Sunday, October 2, 2011

Gambar-Gambar Yang Buat Anwar Ibrahim Terliur

Ada blog pro pembangkang bising-bising sebab Istana Negara.

Aku pun bayar cukai jugak, tapi tak kisah pun. Sebab namanya pun Istana Negara. Makna bukan milik sesiapa. Ia adalah milik negara.

Agaknya dia orang dengki sebab Anwar Ibrahim tak ada chance nak angkat sumpah kat situ.






Bila-bila kau orang (pro pembangkang) senang, ajaklah Anwar Ibrahim angkat sumpah jadi ketua pembangkang kat rumah yang dalam gambar dibawah.

Ngeh Khoo Ham Masih Terkilan Sebab Cuma Seketika Merasa Pakai Toyota Camry Kerajaan Perak

Sudah-sudahlah tu Ngeh, apa lagi mahu bising?

Tidak puas hati, bawa sahajalah ke mahkamah.
"Ekoran keputusan Mahkamah Agung itu - mahkamah tertinggi di negara ini - maka pembentukan panel hakim Mahkamah Persekutuan oleh mana-mana orang lain, adalah tidak dibenarkan.

"Oleh yang demikian, keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kes krisis Perak adalah tidak sah," kata Ngeh (kanan) kepada Malaysiakini.

Friday, September 30, 2011

Najib Dalam Proses Memerangkap Nik Aziz

Kerajaan mahu melihat betapa seriusnya PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri dibawah pentadbiran PAS, kata PM DS Najib Razak dalam kenyataaan hari ini.
KUALA LUMPUR: The government wants to see just how serious PAS is about implementing Hudud Law in PAS-administered states, Datuk Seri Najib Tun Razak said today.

The Prime Minister and Umno president said that PAS had long talked about enforcing Hudud law, but there has been no change in any state that it controlled.

"We want to see if they are serious or not because the Hudud story is not

new. They have been talking about it (implementing Hudud) but it has never
happened," he told reporters after chairing an Umno Supreme Council meeting at
the Putra World Trade Centre here. [Bernama/NST]

Uji Rashid Dipenjara 10 Tahun

Bukan Uji Rashid artis veteran tanahair tetapi Uji Rahid seorang lelaki Indonesia telah dihukum penjara.
JOHOR BAHARU: Seorang lelaki Indonesia bernama Uji Rashid dan lima rakannya yang cuba merompak sebuah kapal dagang di perairan Tanjung Piai, Pontian, 19 Sept lepas dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Uji, 33, Rudiarto, 39; Andagunawan, 27, Edi, 45, Saleh, 45, dan Khairu Fahmi, 25, semuanya berasal dari Dumai, Indonesia, mengaku bersalah cuba melakukan rompakan secara berkumpulan di kapal MT Sky Jupiter pada jam 12.49 malam hari berkenaan.
Mereka yang bekerja sebagai buruh dituduh melakukan perbuatan itu pada kedudukan garis lintang satu darjah 15.44 minit Utara dan garis bujur 103 darjah 28.26 minit Timur di dalam perairan Malaysia pada jarak lebih kurang 2.65 batu nautika perairan berkenaan.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan. [Bernama/Berita Harian]

Ops Tegak Benang Basah Gagal - Guan Eng Akhirnya Mengaku Bersalah

Kenyataan akhbar KM Pulau Pinang Lim Guan Eng:
Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.

Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.

Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun. [Malaysiakini]
Dengan itu berakhirlah episod menegakkan benang basah oleh Guan Eng.

Thursday, September 29, 2011

Siapa Bakal MB Besar Selangor?

Dalam satu kenyataan di Paris pada 27/9/2011 TPM TS Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa BN sudah mengenal pasti calonnya untuk PRU13.

PARIS 27 Sept. — Barisan Nasional (BN) sudah mula mengenal pasti calon bagi pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, langkah awal itu bukan bermakna pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat tetapi bagi memastikan calon yang dipilih nanti berkeupayaan dalam semua aspek, termasuk dalam menjayakan pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Muhyiddin berkata, BN akan menggunakan pendekatan baru dalam memilih calon dengan kriteria utamanya ialah bakal calon akan dinilai secara individu dan menyeluruh oleh pucuk pimpinan, selain sumber rasmi dan tidak rasmi.

