Saturday, April 14, 2012
Himpunan Mansuh PTPTN Gagal Tarik Khalayak
Budak-budak yang dalam gambar atas tu tak boleh diikut, sebab dia orang under payroll of Pakatan Rakyat. Mana ada duit nak ke sana ke mari, kalau bukan Pakatan Rakyat yang taja. Yang bodoh ialah mereka yang berada di belakang, kerana mereka menjadi KPi untuk budak-budak yang berada di depan tu untuk dapat kenaikan habuan.
Foto yang dipetik dari blog Be Da Man menunjukkan hanya warden trafik DBKL yang mengawal keadaan.
Dalam pada itu, kita tunggu pula laporan perhimpunan anak-anak muda Selangor bersama PM di Jalan Kebun, Shah Alam (jam 2 petang). Gambar bawah menunjukkan kumpulan anak muda sebelum memulakan perjalanan ke Jalan Kebun, dari satu lokasi di Kuala Langat.
Himpunan mana yang ramai?
Kemaskini jam 6.39 ptg - Gambar bawah dipetik dari FB Afiq KLTown menunjukkan puluhan anak muda Selangor bersama PM di Jalan Kebun, Shah Alam
Khalid Gereja Beri Amaran Kepada Pengerusi Surau & Nazir Masjid Di Selangor - Akan Dipecat Jika Tidak Batalkan Program Keagamaan Jika Ada Ceramah Pakatan Di Kariah Masing-Masing

Dalam ceramah Jom Bersih 3.0 di Setapak Jaya, MP PAS Shah Alam Khalid Samad a.k.a Khalid Gereja menuduh program yang berlangsung serentak dengan majlis ceramah parti pembangkang tersebut sebagai mengganggu masyarakat.
Bukan itu sahaja, Khalid memberitahu orang-orang Setapak Jaya bahawa kalau di Selangor, Pengerusi Surau berkenaan gerenti dipecat.
Apakah itu amaran kepada Pengerusi Surau dan Nazir Masjid di Selangor bahawa surau-surau dan masjid mesti membatalkan program-program keagamaan, jika ada ceramah politik Pakatan Rakyat di kariah mereka?
Daripada RM300 Juta Geran Selangorku, Khalid Ibrahim Agihkan 7.33% Kepada Penduduk Luar Bandar, Sementara 92.67% Lagi Untuk Penyokong DAP Di Kawasan Bandar
Semalam, di Sabak Bernam MB Selangor mengumumkan peruntukan RM22 juta untuk pembangunan luar bandar seluruh negeri Selangor, yang diambil dari Geran Selangorku yang berjumlah RM300 juta.
Ini bermakna wang yang diperuntukkan kepada pembangunan luar bandar cuma 7.33% sahaja. Oleh yang demikian, 92.67% diperuntukkan khusus kepada penyokong-penyokong tegar DAP di kawasan bandar.
Bayangkan juga, kalau RM22 juta itu diagehkan kepada 9 daerah di Selangor, maka setiap daerah bakal meraih RM2.44 juta.
Apakah jenis pembangunan yang boleh dilakukan dengan RM2.44 juta oleh setiap daerah?
Menurut Khalid, peruntukan pembangunan luar bandar ini adalah bertujuan untuk memperbaiki infra, khususnya membaikpulih jalan berlubang.
Maksud sebenar memperbaiki jalan berlubang yang diperkatakan oleh Khalid, ialah sekadar menampal lubang-lubang yang ada di jalan berkenaan.
Lihat contoh pembangunan di kawasan DUN Ijok (foto-foto di bawah), yang diwakili oleh Khalid.
Jalan hanya diperbaiki di tempat-tempat yang rosak dan bukannya menurap semula keseluruhan jalan.
Khalid mendakwa simpanan Kerajaan Negeri Selangor ada berbilion ringgit, tetapi inilah bentuk pembangunan yang termampu dibawa olehnya kepada rakyat Ijok yang diwakilinya dan rakyat Selangor amnya.
Friday, April 13, 2012
Kalau Boleh, Khalid Ibrahim Nak Jadi Amil Andai Tak Terpilih Sebagai MB
MB Selangor Khalid Ibrahim, kalau tak terpilih semula samada kalah atau pun tidak dipilih oleh oleh Anwar Ibrahim sebagai peneraju kerajaan di Selangor, teringin sangat nak jadi amil.
Gambar atas, Khalid sedang diajar cara-cara menerima zakat dari pembayar zakat.
Kalau boleh, Khalid nak buka meja di Tesco Kuala Selangor, kerana tak jauh dari alamat I.Cnya di Pasir Tuntung, Kuala Selangor.
Cuma satu halangan bagi Khalid.
MAIS gerenti reject permohonannya, meskipun ia bakal mantan Pengerusi Portfolio Agama Negeri Selangor!
Gambar atas, Khalid sedang diajar cara-cara menerima zakat dari pembayar zakat.
Kalau boleh, Khalid nak buka meja di Tesco Kuala Selangor, kerana tak jauh dari alamat I.Cnya di Pasir Tuntung, Kuala Selangor.
Cuma satu halangan bagi Khalid.
MAIS gerenti reject permohonannya, meskipun ia bakal mantan Pengerusi Portfolio Agama Negeri Selangor!
Hadi Awang & Mat Sabu Tinggalkan Mustafa Ali Untuk Jawab Kes RM10 Juta
Secara teknikal, Presiden PAS Ustaz Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mat Sabu berjaya meloloskan diri sebagai defendan dan dapat lari dari menjawab di mahkamah dalam kes saman fitnah RM10 Juta oleh Perhubungan UMNO berhubung serbuan JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama.
Ini bermakna S/U Agong PAS Mustafa Ali akan menjawab bagi PAS di mahkamah bersama tiga defendan lain iaitu pencetak akhbar Harakah, serta editor dan wartawan akhbar berkenaan.
Berikut adalah alasan penghakiman yang dipetik dari The Malaysian Insider.
Bila Anwar Semakin Cemburu..........
Anwar semakin cemburu.
PM Britain David Cameron berkunjung ke Malaysia dalam lawatan rasminya ke Malaysia, disaat-saat PM Najib menimbang untuk membubarkan parlimen.
Gusar sekali bagi Anwar, kalau-kalau Najib mempergunakan gambar bersama Cameron digunakan oleh Najib dalam pamphlet BN.
Anwar kalau boleh, ingin sekali menumpang kemasyhuran pemimpin-pemimpin dunia, dengan harapan mengaburi mata rakyat, yang kononya dia mempunyai rangkaian di peringkat antarabangsa.
Kalau boleh juga, gambar seperti Najib dan Cameron di atas, akan diangkat ke billboard semasa kempen PRU13.
Selain gambar bersama ulamak besar Yusof Al-Qardhawi dan pemimpin Turki Tayyip Erdogan, tak teringinkah Anwar bergambar dengan PM Israel sebagai bahan kempen?
Subscribe to:
Posts (Atom)