Saturday, May 7, 2011

Alang-Alang Tolak Politik Lucah, Tolak Sekali Ahli Politik Lucah


Aku tak suka guna istilah mahasiswa. Aku Lebih suka guna istilah siswa.

Apa guna istilah mahasiswa kalau fikiran bebal dan tolol.

TOLAK AHLI POLITIK LUCAH, MAKA DENGAN SENDIRINYA TERTOLAKLAH POLITIK LUCAH.

Apa punya bingai beb?

Friday, May 6, 2011

Bila Pula Najib Jadi Penderhaka Rakyat Selangor, Mak Lampir Oiiii?

Mak Lampir @ Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita PKR dalam kenyataannya di Free Malaysia Today memberi amaran kepada PM DS Najib Razak, agar jangan derhaka kepada rakyat Selangor.

“Sekali lagi, saya ingatkan Najib, jangan pernah cabar kami (PKR-Pakatan Rakyat Selangor). Kami telah bersedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa.

“Jentera telah kami susunkan, barisan pertahanan telah kami ampuhkan demi terus mempertahankan Selangor, dari kezaliman dan penindasan Umno walau apa cara sekalipun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Baru Mak Lampir ni tahu penangan Najib!

Sudah Sampai Masanya Ucapkan Selamat Tinggal Kepada PAS

Apakah PAS masih tidak membaca disebalik yang tersirat.

Apabila timbul tuntutan supaya Kristian dijadikan agama rasmi persekutuan, dengan sendirinya mendedahkan yang tersembunyi secara nyata. [Baca SINI]

Hakikatnya dipihak kita sememangya telah menghidu dan melihat secara nyata 'divide & rule' yang menjadi modus operandi Anwar Ibrahim dalam memenuhi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri. Dalam pada itu, gerak Anwar ini memberi ruang kepada DAP untuk mengambil peluang untuk memperkukuhkan kedudukan politiknya.

Apabila Anwar sendiri memperlekehkan Ketuanan Melayu, disamping sokongan PAS keatas perlekehan itu, maka peralihan arah dikalangan mudah berlaku dan seterusnya MCA dan Gerakan terumbang-ambing meraih sokongan.

Bagi PAS, umpama bermimpi disiang hari yang kononnya untuk memberi kefahaman Islam kepada golongan bukan Islam. Sebaliknya DAP, memperkukuhkan kedudukan dengan konsep penyatuan Cina dan memulakan langkah penyatuan persaudaraan Kristian yang nampaknya mula menunjukkan impak semasa PRN Sarawak.

Apabila disebutkan perkara ini, PKR mahu pun PAS tetap berdegil dengan dakwaan mereka, kononnya UMNO mengamalkan politik yang menakut-nakutkan bangsa Melayu. Dalam pada masa yang sama, PKR telah memberi kelonggaran yang berlebihan hingga timbul suatu keadaan yang mana DAP dalam keadaan yang terlalu kehadapan berbanding mereka. Sementara, PAS pula semakin mengecil dari harimau yang ditakuti, kepada hanya bak burung nuri yang diajar untuk berkata-kata.

Ini bukan soal kebimbangan UMNO tetapi soal siapa yang benar-benar bertanggungjawab membela Islam dan Melayu. Justeru, sudah sampai masanya UMNO mengucapkan selamat tinggal kepada PAS dalam soal penyatuan agama dan bangsa. Sebaliknya, bangsa Melayu dan umat Islam sendiri yang harus menilai untuk memperkukuh pokok agama dan bangsa, sebagai tempat kita bernaung.

Bagi rakyat jelata sekalian perhatikan satu demi satu peristiwa yang berlaku dan nilaikan sendiri bagaimana PKR dan PAS membisu dalam mempertahankan kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu.

Piliharaya Umum 11/11/11?

Berita Harian sekadar membuat andaian.

PM cetus teka-teki pilihan raya umum


2011/05/06

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.

Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia atau menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.

