Khalid Ibrahim telah dipersoalkan ekoran respons 'no comment'nya.

1.5 Juta Ke 2 Akaun Milik Najib


Mudahnya Najib dapat 1.5 juta.

Bagi rakyat biasa seperti kita, dapat 500 pun sudah memadai.

Itulah kelebihan Najib bila 1.5 juta ini masuk ke 2 akaun miliknya.

Baca pendedahan di SINI.

Thursday, May 10, 2012

Akhirnya Khalid Ibrahim Akui Kantung Perbendaharan Selangor Semakin Menipis

 
Sebelum ini propaganda MB Selangor Khalid Ibrahim ialah negeri punya duit hampir RM2 bilion untuk dikongsi dengan rakyat.

Namun, akhirnya Khalid mengakui dikhalayak ramai yang Selangor punya bajet terhad untuk membantu surau-surau di seluruh negeri.

Siapkan Pakaian Serba Putih - Jom Turun Jam 4 Pagi 19/5 Tapi Bukan Untuk Khalwat Macam Badrolamin


Jangan ikut perangai Ketua Cabang PKR Sabak Bernam Badrolamin Baharon yang ditangkap khalwat jam 3 pagi.

Jom turun di sepertiga malam ke Majlis Istighosah Kubro pada 19/5/2012 jam 4 pagi di Masjid Wilayah Persekutuan. 

Wednesday, May 9, 2012

Tugu K*** Anwar Ibrahim Bakal Dibina Di Seluruh Pelusuk Negeri Selangor Menjelang 2014


Pernahkah anda melihat objek dalam gambar di atas? Jangan sekali-kali anda terbayang Anwar Ibrahim, apabila menatap objek berkenaan.

Ia adalah pili gergasi yang kini bak tugu peringatan, sebagai kenangan kepada krisis air di Selangor pada 1997.

Seingatan saya, pili gergasi biasa kelihatan di Taman Petaling, Klang (foto di atas) dan di Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam. Namun, pili gergasi di Seksyen 15 sudah tidak kelihatan di tapak asalnya.

Ia berfungsi sebagai pusat pengisian air ke lori tangki sebelum diagihkan kepada pengguna-pengguna ketika krisis air yang meruncing pada tahun tersebut.

Mengimbas kembali ketahun tersebut, ia adalah peristiwa ngeri yang seboleh-bolehnya tidak mahu diulang kembali. Kesian kepada arwah ibu yang terpaksa beratur untuk mendapatkan air dari lori-lori JBA yang datang membekalkan air di kawasan perumahan kami.

Sebelum krisis air di Selangor, Melaka terlebih dahulu mengalami krisis air, sehingga mendapatkan bantuan bekalan air dari Negeri Sembilan.

Berttitik tolak dari situlah, maka satu langkah proaktif dari Kerajaan BN Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan bekalan air yang mencukupi melalui, penyaluran air dari Pahang ke Selangor.

Meskipun perancangan telah dilakukan sejak dulu, apabila berlaku pertukaran kerajaan di Selangor penyaluran air dari Pahang telah tergendala. Puncanya adalah keengganan MB Khalid Ibrahim untuk bekerjasama dalam merealisasikan kewujudan Empangan Langat 2.

Khalid nampaknya lebih berpolitik dan mempertaruhkan nasib rakyat di Selangor, walhal sedia maklum bahawa kapasiti bekalan air hanya mampu bertahan sehingga 2014. Hakikatnya, Khalid sendiri sedia maklum bahawa sebanak 129 projek perindustrian dengan nilai pelaburan RM 3.8 bilion yang telah diluluskan oleh MIDA telah tertangguh ekoran tiada jaminan bekalan air ke premis mereka.

Dalam satu kenyataan Tuanku Sultan Selangor bertitah,
“Ada sesetengah pihak beranggapan masalah air adalah remeh, tetapi beta memandang serius kerana kita berdepan dengan masalah yang boleh menjejaskan kehidupan dan pembangunan negara. Oleh itu, beta tidak mahu isu air dipolitikkan kerana rakyat memerlukannya dan tiada alternatif lain menggantikannya”
Bagi saya, titah baginda adalah lebih menjurus kepada pemeliharaan kesejahteraan di Selangor. Tidak ada maknanya menjadi negeri yang termaju dan terkaya di Malaysia, jika dari segi bekalan airnya, Selangor umpama wilayah di Afrika.

Seperkara lagi, cubalah dielakkan agar pili-pili gergasi di atas tidak akan menjadi pemandangan biasa di Selangor menjelang 2014.

Pendedahan Kemungkaran Pengerusi Portfolio Agama Islam Selangor - ADUN PAS Bersubahat


Khalid Ibrahim, selain dari menjawat jawatan sebagai MB Selangor, beliau juga adalah Pengerusi Portfolio Hal-Ehwal Islam.

Sebab beliau tiada latarbelakang dalam hal-ehwal agama, maka beliau dengan sukahati menipu rakyat.

Semalam, portal Selangorku melaporkan bahawa Seksyen 5, Shah Alam akan dibangunkan dengan applikasi pembangunan Makkah.

Tanpa segan silu, Khalid Ibrahim telah mempergunakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menganjurkan Bengkel Pembangunan Bandaraya Islam Seksyen 5, Shah Alam yang dihadiri oleh 80 orang peserta termasuk ADUN PAS Bangi merangkap Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT) Dr Shafie Abu Bakar.

Bagi memperkuatkan hujah keperluan Bandaraya Islam ini, Dr Ismawi Zen (dari UIA) telah dijemput untuk membentang kertas kerja bertajuk "Perancangan dan Pembangunan Makkah Al-Mukarramah".

Oleh kerana terlalu terpesona dan teruja dengan slogan "Bandaraya Islam", maka rata-rata peserta bengkel termasuk ADUN PAS Bangi pun jadi 'lentok' dengan permainan Khalid. Apatah lagi, lokasi Seksyen 5, Shah Alam tidak begitu familiar oleh kebanyakan peserta.


Perhatikan lokasi Seksyen 5 di atas yang dipetik Google Map. Kawasan ini tiada penghuni, kecuali Kompleks Pejabat Kerajaan, Kompleks Mahkamah, Kompleks MAIS dan JAIS disamping tanah perkuburan diraja.

Hakikatnya, Seksyen 5 adalah kawasan hijau dan tanpa penghuni. Bukan itu sahaja, inilah sahaja zon penampan di tengah-tengah bandaraya Shah Alam.

Khalid cekap mengambil mengambil kesempatan. Dengan mempergunakan Islam, semua orang terpesona. Khalid ternyata kurang ajar bila menjual nama Makkah dan pada masa yang sama menodai kehijauan yang telah wujud sekian lama di ibu negeri tersebut.

Biarlah ADUN PAS Bangi yang tertipu, tetapi jangan sekali kita sebagai rakyat turut tertipu dengan helah pengerusi portfolio agama yang jahil itu.