Saturday, March 10, 2012

Azmin 'Sailang' Kuasa Khalid Ibrahim Sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah PKNS Dalam Keputusan Tender

Sebelum ini saya mendedahkan apa yang berlaku dalam projek Laman PKNS [klik SINI].

Petang tadi, saya telah meninjau tapak pembangunan projek berkenaan dan hasilnya adalah sperti foto-foto berikut:-

Papantanda projek

Imej paparan tempohmasa projek

Progres projek untuk fasa 1


Dari paparan gambar di atas, apakah fasa 1 yang sepatutnya siap pada 20/11/2011 adalah mengikut jadual. Tinjauan yang dibuat petang tadi, tidak menunjukkan sebarang aktiviti di tapak berkenaan.

Maklumat terbaru yang diberikan kepada saya pada petang tadi, penganugerah tender ini juga melibatkan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali. Khabarnya, setiap kertas cadangan tender adalah melalui sebuah jawatan kuasa yang diketuai oleh Azmin Ali.

Melalui carian di laman web PKNS, tidak ada sebarang info yang melibatkan Azmin di dalam organisasi PKNS. Walaubagaimana pun petikan di bawah ditemui di portal KL-Today dan juga boleh dilihat di Selangorkini.

Hadirnya kelibat Azmin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Exco PKNS mengundang persoalan dari, apakah beliau 'sailang' MB Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi Lembaga PKNS?

Jika benar dakwaan penapisan tender dilakukan diperingkat jawatankuasa kerja, apakah mampu untuk Lembaga PKNS untuk menolak cadangan ketua parti peringkat negeri? Maka inilah juga yang bakal dihadapi oleh MB Kedah Azizan Razak yang perlu melalui jawatankuasa Pemandu.

Anak Muda Jalan Kebun Geli Geleman Tengok Perlakuan Sumbang Shuhaimi Safie a.k.a 'Raja Pasir Selangor'

Bab 1

Anak muda bernama Ucop Sonto seorang pengundi berdaftar di Jalan Kebun yang menjadi sebahagian dalam kawasan DUN Seri Muda yang ber'wali'kan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie sebagai ADUNnya.

Sebagai anak muda, memang agak sukar bagi Ucop untuk lekat di rumah.

Suatu hari, aku duduk bersembang dengan ibu bapa Ucop. Ketika rancak bersembang, Ucop muncul sambil menunggang kapcainya.

"Hilang dari pagi, kau ke mana," tanya ibu Ucop.

"Lepak kat kedai buat cookies kat lorong belakang tu," jawab Ucop.

"Apa hal?"

"Ada hari terbuka. ADUN Shuhaimi pun datang"

"Siap panggil ADUN, grand ke?"

"Siap ada ucapan perasmian, mak. Tapi kalau Ucop jadi Shuhaimi, Ucop malu mak."

"Apa pulak nak dimalukan?"

"Kalau Ucop, gerenti Ucop takkan berucap. Kalau mak nak tahu, banyak kerusi kosong. Orang-orang yang ada cuma orang-orang yang pakai uniform kedai buat cookies tu dan beberapa orang anggota RELA yang bertugas kat situ."

**********

Bab 2


Sebentar tadi, bila aku aku tonton video di atas, rasa nak terguling-guling bila mengenangkan dialog Ucop Sonto dengan ibunya.

Ada hati nak cabar Noh Omar.

HAHAHAHAHA.

**********
Bab 3


Bila Ronnie Liu kena belasah dalam di dalam kawasan parlimen Noh dan kalau Shuhaimi betul-betul berhajat nak berdebat, cabarlah supaya diadakan di padang berhampiran Dewan MBSA, Jalan Kebun.

Kalau buat di Tanjung Karang, alamat menempah kena 'boo' namanya!

Anwar Ada Buat Hal Dalam Pesawat SIA?

Keratan yang dipetik dari The Mole (atas), melaporkan SIA mengarahkan pilot-pilotnya mengambil cuti tanpa gaji.

Ini berlawanan sekali dengan puji-pujian melambung Anwar terhadap SIA. Pada masa yang sama dia menghentam MAS. Walau pun dalam beberapa perkara, saya secara peribadi tidak bersetuju dengan beberapa keputusan MAS, namun tidaklah pula menjulang Singapura secara berlebih-lebihan.

