Saturday, April 16, 2011

PKR cuma Menang 3 Kerusi? Sah Anwar Liabiliti Kepada Pakatan Rakyat

Anwar Ibrahim mengesahkan dirinya sebagai liabiliti kepada Pakatan Rakyat.

Membawa nafsu besar PKR dengan bertanding 49 kerusi di PRN Sarawak, namun sekadar menang 3 kerusi.

Lim Kit Siang awal-awal sekadar meletakkan sasaran menafikan majoriti 2/3, sebaliknya Anwar optimis PR menang dengan majoriti 2/3.

Akhirnya misi tawan Sarawak gagal.

PAS Melukut Di Tepi Gantang?

Dengan keputusan tidak rasmi PRN Sarawak 56-14-1 (BN-PR-Bebas), maka sudah sampai masanya untuk PAS menyemak kedudukan mereka.

PAS tidak harus meletakkan kedudukannya umpama melukut di tepi gantang, walhal hasratnya adalah fokus untuk menggantikan UMNO.

Bagi PAS, bukannya anda tidak kuat, tetapi atas maslahah semasa rakyat agak ragu untuk menyokong anda.

Wajarkah PAS berpaksi kepada keputusan 3-4 kerat pemimpin yang agak allergic kepada UMNO dan tidak percaya kepada perpaduan hingga membelakang harapan majoriti Melayu/Islam?

Kita Asyik Tunggu Berita PRN Sarawak Hingga Tidak Sedar Noh Telah Kecundang

Kita terlalu asyik dan ghairah menunggu keputusan PRN Sarawak, hingga tidak menyedari Noh telah kecundang akibat kurang satu pukulan.

Namun ia bukannya Dato' Noh Omar, tetapi Noh Seung-Ul, pemain golf muda Korea Selatan.

KUALA LUMPUR: Juara bertahan kejohanan golf Terbuka Malaysia Maybank, Noh Seung-yul, dari Korea Selatan gagal melayakkan diri untuk terus beraksi pada edisi tahun ini kerana kekurangan satu pukulan. Noh, 19, pemain termuda yang menjuarai Asian Tour Order of Merit, hanya mencatat par genap 72 untuk mengumpul satu atas par 145 untuk permainan dua hari. [Berita Harian]

Tipu Isteri Ke Kuching, Ditangkap Khalwat Di Pulau Pinang?

Barangkali tipu isteri pergi ke Sarawak, sebaliknya melencong ke Pulau Pinang Darul PR.

Akhirnya terkantoi ditangkap khalwat.

Pegawai kanan bergelar Datuk ditangkap khalwat


2011/04/16

GEORGETOWN: Seorang pegawai kanan kementerian berpangkat Datuk ditangkap khalwat bersama pembantunya berusia 28 tahun di sebuah hotel terkemuka di Batu Feringgi, di sini, awal pagi tadi.

Pegawai kanan itu ditahan kira-kira jam 4 pagi.

Penahanannya disahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Sazeli Hussein. [Berita Harian]

Moga Allah Lindungi Sarawak Dari Dilanda Tsunami

Moga Allah akan lindungi Sarawak dari dilanda tsunami.

Gempa bumi sekadar 5.9 magnitud di bahagian tengah Tokyo.

2011/04/16

TOKYO: Satu gempa bumi kuat berukuran 5.9 magnitud menggegarkan tengah Tokyo di Tochigi jam 11.19 pagi tadi waktu tempatan, lapor Jabatan Meteorologi Jepun sebentar tadi.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan gempa terbabit dengan berita awal melaporkan beberapa bangunan turut bergegar. [Berita Harian]

Bukan 1 Omega, Tapi 2 Omega

Dalam kontroversi yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim pada hari ini, ramai yang terlepas pandang pada 1 lagi Omega yang menjadi kontroversi yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, lebih sedekad yang lalu.

Baca berikut, jika ingin tahu Omega yang satu lagi.

