Saturday, March 24, 2012

Gelagat Semula Jadi Anwar Ibrahim Dalam Public Transport

Anwar nampak amoi duduk sorang

Terus hilang sakit pinggang

Mesti cepat ambil peluang

Misi duduk sebelah amoi berjaya
ANWAR nampaknya telah mula merasakan kesan dari pelbagai program turun padang bertemu dengan rakyat yang dijalankan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Mahyudin Yassin.

Maka itu Anwar tidak mahu ketinggalan juga dengan menerbitkan video propaganda bagi menggambarkan yang dia juga seorang pemimpin berjiwa rakyat seperti mana Datuk Seri Najib.

Konsep yang dipilih untuk penerbitan video tersebut juga sama dengan program turun padang yang dijalankan Datuk Seri Najib.

Kalau Najib naik LRT, dalam video itu Anwar juga naik LRT, Najib minum teh dengan rakyat, Anwar juga minum teh dengan rakyat, Najib salam-salam dengan rakyat, Anwar juga begitu dalam videonya.

Mengapa Anwar buat semua ini? Jawapannya, bahawa apa yang dibuat Datuk Seri Najib itu ada kesan mendalam kepada rakyat dan ia diakui Anwar serta para penasihat dan perunding imej yahudinya iaitu masing-masing National Democratic Institute (NDI) dan Konrad Adenaeur Foundation (KAF) yang penulis percaya menjadi tulang belakang penerbitan video tersebut.

Kalau tiada kesan, kenapa Anwar perlu tiru ye tak?Itulah dia Anwar pun dari dulu sampai sekarang pun, mana pernahnya yang datang dari diri sendiri. Kalau tak penasihat dan perunding Yahudi maklumkan kepada dia, dia akan tiru apa yang baik dibuat pemimpin BN dengan sedikit pengubahsuaian di sana sini.

Cuma yang original dalam video Anwar ini ialah penyerlahan naluri semula jadinya..... USYAH AMOI dalam public transport!

(Disunting dari idea asal Beruang Biru)

Kedudukan MB Kedah Dalam Bahaya - Azmin Akan Baraikan Salah Laku Azizan Razak


Bila mendengar ungkapan kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (video di bawah) ternyata, beliau ingin membuat persepsi bahawa Dr Hasan Ali dipecat sebagai exco atas sebab salah laku.

Hakikatnya, dalam kenyataan Azmin tersebut terserlah pengakuannya bahawa wujud remedi dari pihaknya terhadap pemecatan Hasan. Apa yang diungkap oleh Azmin jelas untuk melahirkan satu persepsi bahawa Hasan telah melakukan salahguna kuasa, walhal kisah sebenarnya berpunca dari ketidakyakinan Hasan terhadap boss Azmin, Anwar Ibrahim.

Menilai serangan Azmin terhadap Hasan, rasanya tidak mustahil jika MB Kedah Azizan Razak bakal menerima nasib yang sama seperti Hasan.

Mahfuz Omar Akan Naik Pesawat TUDM Hantar Minyak Masak Ke Palestine


Kalau nak spin pun biar patut-patut.


Jangan dek kerana sekarang dah boleh tidur sekelambu dengan DAP maka apa yang dikatakan oleh DAP semuanya nak disokong.

Perkara pertama yang Naib Presiden PAS yang paling rendah tahap akademik Mahfuz Omar fikirkan ialah soal penghantaran minyak masak demi kemanusian untuk rakyat Palestine.

Sebagai Naib Preiden sebuah parti yang memasang impian menggantikan UMNO mesti faham perkara bisnes global. Mahfuz kena tahu terma FOB dan CIF kalau mahu ambil negara dan kalau mahu fikir untuk membantu membekalkan minyak masak ke Palestine.

Soal geografi pun nak kena faham. Begitu juga dengan bab asas berniaga. Kalau hal invois pun nak dipamerkan kepada semua orang, jawabnya nak kasi terlingkup perniagaan. Invois kalau didedahkan kepada public maknanya sengaja nak bagi pesaing potong harga.

