

Gambar-gambar di atas, dikatakan sebagai bukti penglibatan Anwar Ibrahim dalam memperalatkan pelajar-pelajar, dalam persaingannya dengan Najib.
Lagi gambar-gambar berkaitan, klik Revolusi Minda Key Marzuki.
KHAZANAH Nasional Bhd bercadang mengambil alih 75 peratus kepentingan dalam pengendali rangkaian hospital terbesar di Turki, Acibadem bagi memperluaskan pelaburannya dalam sektor penjagaan kesihatan global.
Sayap pelaburan Kerajaan Malaysia itu menguasai 15 peratus kepentingan secara langsung dalam pengendali hospital berkenaan manakala baki 60 peratus akan dikuasai secara tidak langsung menerusi anak syarikatnya, Integrated Healthcare Holding (IHH).Walau bagaimana pun Anwar bercadang ke Turki selepas jatuh hukum. Nak lari kot?
Turkish Competition Authority, berkata, pihaknya sudah menerima permohonan daripada pemegang saham Acibadem, Almond Holding dan keluarga Turki, Aydinlar berhubung penjualan kepentingan masing-masing dalam pengendali rangkaian hospital terbesar di Turki itu kepada kumpulan Khazanah. [Berita Harian]
Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Jelita Septriasa hari ini dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Presiden Universiti Lim KokWing di atas pencapaian cemerlang beliau dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Acha Septriasa merupakan antara 1,000 graduan universiti itu yang menerima diploma dan ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tersebut. [Utusan]