Omega Securities

During the go-go 1990s, Datuk Tony Tiah Thee Kian stood at the top of the stockbroking heap. TA Enterprise Bhd was the largest stockbroker in town, with over 700 remisiers and a huge client base.

On Oct 12, 1990, as part of a restructuring exercise, TA Enterprise acquired TA Securities. A month later, TA Enterprise was listed on the then Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE). In March 1991, TA Enterprise acquired Botly & Co Sdn Bhd.

On March 30, 1990, AT Securities Sdn Bhd, an outfit started by Tiah and his wife, changed its name to Omega Securities Sdn Bhd. Both Omega Securities and Pahang-based WK Securities were acquired by Omega Holdings Bhd on March 8, 1991.

While Omega was thriving and Tiah was busy expanding his business beyond Malaysian shores, there were hints of a scandal emerging.

In a July 1993 news report, for example, Tony Tiah came out to deny that TA Securities was in any way linked to the Union Paper Holdings Bhd scandal.

The Union Paper case involved the massive short-selling of the company’s shares on the KLSE, which resulted in the exchange having to buy in Union Paper shares. Tiah also denied that TA had suffered large contra losses due to a rather significant correction in the market then.

In 1997, things got more serious. Other names were being linked to the Tiahs, names such as businessman Datuk Soh Chee Wen.

On March 23, 1998, Tiah resigned from the KLSE committee, citing health reasons. Three weeks later, on April 9, he withdrew his resignation.

In June 1998, Omega Securities’ trading licence was terminated after it had failed to meet the KLSE’s minimum liquid funds requirement. Eleven other brokerages were placed under trading restrictions.

Tiah and Soh were charged with defrauding Omega Securities of RM424mil in a share transaction in August 1999.

Soh admitted to conspiring with Tiah in providing false statements to the stock exchange pertaining to 44,592,000 shares of Omega Holdings, between Sept 2, 1997 and Jan 12, 1998.

Tiah was fined RM3mil, in default 30 months’ imprisonment, on each charge. Soh admitted guilt to the second of two principal charges of defrauding the now-defunct Omega Securities of RM95.97mil.

On May 11, 2002, Tiah resigned as executive chairman of TA Enterprise and his wife took over the stewardship of the company. He returned to the post in August 2007. [The Star]

Apa pula kaitannya dengan Anwar? Jawapannya ada di [SINI].

Baca juga kenyataan akhbar Suruhanjaya Sekuriti bertarikh 5 Jun 1998 di [SINI].

Friday, April 15, 2011

Rakyat Sarawak Wajib Tolak Agenda Penjajahan Anwar Ibrahim

Lebih kurang 10 jam lagi rakyat Sarawak akan membuang undi dalam menentukan pihak mana yang bakal mentadbir Sarawak.

Seperkara yang perlu diingat, sejauh mana tukang karut dan tukang kempen dari Semenanjung dapat mempengaruhi dan memujuk para pengundi Sarawak dalam membuat keputusan yang amat penting tersebut.

Lain padang lain belalang. Lain daerah, maka lain pula isu-isunya. Mereka yang berada di lokaliti yang berkenaan yang lebih memahami masalah dan penyelesaiannya dan bukannya orang luar.

Untuk 71 kerusi yang dipertandingkan, biarlah akan muncul seorang yang mempunyai idea pendorong, yang boleh membimbing dan memimpin negeri kearah negeri yang maju di dalam Persekutuan Malaysia.

Sebelum ini, wujud janji-janji untuk memberi autonomi kepada Sabah dan Sarawak. Namun sejauh mana kebenaran janji tersebut, tidaklah dapat dipastikan. Apakah hasrat sebenar Pakatan Rakyat? Autonomi atau Penjajahan.

Foto skrin yang dipetik dari Blog Anwar Ibrahim (di atas) menceritakan segala-galanya. Tidakkah "tawan" bermaksud "jajah"?

UNDILAH BN SARAWAK!!!