Kalau BN menang di Selangor, Najib tak perlu pening kepala. Najib boleh letak sesiapa sahaja.
Di Selangor, kerja amat mudah. Bagi MB baru, bila timbul berdepan dengan apa jua masalah, telah tersedia skrip jawapannya. "Salah kerajaan yang lalu".
Bila berlaku banjir di Kajang pada Jumaat lepas, maka di hulu Sungai Jelok yang disalahkan. Puncanya, kerajaan BN meluluskan projek 'gondolkan hutan' di situ. Walhal dah lebih 3 tahun PR memerintah Selangor.
Barangkali mereka ni dah buta mata. Projek di kuala tak nampakkah? Kan di kuala ada projek gali pasir dan apakah tak menyumbang kepada memperlahankan pergerakan air ke muara Sungai Langat?
Yang peliknya MP Hulu Langat Dr Che Rosli pun sengaja diamkan diri. Dah serikkah menegur orang PKR? Nyatakan kebenaran, perbetulkan ADUN PKR Lee Kim Sin tu.
Kononnya A. Samad Said mengetuai himpunan menentang RUU Perhimpunan 2011. Dengan harapan, orang yang lalu lalang di KLCC akan menyertai Samad dan , maka lokasi dihadapan bangunan berkenaan telah dipilih untuk tujuan tersebut petang tadi.
Malangnya, Samad telah gagal kerana menurut laporan Harakahdaily ia hanya disertai 200 orang.
Dari gambar di atas, himpunan yang dianjurkan, kelihatan seperti majlis sambutan hari jadi cucu A. Samad Said di tempat terbuka.
Kesian Samad - Diperlembukan ketika orang Melayu berhimpun di PWTC
Walau pun baring untuk tarik perhatian, orang awam tak datang
dekat sebab ingatkan orang gila terlepas dari mental hospital
KUALA LUMPUR 1 Dis. — Ketiga-tiga Naib Presiden UMNO hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sekiranya mereka difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat kenyataan tersebut dalam sidang akhbar bersama selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011 oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. [Utusan]