Saturday, April 2, 2011

Kalau Tak Boleh Memadam Dendam Kesumat, Baik Sahaja Khalid Ibrahim Berhenti Jadi Manusia

Khalid Ibrahim kalau berdendam, seolah-olah sukar untuk memadamkan dendam kesumatnya. Jika sebelum ini SUK menjadi mangsa, Khalid Ibrahim kini menjadikan Badrul Hisham Abdullah ADUN Pelabuhan Klang sebagai sasaran terbarunya.

Selepas gagal dalam isu-isu ciptaan dirinya sendiri, isu terbaru Khalid ialah menghadapkan Badrul Hisham ke Jawatankuasa SELCAT dengan tuduhan menghina DUN Selangor.

SHAH ALAM 2 April : Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah serta peguam beliau, Mohd Hafarizam akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (SELCAT) atas tuduhan menghina Dewan Undangan Negeri Selangor.

Dalam pembentangan usul menghadapkan Badrul ke jawatankuasa tersebut, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata surat tersebut yang ditujukan kepada Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim mengandungi unsur-unsur yang tidak senonoh, biadab serta bertujuan mengugut.

“Mereka secara berasingan atau bersesama melakukan kesalahan menghina Dewan dengan menghantar sepucuk surat bertarikh 29 Mac 2011 kepada Tuan speaker Dewan ini yanng berbahasa amat tidak senonoh, biadab dan mengugut,” tegas beliau.

Kata beliau, jawatankuasa tersebut perlulah dipengerusikan oleh Adun Kota Alam Shah, M Manoharan menggantikan Chang Khim.

“Tuan Speaker dinamakan di dalam surat berkenaan bukan dalam kapasiti peribadi tetapi dalam kapasiti sebagai Speaker Dewan. Notis yang begitu tidak senonoh, kurang ajar dan bersifat mengugut dengan niat membawa keaiban, menghina, mengejek Dewan atau mengurangkan kuasa dewan jelas merupakan satu tindakan menghina Dewan, terutamanya apabila notis tersebut dihantar semasa persidangan Dewan kali ini,” kata beliau lagi.

Khalid yang menemui wartawan selepas menangguhkan DUN memberitahu Chang Khim telah melucutkan jawatan BAdrul sebagai Adun Pelabuhan Klang selepas berpuashati bahawa Badrul sememangnya tidak hadir ke sidang DUN lebih daripada tempoh yang sepatutnya.

Badrul pula telah membawa isu tersebut ke makhamah serta meminta kos yuran guaman sebanyak RM40 ribu daripada Chan Kim dan menghantar notis mengatakan sekiranya tidak dibayar, Badrul akan mengambil tindakan memfailkan bankrupsi terhadap Chang Khim.

“Kalau tidak dibayar, dia menjalankan usaha bankrupsi. Dari segi etika perundangan, bankrupsi ini langkah paling akhir dalam menuntut bayaran, selalunya notis dihantar dengan mengatakan ‘kalau tidak membayar, akan diambil tindakan selanjutnya’. Tetapi surat itu dikeluarkan semasa persidangan dewan dan persidangan dewan, dia tidak menghantar surat kepada Teng sebagai Teng sendiri, tetapi sebagai peranan speaker,” jelas beliau.

Tambah beliau, tindakan Badrul jelas menampakkan keegoan beliau yang tidak menghormati dewan serta kerajaan negeri Selangor. [Selangorkini]

Khalid Ibrahim Kecundang Lagi

Sejak Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor, beliau telah kecundang dalam banyak hal. Antara contoh kegagalan Khalid Ibrahim ialah isu SUK dan isu air.

Umpama Lebai Malang, Khalid umpama insan yang menghadapi kegagalan bersiri. Untuk MENANG begitu sukar bagi Khalid, sebaliknya yang mudah ialah MENANGgung kekalahan.

