Wednesday, December 28, 2011

Apakah ANAK Punya Hak Eksklusif Terhadap FELDA?

Mazlan Aliman telah menubuhkan ANAK (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) yang antara lain menuntut hak generasi ke2 dan ke3 Felda keatas tanah-tanah milik Felda yang belum diteroka. Kekadang timbul juga sakit hati bila macam-macam onar dilakukan oleh Mazlan dan ANAK, seolah-olah Felda ini mereka punya.

Persoalannya apakah hak terhadap tanah yang diteroka adalah eksklusif kepada ANAK?

Jika diimbas semula asas dan tujuan penubuhan Felda, adalah tidak lain bertujuan untuk menangani penempatan semula bagi mengurangkan kemiskinan masyarakat luar bandar. Oleh yang demikian, ini bermakna bahawa apa juga tanah yang belum diteroka adalah menjadi hak untuk mereka yang masih dibawah paras kemiskinan di luar bandar, malah juga bandar untuk memohon dan menyertai tanah rancangan Felda.

Adalah tidak adil untuk melayan tuntutan ANAK, kerana Felda bukanlah hak eksklusif mereka.

Sudah sampai masanya bagi kerajaan bagi menyemak semula dari segi perlaksanaan terhadap masa depan Felda yang bukan sahaja terarah kepada anak cucu peneroka Felda, sebaliknya memberi ruang dan peluang kepada mereka yang tergolong dalam kemiskinan tegar untuk mengubah kehidupan mereka.

Nik Aziz Buat Majlis Makan Berdamai Untuk Hasan Ali & Nasharudin Mat Isa

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," - TG Nik Aziz Nik Mat

Bapa Khalid Samad & Shahrir Samad Meninggal Dunia - Al-Fatihah

Dilaporkan bapa kepada MP Shah Alam dan MP Johor Baharu, meninggal dunia jam 1.20 pagi tadi. Allahyarham berumur 90 tahun.

Solat jenazah diadakan di Masjid UIA, Seksyen 17, Petaling Jaya selepas solat zohor.

Al-Fatihah.

Pelbagai Wajah Garang Imam Besar PKR Yang Bakal Menghapuskan Umat Yahudi Dari Muka Bumi

Pelbagai aksi memek muka Imam Besar PKR (diisytihar oleh Pengarah Penerangan Selangor Ust Badrol Amin Bahron) yang bakal menghapuskan umat Yahudi dari muka bumi.





Tuesday, December 27, 2011

Penyiaran Bukan Untuk Persenda Anwar Ibrahim Tapi Sekadar Menyanggah Pendapat Ustaz Badrol Amin

Layakkah Anwar Ibrahim menjadi Imam Mahdi?

Berikut apa yang diperkatakan oleh Pengarah Penerangan Selangor Ustaz Badrol Amin yang dipetik dari blog Dr MIM.
"kita hanya perlukan satu lg syarat untuk bebaskan al aqsa"

"apadia?? perlu ada seorang pemimpin yang mampu menyatukan umat islam!! paling tidak menyatukan dunia arab"

"sudah adakah pemimpin itu tuan-tuan??"

"dimana agak agak??"

"apakah muamar gaddafi?tadak salah itu koboi tua sudah xboleh pakai."

"apakah apakah ahmadinejab di iran??lakh dia syiah xboleh jugak"

"apakah turki yang akan lead, akan memimpin dunia islam waktu itu??tdak, zaman turki sudah terlepas sudah berlalu, ya akhi"

"sedara penah dgar tak hadis nabi saw tentang kebangkitan islam di akhir zaman nanti datang dari belah mana??"

"dari belah mana??timur.."

"timur itu dimana, bukan di timor leste!"

"timur itu our region, ini ini timur"

"tapi banyak negara di timur ini"

"apakah di indonesia??bukan"

"singapore??oo jauh"

"brunei??lambat sangat"

"aaa thailand, filipine atau kalau tanya sy?"

"sy kata dia ada di??di malaysia."

"sudah adakah pemimpim itu saudara??"

"tanya sy, sy kata dia sudah ada."

"pemimpin itu sedang disiapkan"

"dia sedang melalui series of trials ujian"

"dia sedang di uji"

"satu peringkat ke satu peringkat"

"y kalau calang calang org menerima ujian itu sudah tentu lllame binasa"

"tetapi, dia seorg y kuat..makin di uji dia makin kuat!"

"dan sekarang ujianya peringkat akhir.."

"ujian kepada pemimpin itu di peringkat akhir, sedara"

"insyallah kalau lepas ujian ini dia akan bangkit memimpin umat"

"dan waktu itu insyallah kita akan meraikan pembebasan al aqsa..pemimpin itu sekarang ini menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab"

"leading arab countries bukan negara arab y miskin miskin"

"negara arab y kaya kaya saudi dubai emirates abu dhabi ya"

"dia menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab"

"dia juga dihormati dibarat dan ditimur"

"dia boleh bercakap soal islam di pentas antarabangsa"

"org hormat pendirianya" "org hormat ketegasannya''

"dan org hormat prinsip agamanya"

"tidak lain tidak bukan"

"sedara anwar ibrahim"
Layakkah Anwar?



Makam Anwar lebih tinggi dari imam solatnya Ust Hadi?


Badrol Amin Dah Gila - Anwar Dikatakan Imam Mahdi


Mangkuk dalam gambar atas tu Imam Mahdi? Dajjal aku percayalah.

Mahathir mungkin ada dekat-dekat sikit namanya. Atau pun Hadi, hampir juga.

Tapi Badrol Amin kata Anwar sebagai Imam Mahdi. Bikin lawak betul!


Audio tidak begitu baik. Untuk membaca transkrip ceramah klik blog Dr MIM.

Petanda Awal Kekalahan PR Dalam Pertembungan Karnival BN Vs Karnival PR Di Selangor

Barisan Nasional Selangor dan Pakatan Rakyat Selangor bersaing pengaruh menjelang tahun baru 2012, dengan jarak lokasi hanya 6 km antara kedua-dua tapak karnival.

BN Selangor menganjurkan "Karnival Sayangi Selangor" bertempat di I-City, Shah Alam untuk tempoh 28 - 31 Disember 2012.

Sementara PR menganjurkan "Karnival Mega Selangor Bumper 2011 - 2012" selama seminggu bermula 24 Disember 2011 - 1 Januari 2012.

Menariknya, PR memilih 'bumper' dan mungkin sebagai dedikasi kepada De Facto mereka yang memang minat 'bumper'.

Petanda awal kekalahan saingan PR ditunjukkan dengan kurangnya kehadiran pengunjung oleh gambar -gambar di bawah.

Laporan awal berkenaan karnival PR yang gagal tersebut, klik SINI.