Saturday, January 28, 2012

Anak Didik Anwar Lari Ketika BR1M Diagihkan


Ketika rakyat DUN Pelabuhan Klang beratur panjang untuk mendapatkan BR1M, anak didik Anwar Ibrahim, ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah tidak menjenguk untuk bertanya khabar.

Hendak dijadikan cerita, kebetulan setelah selesai membuat liputan penyampaian BR1M DUN Pelabuhan Klang yang berlangsung di Hotel Crystal Crown, saya bergegas ke DUN Kota Anggerik, Shah Alam dan terserempak dengan ADUN berkenaan di kesesakan jalanraya di Seksyen 15, Shah Alam (berhadapan Karangkraf). Gambar di atas adalah menjadi bukti.

Untuk rekod, Badrul Hisham menang DUN Pelabuhan Klang atas tiket PKR semasa PRU12. Kemudian beliau keluar menjadi Bebas dan akhirnya menyertai BN.

Walau bagaimana pun BR1M DUN Pelabuhan Klang dikendalikan oleh Ketua UMNO Bahagian Dato' Mazlynoor Abdul Latif dan dibantu oleh sukarelawan dari Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian berkenaan.

Foto-foto di bawah dirakam semasa proses pengagihan dilaksanakan.








Exco Adat Istiadat Melayu Selangor Dr Ahmad Yunus Malu Jadi Melayu

Exco Adat Istiadat Melayu baru Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi (dua dari kiri) tampil malam tadi, di program anjuran Pemuda Pakatan Rakyat Parlimen Kota Raja bertempat di Dewan MBSA, Jalan Kebun dengan memperagakan pakaian tradisional Cina. Maaf kerana kualiti gambar tidak begitu baik, kerana sekadar menggunakan telefon bimbit.

Pada hemat saya, adalah kurang manis bagi beliau berpakaian demikian, meskipun baru lepas menghadiri sambutan CNY di tempat lain, walhal beliau boleh menukar dengan pakaian Melayu kerana hadir di kawasan yang didiami oleh 100% Melayu.

Cuba perhatikan pula pada kedudukan protokol. Dari situ pun sudah cukup untuk menjelaskan bahawa PAS umpama melukut di tepi gantang dalam protol negeri yang dicipta oleh PKR dan DAP. Lihatlah sendiri, ADUN DAP Sekinchan Ng Suee Lim duduk di tengah-tengah bagai boss, walhal Dr Ahmad Yunus adalah lebih kanan kerana beliau adalah seorang exco kerajaan negeri.

Nurul Izzah Hina Syed Mokhtar Dan Julang Robert Kuok Di Jalan Kebun

Malam tadi di bertempat di Dewan MBSA, Jalan Kebun, Nurul Izzah menjulang nama Robert Kuok dan menghina usahawan sebangsa dengannya, Syed Mokhtar Al-Bukhari. Tergamak sungguh Nurul menghina bangsanya sendiri di kawasan perkampungan tradisi yang penduduknya 100% Melayu.

Dalam program yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat Parlimen Kota Raja itu, Nurul Izzah menyifatkan bahawa Syed Mokhtar sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap kenaikan gula di Malaysia. Nurul Izzah bercakap bak sedap mulut, walhal klik SINI untuk mengetahui Tradewinds milik Syed Mokhtar bukanlah bukan monopoli tunggal dalam industri gula di Malaysia.

Nurul Izzah turut menuduh Syed Mokhtar sebagai proxy Tun Dr Mahathir, disamping menguasai IPP (melalui Malakof) dan mengaut keuntungan besar. Benarkah begitu?

Sebaliknya, jika kita merujuk kepada perakuan berkanun yang dibuat oleh Dato' Abdul Murad Khalid (bekas Penolong Gabenor BNM), ada menyebut perkara di bawah:-

Perakuan berkanun penuh Murad boleh dibaca klik SINI.

Nurul Izzah mungkin boleh menipu semua orang, tapi pada masa yang sama tidak semua orang akan tertipu dengan kata-katanya. Di bawah adalah bukti transaksi penjualan Malakof yang asalnya dikuasai oleh MRCB kepada MMC (dikuasai oleh Syed Mokhtar) yang hanya berlaku pada tahun 2001.

Friday, January 27, 2012

"Dr Hasan Ali Hanya Budak Suruhan" - Khalid Samad

Timbalan Pesuruhjaya PAS Khalid Samad sudah mula gusar dengan pergerakan Dr Hasan Ali. Kesilapan besar Khalid ialah bila underestimate Dr Hasan Ali.

Bila Khalid melabelkan Dr Hasan sebagai 'budak suruhan', hakikatnya terdetik juga kegusarannya seperti yang diluahkannya di portal Malaysiakini, iaitu boleh mengganggu undi PR dalam pertembungan dengan BN.

Sepatutnya, Khalid lebih bersyukur kerana Dr Hasan telah bersuara sebagai orang yang diluar PAS. Andai Dr Hasan bersuara sebagai AJK PAS Pusat, maka ia akan menambah parah kepada PAS Selangor.

Malah syukur berganda harus dilakukan oleh Khalid kerana buat masa ini Dr Hasan masih belum melancarkan ABAS (Asal Bukan PAS) atau TAMPAR (Tindakan Hambat PAS DAP & PKR) untuk menyaingingi ABU!

Azizan Razak Bakal Dihadap Ke Lembaga Displin PAS

Bagi MB Kedah DS Azizan Razak pasti tersinggung dengan kenyataan Abdul Aziz Bari yang memintanya dikenakan tindakan tegas.

Mungkinkah Azizan merupakan satu-satunya AJK PAS Pusat yang menentang pemecatan Dr Hasan Ali ketika berlangsungnya agenda pemecatan tersebut?

Malang nasib PAS, harapkan Anwar, Anwar makan PAS.

Minah Indon & Mat Bangla Ditangkap Khalwat Di Pandan Indah - KPI Khalid Ibrahim Naik Mencanak

KPI Pengerusi Portfolio Agama Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim naik mencanak ekoran penangkapan pasangan khalwat Indonesia-Bangladesh di Pandan Indah.

Laporan penuh klik SINI.

Thursday, January 26, 2012

Janji Najib Untuk Mendemamkan Anwar

Setelah melepasi setahun, lagu lama masih dimainkan oleh Sam Ketot bila mencabar diadakan perdebatan Najib vs Anwar.

Dengar jawapan Najib setahun lalu, klik SINI.