Saturday, April 23, 2011

Khalid Samad Perguna Remaja Untuk Penuhkan Kerusi Kosong Ceramah Khalid Ibrahim

Aku kurang pasti twitter Khalid Samad yang dipetik oleh blogger GAP ini bertarikh bila? Dalam agakan aku ia mungkin bertarikh 22/4/2011 sebab aku ada ternampak "camping tents" di belakang pentas utama ceramah umum Khalid Ibrahim. Oleh itu, tidak salah jika aku andaikan remaja-remaja tersebut adalah peserta-peserta Jambori Amal yang dimaksudkan.

Dalam congakan aku tak lebih dari sepuluh khemah. Kalau tak lebih sepuluh khemah, maknannya peserta jambori pasti tidak lebih dari 50 orang.

Sebenarnya, mereka ini dimanipulasi oleh PAS untuk meramaikan jumlah crowd ceramah umum Khalid Ibrahim.

Malangnya, kehadiran mereka tidak dapat memenuhkan kerusi kosong di bawah:


Kebetulan dah bercakap berkenaan Jambori Amal ini, Dr Mariah MP PAS Kota Raja dalam ceramahnya sebelum Khalid Ibrahim, telah melahirkan kekesalannya kerana kurang sambutan dari DAP.

Hallo Dr Mariah, DAP ni jenis tahu memangkah sahaja!

Tutup Skandal Lama, Buka Skandal Baru? Yayasan Selangor Cadang Bina Sekolah Berasrama Penuh

“Saya tanya dia apa sebab tak bagi, sudah 10 bulan kita memohon tetapi tidak ada jawapan bertulis samada ia atau tidak. Sejak bulan Mei dulu, adalah panggil mesyuarat sebanyak tiga kali, minit mesyuarat tidak ada. Saya percaya permohonan kami ini telah dipolitikkan. Dan kita dukacita kerana kita sebenarnya tidak ada agenda politik, ia semata-mata untuk kepentingan akademik pelajar,” Ilham Marzuki, GM YS
Yayasan Selangor (YS) dibawah Ilham Marzuki, memasang angan-angan membina sekolah berasrama penuh, melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Namun begitu, Ilham melahirkan rasa dukacita kerana setelah 10 bulan permohonan dimajukan, tiada sebarang jawapan dari Kementerian Pelajaran.

Disebalik cadangan YS, beberapa soalan perlu dijawab:-

1. Berdasarkan kenyataan Ilham sebuah sekolah dianggarkan kosnya RM50juta. Jadi dananya hendak dicekau dari sumber mana? Yakinkah hanya bersandarkan kenyataan Khalid Ibrahim,
2. Mungkinkah hartanah strategik seperti tapak asrama-asrama Tun Dr Ismail, Toh Puan Norashikin dan Dr Latif bakal dilupuskan untuk mendapatkan sumber dana untuk projek berkenaan?
3. Tidakkah konsep yang sedia ada, memberi ruang kepada pelajar-pelajar dari luar bandar berpeluang membina networking dimasa depan dan mengubah cara berfikir, bila mereka ditempatkan di sekolah-sekolah kawalan?
4. Pembinaan SBP YS hanyalah suatu kaedah mengumpulkan pelajar-pelajar cerdar berasal dari luar bandar tetapi tidak dapat membentuk perubahan minda dan anjakan paradigma pelajar-pelajar berkenaan.

Oleh yang demikian, hentikan idea ini yang hanya bakal mengembungkan poket para pengurusan YS!

Friday, April 22, 2011

Terkini!!! Bukti Bergambar Kehadiran Ceramah Umum Khalid Ibrahim Dibawah 800 Orang

Acara kemuncak sempena lawatan MB Selangor ialah Ceramah Umum bersama Khalid Ibrahim bertempat di Kompleks Sukan Pandamaran

Dilihat dari layout khemah yang disusun dalam bentuk U, kapasiti maksimum yang boleh diisi untuk ceramah umum tersebut ialah seramai 5,000 orang. Namun kehadiran sebenar, adalah sekitar 800 orang.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, bilangan kereta hanyalah seumpama kehadiran di temasya sukan tahunan sekolah rendah.

Laluan traffik lega dan tidak sesak sama sekali. Anggota RELA dan anggota penguatkuasa traffik MPK ternyata relaks dan cuma duduk bersembang-sembang kerana tidak banyak traffik yang mengganggu lalu lintas.

