Monday, March 14, 2011

Sunday, March 13, 2011

Anwar Ibrahim Bodoh Tak Mahu Guna Jalan Pintas Ke Putra Jaya

Anwar Ibrahim punya jalan pintas ke Putra Jaya. Semua rakyat akan berbondong-bondong menyokongnya.

Tidak perlu Demontrasi Bersih 2.0 dan tidak perlu membazir air liur berucap di pentas politik.

Caranya mudah, serahkan DNA dan andainya tidak sepadan maka kerusi PM Anwarlah yang punya.

Majlis Peguam Akan Tukar Logo?

"The Malaysian Bar passed a no-confidence motion on Saturday against the Key Performance Index (KPI) measures introduced by the Chief Justice and is demanding its immediate withdrawal before a protest is called.

The Malaysian Bar also passed several motions, including that related to custodial death inquiries, during the closed-door AGM which was attended by 617 of the over 13,000 members." - The Star
Majlis Peguam saling tak tumpah dengan PKR.

Pertama, kalau buat resolusi akan suka-suka hati akan minta Ketua Hakim meletakkan jawatan.

Kedua, kehadiran mesyuarat agong untuk pemilihan hanya sekitar 5%.

Tapi yang menariknya, logo Majlis Peguam berunsurkan logo BN dan UMNO. Sebab kalau diperhatikan betul-betul keris menunjangi dacing. Jadi, salahkah UMNO yang jadi dominan?

Oops.... rahsia sudah terbongkar. Tahun depan pasti Majlis Peguam akan tukar logo yang mirip PKR!

Saturday, March 12, 2011

Khalid Ibrahim Singkir Aznil Nawawi Sebagai Host Program Realiti Mencari Ahli Majlis PBT Selangor?

Mungkinkah Aznil Nawawi akan menjadi host untuk "Kuiz Ahli Majlis PBT Selangor"? Rasanya, tidak mungkin kerana beliau telah pun memilih untuk menjadi pengacara AF.

Jika begitu, peluang cerah kepada Khalid Ibrahim untuk menjadi host program realiti untuk memilih ahli-ahli majlis PBT di Selangor.

MB Selangor itu, seperti dilaporkan akan mengadakan kuiz, sebagai penilaian kepada semua ahli majlis sebelum dilantik semula di PBT masing-masing.

Baca laporan berkenaan di Utusan Online.

Maka Tamatlah Zaman Duda Kamarudin Jaafar

Orang kuat Anwar Ibrahim yang kini menjadi MP PAS, Kamarudin Jaafar telah menamatkan zaman dudanya.

Majlis pernikahan Kamarudin, khabarnya telah berlangsung pada Khamis lalu di Masjid Kelana Jaya.

Laporan dari AJIJOI.

Ini Bukan Gossip : Antara Tiara & Karin, Kedua-duanya Berenjin Citroen

Citroen Karin

Proton Tiara

Ini tiada kena mengena dengan gossip yang dipaparkan di Medan Info dan Lawyer Garang.

Hanya untuk makluman penggemar kereta-kereta antik, meski pun Proton Tiara merupakan kereta tempatan dan Citroen Karin merupakan kereta import, namun kedua-duanya menggunakan enjin Citroen.