Thursday, May 5, 2011

Layanan Kasta Pariah Untuk Interlok?


Bingai punya Dr P. Ramasamy!

Terkini, Interlok hasil karya Sasterawan Negara Abdullah Husain dilayan umpama pariah di perpustakaan awam Pulau Pinang, dengan larangan dipamerkan di rak buku teks.

Interlok dilarang letak di rak buku teks perpustakaan Pulau Pinang

2011/05/05

GEORGETOWN: Kerajaan negeri pimpinan DAP melarang perpustakaan awam negeri meletakkan novel Interlok di rak buku teks sebagai membantah novel itu dijadikan teks sastera di sekolah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. [Berita Harian]

Nik Aziz Dititah Sultan Perbanyakkan Jalan Raya

DYMM Sultan Kelantan seorang Sultan yang prihatin terhadap pembangunan negeri. Bagi baginda, pembangunan infrastruktur adalah pemangkin kepada pembangunan negeri.

Memandangkan tuanku seorang yang muda, tampak keperluan pentadbiran negeri ditadbir oleh seorang yang lebih muda dari MB sedia ada disamping mempunyai wawasan yang boleh memacu pembangunan negeri.

Rasanya, itulah jalan terbaik yang dapat disesuaikan dengan kebawah duli tuanku.

KOTA BAHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahukan lebih banyak kemudahan infrastruktur termasuk pembinaan jalan untuk rakyat dilaksanakan bagi merancakkan lagi ekonomi dalam negeri.

Baginda bertitah pembangunan infrastruktur untuk negeri Kelantan adalah penting kerana ia memberikan kemudahan untuk rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan terbaik kerajaan.

Sambil mendedahkan bahawa Baginda sentiasa turun padang melihat rakyat dengan menaiki kenderaan, Sultan Muhammad V bertitah pembinaan infrastruktur seperti jalan-jalan raya amat penting bagi menjana ekonomi setempat kerana jalan raya menghubungkan rakyat dengan dunia di luar.
"Negeri Johor, Pahang ada lebuh raya. Kawasan persekitaran macam kampung atau bandar kecil sempat naik (membangun), makna ada rezeki. Saya selalu pergi ke mana-mana pakai kereta, jadi kita boleh tengok sebab (apabila) kampung ada jalan besar, kampung itu tidak mati.

"Jika jalan susah nak sampai mesti benda-benda lain pun akan susah, dia (kampung) tidak ada kesempatan untuk membangun jadi dia pun nak ada komunikasi jalan. Ini masalah yang ketara yang saya lihat," titah baginda pada sidang media khas yang diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang semalam. [Bernama/Berita Harian]

Kini Telah Terbit Selangor Blue Film!

Tahun lalu Kerajaan Negeri Selangor telah membuat hebahan berkenaan Selangor Blueprint 2011-2013 yang memberi tumpuan kepada 3 teras utama:-

  1. Pembangunan, Infrastuktur dan Dasar Ekonomi.
  2. Tadbir Urus Baik dan Ketelusan; dan
  3. Isu Sosial dan Pembangunan Masyarakat. [Laporan penuh baca SINI]
Persoalannya, diperingkat mana progres blueprint berkenaan?

Mengikut perancangan asal, proses merangka blueprint ini bermula dengan pengumpulan maklumbalas pada September, draf dikeluarkan pada Oktober dan akhirnya dimuktamatkan untuk pembentangan di DUN Selangor pada November 2011. Kemuncaknya ialah pengumuman kepada orang awam sepatutnya dibuat pada Disember 2011.

Namun, carian yang dibuat melalui enjin carian, gagal menemukan sebarang dokumen yang berkenaan.

Mungkinkah, blueprint hanya sekadar lakonan Khalid kepada rakyat Selangor bagi menunjukkan yang dia membuat kerja? Akhirnya, blueprint berkenaan telah menjadi blue film (?) dengan Khalid sebagai aktor utamanya!

Kalau merangka blueprint pun terkial-kial, apatah lagi untuk melaksana.