Sunday, February 19, 2012

Gambar Rektor KUIN Disimbah Cat Oleh Abang Yang Marah Kerana Adiknya Digantung Pengajian

Rektor KUIN Prof Dato' Dr Jamil Osman yang didendami oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebenarnya pernah menjadi guru saya. Beliau pernah mengajar saya subjek stastiks di ITM, ketika beliau menjadi pensyarah di sana. Oleh yang demikian, adalah amat sukar bagi saya untuk memaafkan perlakuan biadap SMM ini.

Sinar Harian melaporkan,
Dalam pada itu, portal pro PAS Tranungkite awal-awal lagi menyifatkan SMM sebagai kumpulan tajaan UMNO. (Keratan artikel seperti di bawah dan artikel penuh, klik SINI). Malah portal berkenaan mendakwa Pengerusi SMM Ahmad Syukri Che Abd Razab dan pelajar KUIN yang dikenakan tindakan disiplin Muhamad Aiman Che Abd Razab adalah adik beradik.

Jadi ini bermakna ia lebih bersifat dendam si abang membela si adik.


Ternyata bahawa di pihak PAS telah dibutakan matanya oleh Anwar Ibrahim, walhal SMM dan Che Bard adalah begitu akrab. Oleh itu tidak hairanlah mengapa mereka menolak kenyataan bahawa Anwar wujud dalam video China Doll.

Atau mungkinkah putarbelit yang tersiar di Tranungkite sebagai untuk mengelakkan perpecahan sesama parti di dalam PR?

Jika PAS masih beranggapan bahawa SMM sebagai satu komplot tajaan UMNO, mengapakah PAS Kawasan Kapar dibawah kepimpinan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman menjadi terlalu tolol untuk menyelamatkan kumpulan tersebut yang terkangkang bersendiri ditinggalkan oleh PKR dalam kekecohan di Kg Idaman, Pelabuhan Klang?

Saya telah menyaksikan sendiri bila mana, kumpulan PAS dari DUN Meru (kawasan parlimen Kapar) datang memberi perlindungan kepada SMM di IPD Klang pada malam kejadian.

Video di bawah menjadi saksi betapa tidak seorang dari PKR Klang yang melindungi mereka, melainkan PAS Meru.

Bila Agaknya Khir Nak Cili Mulut Faekah?

Dalam satu kenyataan akhbar Faekah Husin [klik SINI] mengatakan Tan Sri Rozali adalah Bendahari UMNO Selangor semasa perjanjian konsesi air Selangor.

Faekah sebenarnya bercakap ikut sedap mulut walhal setahu saya untuk tempoh pentadbiran TS Muhammad Mohd Taib, TS Abu Hasan Omar dan kemudian kembali kepada TS Muhammad sebelum Dr Khir Toyo jawatan Bendahari hanya disandang oleh Dato' Saari Jihin dan Dato' Adnan Buyong.

Elok dicilikan saja mulut Faekah.

Pasca Debat Soi Lek-Guan Eng - Akhirnya Soi Lek Berkata Benar

Akhirnya Soi Lek berkata benar.

Dalam mengulas "Debat Soi Lek-Guan Eng", menyifatkan tidak ada pihak yang menang dan kalah dalam debat itu kerana pemenang bagi debat itu adalah rakyat (bangsa Cina) bukan beliau atau Guan Eng.

Saya tidak mahu mengulas apa yang dihujah oleh kedua-dua pemimpin tersebut, malah saya juga tidak mahu mengulas apa yang ditanyakan oleh para hadirin di debat tersebut, namun secara keseluruhan yang ditanyakan ialah apa untung rugi yang bangsa Cina dalam menyokong UMNO dan PAS.

Terus terang dikatakan, nilai ini tidak ada samada dikalangan penyokong UMNO dan PAS iaitu dalam menyoal apakah natijah pemimpin mereka dalam menentukan destini anak bangsa. Kita harus berani mengakui kekurangan itu.

Friday, February 17, 2012

Gambar Korek Hidung Yang Bukan Menghina PAS

Dewan Pemuda PAS kesal kerana dilabelkan sebagai Parti Ajaran Sesat.


Nasrudin mungkin tidak pernah dengar ajaran Hadi Awang yang tidak istiqamah, tapi MB Terengganu pernah mendengarnya.

Panggilan Ke Talian Pengerusi Pemahaman & Pemantapan Agama PKR Tak Dijawab

Ronnie Liu Hangat-Hangat Tahi Ayam!

Pada penghujung 2010, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Zon Bersih di setiap kawasa PBT. Pelancaran program hebat dan banyak wang diguna untuk papan tanda, banner, tanda arah dan pelbagai lagi.

Malangnya, program ini sekadar program "Hangat-Hangat Tahi Ayam Ronnie Liu".

Kini, dimana-mana PBT pun, masalahnya adalah seperti gambar-gambar di bawah.




Thursday, February 16, 2012

Kalau Hadi Awang Nafikan, Maka Dia Pun 2X5 Anwar Ibrahim


Sahabat blogger Din Turtle mendedah audio ucapan Hadi Awang.

Mana mungkin Hadi Awang nak mengaku kerana dia dah awal-awal video mahu pun CD tak boleh jadi saksi.

Tapi kalau Hadi tak ngaku, maka dia pun 2 X 5 Anwar Ibrahim gak.