Semalam, Utusan Malaysia telah melaporkan pertambahan bilangan kegagalan Khalid,

SHAH ALAM 1 April – Mahkamah Tinggi hari ini mengisytiharkan pekeliling yang menghalang pegawai dan kakitangan kerajaan negeri Selangor ditemu bual Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di luar waktu pejabat, sebagai tidak sah dan terbatal.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan saman pemula yang difailkan Peguam Negara pada 20 Ogos 2009.

Peguam Fahda Nur Ahmad Kamar yang mewakili Selangor memberitahu pemberita bahawa dalam penghakimannya, hakim itu berkata beliau menerima pakai keputusan Mahkamah Persekutuan pada 20 Mei lepas, iaitu SPRM boleh meneruskan amalan sedia ada dan menyoal saksi selepas waktu pejabat.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu selepas menolak rayuan anggota Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah terhadap SPRM.

Zaleha turut menolak permohonan Selangor untuk menggantung sementara prosiding mahkamah mengenai pekeliling itu sehingga Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock selesai bersidang.

Fahda Nur berkata pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Peguam Negara memfailkan saman pemula bagi memohon mahkamah mengisytiharkan Pekeliling No 4, 2009 bertarikh 28 Julai itu adalah batal dan tidak sah kerana melanggar Akta Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru dikuatkuasakan. - Bernama

Friday, April 1, 2011

Khalid Ibrahim Saja Nak Tempah Maut

Jangan ingat bila strategi Khalid Ibrahim untuk tidak turut membubarkan DUN jika parlimen dibubarkan, merupakan tindakan bijak.

SHAH ALAM 1 April - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini walaupun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen.

Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 memandangkan mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013.

"Selain itu, desas-desus bertiup bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya,” katanya pada persidangan media selepas sidang DUN Selangor yang berakhir hari ini dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan. - Bernama

Bayangkan jika PRU 13 dikuasai oleh BN, Khalid akan menempah maut bila semua jentera BN akan tertumpu di negeri-negeri Pakatan Rakyat dan akhirnya diri sendiri yang menempah maut.

Buatlah, kalau berani!

Mantan Timbalan Presiden PKR Teruja Nak Menonton Video Terlampau?

Ketua Polis Negara diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang ada dalam video seks yang ditayangkan oleh Trio Umno sebelum ini kerana inilah isunya bukan soal tulen atau palsu.

"Apakah orang yang ditunjukkan di luar video sama dengan orang yang berada di dalam video," kata bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali. [Harakahdaily]

Kalau begitu bentuk soalannya, apa kata kalau Dr Syed Husin Ali sendiri yang tonton demi untuk kepastian?

Clues dah diberitahu oleh Papa Gomo, antaranya seluar dalam ala-ala Mr Bean dan jam tangan jenama Omega. Itu belum lagi bentuk alat sulit.

Kepastian mudah sahaja. Jawapannya ada dihujug jari Wan Azizah.

Cuba-cubalah Dr Syed Husin usyah-usyah sikit!

April Fool Bikin ADUN Lenggeng Jadi Bloody Fool!

Sempena April Fool hari ini, telah menjadikan ADUN Lenggeng, Mustafa Salim menjadi bloody fool.

Mahkamah Sesyen Seremban sebentar tadi menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM20,000 terhadap ADUN Lenggeng, Mustafa Salim yang didapati bersalah kerana menerima rasuah pada 2008.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman kerana peguambela mahu membuat rayuan. [Berita Harian]

Menunggu Jemputan Produser Sam Ketot

KPN telah mengesahkan video yang dikatakan memaparkan aksi lucah pemimpin pembangkang sebagai tulen.

Harap-harap Sam Ketot akan cepat-cepat memanggil kami bloggger-blogger nyamuk untuk menonton aksi-aksi pemimpin BN pula.

Apa tunggu lagi? Projek super impose masih tak siap lagi ke?

Video Berwajah Anwar Disahkan Tulen!

Khabarnya Ketua Polis Negara sahkan video sensasi berwajah Anwar Ibrahim sebagai tulen.

Pelakonnya tulenkah?

Kalau tulen, solat hajat dah termakbul!

Sumber : RBF