Thursday, September 15, 2011

Bertuah Jadi Tony Fernandes, Dilahirkan Berbedung E-Mas

Rasanya yang paling bertuah dalam Malaysia ialah Tony Fernandes. Sebab dia dilahirkan berbedung eMas.

Apa yang dia sentuh, pasti disokong Khazanah Nasional Berhad. Air Asia ambil alih MAS dan Khazanah pula pegang 10% dalam Air Asia.

Bila, Tony Fernandes beli kelab bola sepak EPL Queen Park Rangers, MAS & Air Asia taja pula kelab berkenaan.


Bertuah Tony Fernandes, sentuhannya adalah sentuhan eMas belaka!

Wednesday, September 14, 2011

Penajaan MAS Keatas Queen Park Rangers Akan Dibatalkan?


Mungkinkah penajaan MAS keatas kelab bola sepak EPL Queen Park Rangers milik Tony Fernandes akan dibatalkan?

Apa pun keputusan telah dibuat oleh pengurusan MAS sebelum ini yang diketuai Pengarah Eksekutif Mohammed Rashdan Yusof. Hari ini MAS mengumumkan perlantikan Ahmad Jauhari Yahya sebagai Pengarah Urusan, berkuasa 19 September 2011. Pada masa yang sama Rashdan kekal sebagai Pengarah Eksekutif.
KUALA LUMPUR: MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BHD [] has appointed Ahmad Jauhari Yahya as its managing director with effect from Sept 19, 2011, filling in the position left vacant by Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin who resigned from the airline last month. [The Edge]

JOM BELI!!!!! Azman Mokhtar Dah 'Announce' Ada Banyak Khazanah Negara Yang Nak Dijual

Entah apalah lagi khazanah negara yang nak dijual. Aku ni orang kecik, tak tau apa-apa pasal bisnes. Azman Mokhtar orang bijak, mengaji tinggi. Dia lebih tahu dari apa yang aku tahu.

Kalau banyak yang nak dijual, ada invent benda yang baru ke? Atau pun, jual, simpan dalam guni dan kikis hari-hari sampai kantung kosong?
Khazanah Nasional Bhd, Malaysia’s state investment company, has identified further assets to divest and is waiting for the “right timing,” Managing Diretor Azman Mokhtar told reporters in Kuala Lumpur today.

He didn’t say what might be sold.
-- Bloomberg

Amanat Tok Wan 8 Tahun Sebelum Mat Sabu Dilahirkan

Ketika 8 tahun sebelum Mat Sabu dilahirkan, tokwan-tokwan Mat Sabu telah berkumpul membuat satu perintah (resolusi) di Istana Besar Johor Baru pada 11 Mei 1946.

Wakil-wakil yang dipilih ialah Dato' Onn Jaafar, Dato' Panglima Bukit Gantang dan Tunku Abdul Rahman. Sementara itu Zainal Abidin Abas dilantik sebagai pengganti, jika salah seorang dari yang dilantik tidak dapat turut serta.

Berikut diperturunkan perintah (resolusi) kepada perwakilan yang dilantik dan ia adalah mengikut minit yang tercatat dan mengikut susunan dan gaya bahasa ketika itu, tanpa sebarang pindaan:-

"Hendaklah kamu belayar ke England apabila dapat ditentukan kenaikan subaya membentangkan kepada rakyat British dan kepada ahli-ahli Mesyuarat British dan kepada pertubuhan-pertubuhan siasah dan lain-lain pertubuhan yang mewakili suara rakyat dan juga kepada lain-lain orang yang kamu fikirkan patut, akan bantahan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang mewakili umat Melayu di dalam Semenanjung Tanah Melayu ini diatas:

  • Ketaklukan Negeri-Negeri Melayu
  • Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu itu dan Sir Harold Mac Michael wakil khas bagi Yang Maha Mulia King ialah perjanjian-perjanjian itu tiada diaku oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan yang demikian itu disifatkan tidak sah diatas umat Melayu yang menjadi rakyat Raja-Raja itu
  • Supaya menuntut bagi dikembalikan taraf negeri-negeri Melayu menjadi Negeri-Negeri Melayu yang merdeka
  • Supaya dijalankan langkah-langkah atau lain-lain pekerjaan yang akan memeliharakan kemerdekaan Negeri-Negeri Melayu itu
Mat Sabu memang tak tahu menahu pun sebab dia belum dilahirkan dan masih belum kenal bau dan kena lekit ***** Mah!

Tuesday, September 13, 2011

Belum Jadi Pengundi Dah Jadi Penyamun

Seorang remaja dari kawasan parlimen Kapar yang diwakili oleh MP Manickavasagam (PKR) sedang diburu oleh Polis Selangor ekoran kes samun 2 restoran mamak di Shah Alam.

Dalam pada itu, ekoran penahanan suspek pertama di Pangsapuri Rimba Jaya, di kawasan parlimen Shah Alam yang diwakili oleh MP Khalid Samad (PAS) telah membawa kepada penahanan 7 lagi suspek.

Moga Manickavasagam dan Khalid Samad dapat tersenyum bangga.

SHAH ALAM 13 Sept. — Polis Selangor menahan lapan lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima dan dua pengawal keselamatan sebagai suspek rompakan bersenjata secara berkumpulan di dua buah restoran mamak pada 28 Ogos dan 8 Sept lepas di sini.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata suspek pertama ditangkap di Pangsapuri Rimba Jaya, Klang pada 8 Sept pukul 11 malam selepas rompakan ke atas restoran mamak dilakukan pada pagi hari yang sama.

Penangkapan suspek pertama membawa kepada penahanan tujuh lagi suspek sehingga Ahad lepas (11 Sept) dan kesemua suspek yang berumur antara 17 dan 27 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata polis masih mencari seorang lelaki dikenali sebagai S.Veeramuthu, 19, dari Kapar bagi membantu siasatan berhubung kes itu. [Bernama/Utusan]

Siut Betul, Rupanya Khalid Ibrahim Tak Gagap!


Sengaja aku publishkan video karaoke Khalid Gagap.

Harap-harap, pembenci Khalid tambah meluat.

Kalau Tony Fernandes Guru Besar SRJK Tamil Pasti Dah Kena Buang Kerja

Kes 1

Andaikan Tony Fernandes seorang Guru Besar sebuah SRJK Tamil. Pada masa yang sama dia juga pemilik kedai buku tulis.

Jika dia arahkan murid-murid sekolahnya beli buku di kedai miliknya, boleh tak dia dipecat?

Kes 2

Tony Fernandes memiliki Queen Park Rangers dan pada masa yang sama beliau adalah pemegang saham utama MAS dan Air Asia.

Jika CEO kedua-dua membuat keputusan untuk menaja kelab EPL tersebut;
  • Apakah CEO syarikat berkenaan ditakrifkan sebagai pembodek, terpaksa atau suatu urusniaga yang adil
  • Bolehkah Tony Fernandes diambil tindakan undang-undang? Berikan alasan-alasan anda jika anda menjawab 'ya' atau 'tidak'.
Sebelum anda menjawab, anda disarankan membaca nota [INI]