Sudah-sudahlah Mahfuz. Kalau nak sangat dipastikan minyak masak sampai ke Palestine, apa kata Mahfuz buat syor minyak masak yang dihantar ke sana wajib dengan pesawat pengangkut TUDM dan Mahfuz dan ahli parlimen Bakri tolong escort kat dalam pesawat tu. Silap-silap gaya, baru jejak sempadan Lebanon dah kena tembak dengan tentera Israel. Padan muka!

Lagi berkenaan cerita yang sama di 1Peluru.

Lagi Kegagalan Pesuruhjaya PAS Selangor

Alkisahnya, sebelum PRU12 Kementerian Pelajaran telah meluluskan pembinaan sebuah Sekolah Menengah Agama Persekutuan (berasrama penuh) di kawasan parlimen Kapar. Namun, kelulusan adalah tertakluk sekiranya ada kawasan tanah untuk projek berkenaan.

Oleh yang demikian, demi melihat kewujudan SMAP di Kapar, Dato' Abdul Rahman Palil selaku ADUN Sementa dan Ketua UMNO Bahagian Kapar telah mengenal pasti dan memperuntukkan kawasan seluas 17 ekar di kawasannya. Malangnya, tanah yang dikenalpasti untuk projek berkenaan kini diberikan kepada pihak yang berkepentingan. Menurut sumber, kini tanah berkenaan cuma berbaki 6 ekar dan tidak sesuai untuk projek tersebut.

Meskipun berlaku peralihan pentadbiran kerajaan negeri, sepatutnya tanah seluas 17 ekar untuk SMAP itu seharusnya dapat dipertahankan. Ini kerana PAS mempunyai 2 kerusi DUN di Kapar iaitu Exco Pendidikan Dr Halimah Mohd Ali (DUN Selat Klang) dan Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap YDP PAS Kapar Dr Rani Osman (DUN Meru).

Ironinya, kedua-dua mereka tidak berupaya mempertahankan kewujudan SMAP di Kapar, malah seolah-olah mengizinkan pencabulan tanah seluar 17 ekar tersebut. Hal ini menjelaskan betapa PAS belum layak untuk menggantikan UMNO dalam meneruskan dan mempertahankan maruah Islam di Selangor.

Jadi bagi merealisasikan kewujudan SMAP di Kapar, pengundi-pengundi di sana wajib mengembalikan kerusi-kerusi parlimen Kapar, DUN Selat Klang dan Meru, disamping mempertahankan DUN Sementa kekal di tangan BN.

Friday, March 23, 2012

Pesuruhjaya PAS Selangor Syok Mengorek Di belakang Azmin

Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ADUN PAS Meru begitu syok mengorek hidung ketika ADUN PKR Bukit Antarabangsa Azmin Ali membedal salah laku Dr Hasan Ali semasa menjawat jawatan Exco Infra Selangor.

Meskipun pendedahan dibuat selepas Hasan tidak lagi menjadi exco, ianya berlaku ketika Hasan bersama bersama PR. Kalau tak kena tahi, sekurang-kurangnya dapat juga baunya.

Apapun yang penting Pesuruhjaya PAS syok mengorek di belakang Azmin.

"Suatu Penghinaan Terhadap Melayu" - Bekas Teman Sebantal Anwar Ibrahim



Masakan Nalla Berani Buat Tuduhan Tanpa Asas Keatas Anwar Ibrahim - Ismail Mina


"Saya fikir tentu ada asas, kalau tidakNallakarupan tidak akan berani mendakwa dan mencabar Anwar supaya menyamannya. Beliau bukan sahaja kenal, malah terlalu rapat dengan Anwar selama 30 tahun dan sudah tentu banyak aktiviti Anwar diketahuinya. Sebagai bekas seorang sahabat, seseorang tentu tahu banyak rahsianya tetapi dalam kes dakwaan Nalla terhadap Anwar ini, kita biarkan mahkamah membuat keputusan. Tetapi bagi saya ia ada asas," kata Ismail Mina Ahmad dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia.