Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata terserah kepada kebijaksanaan pimpinan kerajaan negeri Kedah dalam menangani pertikaian dengan DAP berhubung larangan operasi 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti.
"Pandangan saya, kita serah kepada Kedah untuk mereka menanganinya dengan penuh bijaksana. Mereka pandai perintah negeri, mereka boleh berunding.
"Di sana ada peraturan bagi Islam sahaja, ada hak bagi bukan Islam dan di sana, ada hak bersama. Mereka nilai sendirilah bagi melaksanakan konsep ini," katanya kepada wartawan di Kuala Terengganu Sabtu. [AgendaDaily]
Saturday, July 16, 2011
Adusss Tolong! Hadi Awang Pening Memilih Agama & Politik
Mencari Popeye Sampai Ke India!
CHENNAI 16 Julai - MISC Berhad, syarikat perkapalan terkemuka dunia telah ‘berlabuh’ di bandar bahagian India Selatan, untuk mencari pekerja maritim berkemahiran di India.
India, pada masa ini telah membekalkan hampir lapan peratus pelaut untuk industri maritim dunia atau kira-kira 100,000 warga India bekerja di kapal pedagang antarabangsa.
"Pada masa ini, kami mempunyai lebih 8,000 pekerja profesional laut yang 25 peratus daripadanya terdiri daripada warga India sementara yang lain ialah warga Malaysia, Filipina dan lain-lain," kata Kapten Rajalingam Subramaniam, Naib Presiden Perkhidmatan Pengurusan Kapal MISC dalam satu kenyataan. [Bernama/Utusan]
Bob Lokman Pasti Boikot Mereka!
Zahid Hamidi Suka, Satim Diman Suka, Khir Toyo Lagilah Suka!
SURABAYA 15 Julai – Kerajaan bersedia memberi kebenaran kepada syarikat media gergasi Indonesia, Kumpulan Jawa Pos untuk membuka operasi penerbitan akhbarnya di Malaysia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri turut menegaskan bahawa beliau akan membantu syarikat itu jika ia berminat menerbitkan akhbar itu di Malaysia.
"Jika ada permohonan, saya boleh meminta Menteri untuk mengeluarkan permit penerbitan,” katanya pada majlis perjumpaan dengan lebih 20 editor kanan Kumpulan Jawa Pos di sini, hari ini. [Bernama/Utusan]
Kuasa Veto Karpal Singh Akan Tentukan Samada Boleh Buka Atau Tutup Pusat Hiburan Sepanjang Ramadhan Di Kedah!
KUALA LUMPUR 15 Julai – DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap parti-parti komponen lain dalam pakatan pembangkang. [Bernama/Utusan]
Friday, July 15, 2011
Anwar Teleng Bakal Berbohong Dibulan Ramadhan
AIDCNews – 14/07/11 -”Kita dapat tarikh 8 Ogos, tapi peguam (saya) merasakan tunggu (dulu) untuk menemui saksi-saksi yang diserahkan kepada kami termasuk Perdana Menteri Datuk Najib, Datuk Rosmah yang mengelak daripada cuba memberi keterangan. Ini mempersulit kita dalam proses pembelaan”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas hadir di Mahkamah Tinggi untuk mendengar prosiding kes liwat yang membabitkan dirinya, 13 Julai lalu.
Semasa dalam prosiding di mahkamah, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan pada 8 hingga 26 Ogos sebagai tarikh pihak pembela memberi keterangan membela diri.
Keputusan tarikh itu dibuat selepas dua kali perbincangan di antara peguam Anwar dan pihak pendakwa di kamar hakim, setelah Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan kes tersebut dengan alasan mahu membuat rayuan ke peringkat Mahkamah Persekutuan.
Sankara Nair, salah seorang peguam Anwar memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa mengikut Kanun Acara Jenayah, tertuduh iaitu Anwar Ibrahim sendiri adalah saksi pertama yang akan memberi keterangan dalam kes pembelaan tersebut. [AIDC]
Lagi Satu Bukti Penderaan (Video) Demo Untuk Perhatian Suhakam & Nasruddin Tantawi
Macha dalam video di atas dah tersalah masuk lubuk. Dah tau, lubuk Liverpool yang sengaja cari pasal apa hal?