Dengar temberang Anwar dalam video di bawah:-

Friday, March 9, 2012

Tuduhan Ketirisan RM500 Juta Dalam Yayasan Selangor Rupanya Sengaja Dibuat Oleh Ilham Marzuki Untuk Elak Tindakan Dari Maharaja Teng Chang Khim

Berdasarkan video sessi pendengeran awam SELCAT, rupanya apa yang dikatakan berlaku penyelewengan dalam Yayasan Selangor untuk tempoh 1991-2007 hanyalah serkap jarang Pengurus Besar sekarang Ilham Marzuki.

Tonton video di bawah dan nilaikan sendiri.


Secara keseluruhannya Ilham telah dipuji oleh Pengerusi SELCAT kerana kebanyakan audit findings telah duly rectified, walau pun sekadar melalui jawapan lisan tanpa dokumen. Cuma bab pembayaran bonus, sesuatu yang terlalu mustahil untuk dikutip semula. Jadi dalam bab ini maka Pengerusi SELCAT akan membuat syor kepada MB Khalid Ibrahim untuk membuat ratification dalam memperbetulkan kesilapan Ilham sebagai Pengerus Besar Yayasan Selangor?

Satu soalan kepada SELCAT - apakah boleh dipercayai pendapat seorang yang telah ternyata banyak dikesan kesalahan pengurusan melalui audit findings? Pada saya Ilham tidak layak untuk membuat serkap jarang terhadap pengurusan yang terdahului, walhal diri sendiri banyak tidak mematuhi peraturan audit.

Kesimpulannya tuduhan serkap jarang ketirisan RM500 juta dalam Yayasan Selangor menjadi penampan kepada diri dari dikenakan tindakan oleh Teng Chang Khim! Siut betul, tegak-tegak rakyat ditipu dalam sessi pendengaran awam.

Mempakatan Rakyatkan Ekonomi Selangor - 1 Ahli Majlis Kena Cekau RM20,000


"Ini sudah kes bukan 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' tapi sudah jadi 'Mempakatan Rakyatkan Ekonomi Selangor'," keluh seorang rakan yang masuk tender angkut sampah PBT.

Bukan rahsia lagi yang setiap ahli majlis PBT kena cekau RM20,000 untuk parti. Almaklum untuk dana pilihanraya. Itu sebab mereka mengganas.

Bila kontrak pungutan sampah diambilalih oleh kerajaan negeri maka ini peluang. Agihan kontrak juga boleh makan diri pada PR bila kontraktor yang cerdik, masuk tender melalui ahli-ahli majlis yang berlainan. Akhirnya kontraktor ini boleh dapat 3-4 kawasan. Jadi, bagi yang dapat hanya kawasan 1 kawasan mula tak puas hati. Hati panas maka kasi terburai cerita ini.

Kalau ada 12 PBT X 20 ahli majlis X RM20k = RM4.8 juta. Wah banyak tu!!

Satu Lagi Mercu Tanda Khalid Ibrahim & Azmin Ali Yang Tak Memberi Manfaat Kepada Anak-Anak Selangor

Difahamkan 'Laman PKNS' yang bakal menjadi mercu tanda kenangan Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sedang dalam pembinaan.

Saya belum 'mengorek' secara teperinci projek ini, cuma pembagunan ini yang akan menempatkan ibu pejabat PKNS telah dipecahkan kepada 2 fasa. Keluasan projek ialah 4.6 hektar dan nilai projek sebanyak 140 juta.

Fasa 1 projek yang bermula pada Julai 2011 melibatkan kerja-kerja pembinaan basement. Malangnya, untuk fasa pertama kontrak telah diberikan kepada sebuah syarikat dari Kelantan. Dari maklumat awal, kerja-kerja fasa 1 telah lewat 4 bulan dari jadual.

Bagi fasa 2, sebuah lagi syarikat dari Kelantan mendapat kontrak pembinaan tersebut. Bisik-bisik mengatakan, syarikat kedua ini mempunyai kaitan dengan syarikat yang pertama.

Betulkah maklumat ini?

Isunya sekarang, sepatutnya diberi keutamaan kepada syarikat pembinaan GLC Selangor. Sekurang-kurangnya, hasilnya akan berkitar di dalam negeri dan barulah konsep "Merakyatkan Ekonomi Selangor" terlaksana.

Thursday, March 8, 2012