"BN perlu ubah cara pemilihan calon berdasarkan perubahan landskap politik semasa...tidak boleh secara semberono,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, petang tadi seorang rakan memberitahu bahawa beliau mendapat maklumat BN Selangor juga telah mengenalpasti calon-calonnya di Selangor.

Menurutnya, ADUN-ADUN BN yang menang mempunyai harapan cerah untuk dicalonkan semula. Cuma beberapa calon yang telah berusia seperti Raja Dato' Idris (Sg Air Tawar), mungkin akan memberi laluan kepada muka baru.

Dalam pada itu ada yang mengatakan Dato' Abdul Rahman Palil (Sementa) telah mengumumkan untuk tidak bertanding, namun tidak diketahui kebenarannya.

Kedudukan Dr Khir Toyo juga menjadi tandatanya, ekoran kes mahkamah yang sedang dihadapinya. Andainya PRU diadakan dalam tahun ini juga, kemungkinan untuk beliau dicalonkan semula boleh dikatakan tipis. Melainkan MB Selangor TS Khalid Ibrahim enggan membubarkan DUN, bagi membolehkan PRN diadakan berasingan.

Disamping itu, rakan tersebut turut memberitahu bahawa peluang untuk mereka yang tewas pada PRU12 adalah tergugat. Peluang kepada muka-muka baru adalah terbuka luas. Malah kemungkinan ramai Ketua UMNO Bahagian tidak tercalon adalah sukar untuk dinafikan.

Jika BN menang di Selangor pada PRU13, siapakah calon MB Selangor? Mungkinkah DS Noh Omar, Ketua Pembangkang Dato' Satim Diman atau pun pendatang baru? Kemungkinan bagi pendatang baru adalah amat besar dan biarlah menjadi rahsia pucuk pimpinan.

Khalid Ibrahim Tidak Dipedulikan Di Ijok Atau Khalid Ibrahim Yang Tak Pedulikan Ijok?

Seorang sahabat saya berasal dari Batang Berjuntai yang termasuk dalam DUN Ijok. Beliau memberitahu saya bahawa orang-orang Batang Berjuntai sudah bosan dengan ADUN mereka iaitu MB Selangor TS Khalid Ibrahim.

Sambungnya lagi, pejabat ADUN Ijok telah ditutup. Saya tidak mempastikan kebenaran cerita itu sehingga saya melihat sendiri dengan mata saya.

Hujung minggu lepas, saya telah ke Batu 7, Ijok untuk menziarah rakan yang pernah sekelas dengan saya 30 tahun yang lalu, tetapi kini telah kembali bertugas dan menetap di situ. Rumahnya terletak di belakang sebuah dewan masyarakat. Kebetulan di dewan berkenaan sedang mengadakan satu majlis yang saya difahamkan adalah majlis sambutan Hari Raya dan Kemerdekaan.

Dari apa yang saya lihat, di kawasan dewan berkenaan hanya memasang dan mengibarkan bendera Malaysia di jalan masuk dan sekeliling dewan berkenaan. Tiada bendera parti politik samada PKR, UMNO mahu pun PAS.

Apabila ditanya kepada rakan berkenaan, aktiviti tersebut dianjurkan oleh Persatuan Penduduk kawasan berkenaan. Menurutnya lagi, mereka mendapat sumbangan dari ADUN Jeram Amirudin Sutero yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor. Tidak pula dia menyebut ada sumbangan dari ADUN mereka yang juga MB Selangor.

Yang menariknya, rakan tersebut memberitahu bahawa sebelah pagi diberi peluang kepada BN dan sebelah malam mereka memberi peluang kepada MP Kuala Selangor (PAS) Dr Dzulkefli. Alasannya, mereka adalah penyumbang-penyumbang program. Bagaimana pula dengan Khalid Ibrahim? Tak bagi sumbangan kot?

Apakah rakyat lupa sumbangan besar Khalid di Ijok? Baca [SINI]

Dalam hati saya berkata, "Untung jadi orang Ijok, kiri kanan orang bantu!"