Saturday, April 9, 2011

Blog Anwar Ibrahim Dedah Misi Menjajah Sarawak

Peringatan kepada seluruh anak negeri Sarawak!

Seorang OKT dari Semenanjung sedang merancang menawan negeri kamu.

OKT tersebut bernama Anwar Ibrahim.

Bukan aku reka-reka.

Program menawan negeri kamu tertulis di blognya.

Baca sendiri di SINI.

Petanda Kesialan PKR Muncul Di PRU Negeri Sarawak


Apakah petanda sial akan mendatang, apabila anjing pun tahu benci dan menurunkan bendera PKR?

Foto dipetik dari Bigdogdotcom.


Friday, April 8, 2011

Ketua AMK Pusat Ditugaskan Main Jauh-jauh

Tuan, next election saya pun akan jadi calon

Binawe dia suruh aku main jauh-jauh

Jangan Bicara Kebencian Politik Selak Kain, Kalau Diri Sendiri Telanjang Bulat

Chegu Bard, atas kapasiti Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, seakan-akan memohon gencatan senjata.

Baca kenyataan Chegu Bard yang berikut:

Jawapan kepada seruan Chegu Bard adalah amat mudah. Kepada semua pemimpin politik, tidak kira dipihak kerajaan mahu pun pembangkang mesti menjauhi diri dari fitnah, disamping menjaga kehidupan peribadi masing-masing.

Seperkara yang harus Chegu Bard beri perhatian, "jangan bicara kebencian politik selak kain, kalau diri telanjang bulat"!

Thursday, April 7, 2011

Tok Him Pukul Ketua AMK Sarawak, Sindir Ketua Umumkah?

Semacam sahaja kenyataan Dato' Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) mendakwa bahawa peningkatan kes hubungan sulit luar nikah berpunca dari "para isteri mengabaikan tanggungjawab mereka" kepada suami. [Laporan penuh baca Malaysiakini]

Tok Him ni pukul siapa? Ketua AMK Sarawak ke?

Atau perli De Facto?

Makan Cendawan Pun Boleh Masuk ICU, Tapi Apasal Ah Moi Tu Ok?

Suami isteri masuk ICU makan cendawan beracun


2011/04/07

ALOR SETAR: Sepasang suami isteri warga Thailand dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas memakan sejenis cendawan liar di Bukit Tangga, Changlun, 55 kilometer dari sini semalam.

Thongthi Poi, 50, dan isterinya, Boonma Gaeonin, 41, memungut cendawan itu di kebun getah tempat mereka bekerja sebagai penoreh. [Berita Harian]

Pelik juga, macam mana makan cendawan boleh masuk ICU?

Ahmoi itu hari hari, elok sihat aje!

Timbalan Speaker Tidak Adil, Tolak Usul Membabitkan Kepentingan PAS

Biasanya bila sesuatu usul yang cuba memalukan BN, khususnya UMNO yang dibentang oleh pihak pembangkang lalu ditolak oleh Speaker, maka Speaker mahupun Timbalan Speaker yang mengendalikan sidang Dewan Rakyat akan dianggap tidak adil.

Satu soalan yang perlu dijawab oleh Ahli Parlimen pembangkang, apakah tidak adil bila Timbalan Speaker menolak usul dari Dato' Ismail Abdul Mutallib (BN-Maran)?

Usul bincang kes kematian Saiful Syazani ditolak


2011/04/07

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan kes seorang murid sekolah agama di Perlis yang dipukul teruk oleh gurunya sehingga mati Ahad lalu.

Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee, berkata usul itu ditolak kerana pihak polis sudah mula mengambil tindakan dengan membuat siasatan terperinci terhadap kes itu.

"Perkara ini membabitkan kematian seorang pelajar sekolah agama di Perlis, ia adalah satu kes yang serius. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ambil tindakan dan kes ini dalam siasatan yang terperinci.
"Oleh itu perkara ini tidak perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1)," katanya.

Terdahulu, Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) membentangkan usul berkenaan yang disifatkan sebagai satu tindakan oleh seorang guru yang kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap seorang anak yatim.

Dalam usulnya, Ismail turut meminta supaya kerajaan memberi tumpuan dan mengadakan satu mekanisme tertentu bagi memantau serta menilai guru di sekolah-sekolah khususnya di sekolah swasta bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.

"Guru-guru yang ditempatkan di sekolah persendirian termasuk sekolah agama perlu diperhalusi serta mekanisme penyeliaan oleh pihak kerajaan perlu dilakukan bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.
"Selain itu (kerajaan) perlu turut beri tumpuan kepada perkara keselamatan dan perlindungan terhadap anak-anak kita di sekolah-sekolah di seluruh negara terutama yang dijalankan oleh pihak swasta dan persendirian," katanya.

Ahad lalu, seorang murid sekolah Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, yang dipukul oleh seorang guru di asrama sekolah agama rakyat itu sehingga koma, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Ia dikatakan berlaku pada 7 malam Khamis lalu apabila seorang guru lelaki yang berusia 26 tahun dikatakan memukul kanak-kanak itu selama dua jam sehingga pengsan kerana disyaki mencuri wang murid lain di asrama. - BERNAMA [Berita Harian]