Kira-kira 10 gerai makanan di lokasi ceramah dengan pelanggan yang amat sedikit. Yang pastinya peniaga terpaksa memakan sendiri makanan yang sepatutnya dijual pada malam ini.

Kemalapan kehadiran, bermakna malaplah masa depan Pakatan Rakyat Selangor!

Kerusi kosong menghiasi kawasan bawah khemah

Tak sampai hati ambil dari depan, cuma curi dari belakang

Sambutan Hambar Ceramah Umum Khalid Ibrahim di Klang

Hari ini MB Selangor mengadakan lawatan rasmi ke daerah Klang. Kemuncak lawatan ialah Ceramah Perdana Bersama MB Selangor, pada malam ini jam 8.00 malam, bertempat di Komplek Sukan Pandamaran.

Memeranjatkan!!! Itu ulasan awal aku. Banyak kerusi kosong, dari orang. Sebelum itu, jalan ke tapak ceramah juga lengang, malah bilangan kenderaan sama banyak bilangan kereta menyaksikan sukan tahunan sekolah rendah!

Menurut laporan petugas-petugas MP Klang, Khalid Ibrahim akan tiba jam 9.00 malam.

Aku terpaksa meninggal tempat itu untuk memenuhi urusan lain.

Insyaallah, akan ke ceramah tersebut semula, untuk melaporkan temberang Khalid Ibrahim kepada penduduk Klang.

Azizan Zalim!!! Lihat Perbandingan Cukai Tanah UUM Dengan Royalti Pulau Pinang Kepada Kedah


Kerajaan PAS Kedah memang zalim.

Sekadar perbandingan, keluasan UUM hanya sekadar 1,061 hektar dan cukai dikenakan (selepas tamat tempoh ehsan) RM1,744,357 berbanding RM100,000 untuk tempoh 2006-2008.

Sementara royalti seluruh negeri Pulau Pinang yang seluas 105,600 hektar, Kedah cuma menerima bayaran tahunan sebanyak RM10,000 setahun.

Azizan gila nak dapatkan title 'Kedah Negeri Cukai Patut'kah?

Thursday, April 21, 2011

Najib Kena Cepat Arahkan Muhyiddin Di China

Memeranjatkan!!! China Doll rupa-rupanya pelajar Kolej Swasta.

DS Najib kena cepat buat phone call ke China, nasihatkan TS Muhyiddin membatalkan MOU Malaysia China.

Nanti Anwar manyak happy mahhh......

Bank Negara Dalam Cengkaman Wanita Tapi Sharizat Masih Merengek Nak Minta Bank

Saya tidak nampak keperluan penubuhan bank khusus untuk wanita, seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Sedangkan suatu ketika, kerajaan menganjurkan penggabungan dikalangan bank-bank tempatan, justeru saya tidak nampak rasional disebalik penubuhan bank wanita.

Tambahan pula, kini ramai pengurus-pengurus bank adalah terdiri dari wanita. Malah Gabenor Bank Negara yang sememangnya diterajui oleh wanita, Dr Zeti Akhtar Aziz telah pun disambung kontrak perkhidmatanya untuk tempoh 5 tahun lagi.

Sebaliknya, apa yang lebih penting bagi Shahrizat ialah meminta pihak bank untuk memperbanyak produk-produk bank khusus untuk wanita.

Cadangan diwujudkan bank wanita diteruskan - Shahrizat

21/04/2011 2:56pm

KUALA LUMPUR 21 April - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan bank wanita bagi membantu usahawan-usahawan wanita di semua sektor.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, walaupun kerajaan ketika ini beranggapan penubuhan bank itu bukan keperluan mendesak, pihaknya tidak akan berputus asa sehingga matlamat itu tercapai.

"Saya sebenarnya sudah pohon beberapa kali kepada pucuk pimpinan (Perdana Menteri) sebelum ini, tetapi jawapan yang diberikan ialah ketika ini kerajaan merasakan belum tiba masa untuk bank itu diwujudkan kerana konsep perniagaan adalah konsep yang terbuka untuk semua.

"Tetapi, oleh kerana belum diwujudkan bank untuk wanita ini, kami di kementerian tidak akan berputus asa dalam usaha ini dan akan terus mendesak untuk meminta supaya ia ditubuhkan,” katanya. - Bernama