Friday, March 16, 2012

Hong Leong Anggota Bersekutu Baru Pakatan Rakyat?

Hong Leong, melalui Hong Leong Investment Bank telah mula memainkan sentimen.

Mungkin berselindung disebalik research, mereka boleh berdalih sebagai sekadar analisa pasaran saham. Namun jika diteliti terhadap kenyataan yang disiarkan oleh Utusan (keratan di bawah), HLIB Research membayangkan perlaksanaan cukai prabayar sebanyak 6% keatas perkhidmatan telco.

Bayangkan jika, dewan dibubarkan bagi memberi laluan PRU13 sebelum Julai, maka mudahlah Anwar Ibrahim untuk melakukan rejaman, selepas mendapat lambungan dari HLIB dalam bab cukai perkhidmatan telco.

Orang-orang yang di atas, masih tak nampak lagikah?

Thursday, March 15, 2012

Ohh Meremang Bulu Roma Tengok Nik Aziz Menurun!

Maklumat Kelakar - PKR Pindahkan Khalid Ibrahim Dari Kediaman Rasmi MB Selangor Ke Kuarters Kakitangan UM!

Bagai nak tersembur air kopi yang baru nakku teguk bila foto Khalid Ibrahim yang di atas digunakan KeadianDaily dalam laporannya yang MB Selangor berkenaan ditukarkan kawasan mengundi, dari PJ Selatan ke Lembah Pantai.

Jika diteliti betul-betul, ada pemainan dan persendaan terhadap Khalid diperingkat dalaman PKR sendiri:-
  • Selain untuk menunjukkan kelemahan SPR, perbuatan yang disengajakan bertujuan hendak sabotaj Khalid Ibrahim.
  • Kuarters kakitangan UM digunakan, maknanya Khalid secara sinis diibaratnya hanya layak tinggal di kuarters berkenaan dan bukannya kediaman rasmi MB Selangor.
  • Menggunakan gambar hodoh Khalid yang bertujuan menjadi bahan tawa, bukan sahaja dikalangan orang BN tapi juga dikalangan orang PR.
Sebagai portal rasmi Kerajaan Selangor (keratan di atas), Khalid digambarkan bagai tiada sokongan didalam PKR sendiri. Sebaliknya memetik kenyataan Dewan Pemuda PAS Pusat, sebagai pembelaan terhadap Khalid.

Apakah UMNO yang sabotaj Khalid?

Jawabnya pasti tidak. Masakan UMNO hendak sabotaj Khalid yang sememangnya liabiliti dan bakal menjadi bahan kempen untuk PRU13, diatas kegagalannya mengemudi Selangor.

Kalau Lelaki Kesayangan Khalid Ibrahim Ini Kerja Di Sektor Perbankan, Dah Lama Dia Kena 'Remove'

Sebenarnya, saya telah menonton video penuh lelaki di atas yang bekerja sebagai CEO di Yayasan Selangor semasa sessi pendengaran awam Selcat.

Dalam pengamatan saya, terlalu banyak audit findings keatas organisasi yang diketuainya dan kalaulah lelaki yang bernama Ilham Marzuki ini berkhidmat dalam sektor perbankan, sudah lama dia kena remove dari jawatannya.

Pengerusi Selcat Teng Chang Khim pun boleh jadi bodoh untuk menerima kenyataan Ilham berhubung dengan ketirisan RM500 juta dalam Yayasan Selangor untuk tempoh 1991 hingga Mac 2008.

Mana mungkin kenyataan Ilham boleh dianggap credible walhal dari segi audit compliance, terang-terang beliau seorang yang gagal dan boleh dipertikaikan 'credibility'nya.

Mama Dah Bermadu Ke?

Kenapa papa kebelakangan ini suka nyanyi lagu "Madu & Racun"

Mama dah bermadu ke?

KM Melaka pun dah buat lirik lagu, dedicated to papa.

Wednesday, March 14, 2012

"Nik Aziz toleh ke kanan, jampi dan hembus pada botol-botol air yang disusun kat situ," - Saksi

Rakan saya, suatu ketika dulu merupakan penyokong kuat PAS. Tidak pasti apa jawatannya, tetapi dia pernah buat kerja gila, naik motosikal kapcai pergi ke Kelantan semata-mata untuk berjumpa dengan Nik Aziz, dengan tujuan untuk menjemput beliau hadir memberi ceramah di Klang.

Beberapa bulan yang lepas, beliau (kini tidak lagi bersama PAS) menceritakan pengalaman beliau berjemaah subuh dengan Nik Aziz.

Dengan hanya ber'kapcai' dari Klang ke Kelantan, beliau terus menunaikan solat Subuh bersama dengan Nik Aziz.

Selesai solat dan memberi kuliah Subuh, Nik Aziz menoleh ke kanan sambil membaca sesuatu dan kemudiannya menghembus ke arah botol-botol air yang banyak tersusun di situ.

Kemudian, Nik Aziz akan memegang pula bayi-bayi yang datang diunjukkan oleh ibu bapa masing-masing.

Bila ditanya samada masih menyokong Nik Aziz. Beliau sekadar menggelengkan kepala. "Cuma hormat," sambungnya.

Lagi-lagi gambar-gambar 'upacara' Nik Aziz klik SINI.

Anwar Yakin Akan 'Lentokkan' Nik Aziz Setelah Pengerusikan Mesyuarat PAS

Dari gambar di atas, seolah-olah Anwar sedang mempengerusikan mesyuarat PAS. Namun, itulah lebih kurang hakikatnya.

Sebenarnya gambar di atas adalah perjumpaan/mesyuarat khas Pakatan Rakyat berhubung pengagihan kerusi untuk PRU13 yang berlangsung di Bangunan Parlimen.

Meskipun cakap secara berlapik, semasa sidang akhbarnya Anwar menzahirkan keyakinan akan dapat me'lentok'kan Nik Aziz dalam isu pilihanraya berasingan di negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat.

Dengar kenyataan Anwar pada min 2:11 dalam video di bawah.