Saturday, February 26, 2011

Berita Yang Membuatkan Nazri Aziz Sakit Hati


Ada lagi gambar di Parpu Kari

Dilihat dari gambar, hangat lagi sambutan kepada Tun Dr Mahathir di Pasir Salak. Menariknya ia anjuran 2 orang yang pernah dikenakan tahanan ISA.

Tentunya sakit hati dan mata Nazri Aziz. Pelik juga, mengapa Nazri Aziz begitu anti Perkasa. Orang-orang Perkasa tak mengundikah, lantas undinya tak diperlukan oleh Nazri?

Aku tak pernah memohon permit lori, teksi atau haulage. Apa aku peduli??

Maher Zain : You Should Aware That Malaysia Is A Free Country

Sekarang ni ramai rakan-rakan blogger yang berkelana ke Merlimau dan Kerdau. Almaklum untuk berada di lapangan, melaporkan PRK di kedua-dua tempat.

Saya memilih untuk berada di dalam kawasan. Sebentar tadi sempat menonton Konsert Maher Zain di Stadium Melawati Shah Alam.

Menariknya, Maher Zain menyanyikan lagu terbaru (belum dirakam) ciptaannya berjodol "Freedom" yang didedikasikan kepada rakyat Tunisia, Mesir dan Libya.

Mungkin juga beliau ingin menarik penonton supaya bangun mencetus revolusi di negara kita kot (?). Sampai dua kali dia nyanyikan lagu tu beb!

Tapi penonton tak berapa respons sebab kita sememangnya dah bebas pun.

To Maher Zain, I would like to tell you that Malaysia is a free country. Even, the ticket (RM297) to your concert has been given free (sponsored) to me!!!

Friday, February 25, 2011

Lagi Duit Rakyat Dibazir Oleh Khalid Ibrahim

"Peguam Negara mempunyai locus standi (ada hak dari segi undang-undang) untuk memulakan tindakan undang-undang bagi mencabar kesahihan arahan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor bahawa kakitangan awam negeri hanya boleh disoal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat masing-masing.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha memutuskan perkara itu perlu dihantar kembali ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.
Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Azhar @ Izhar Ma’ah dan Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali menolak rayuan SUK Selangor dan kerajaan PKR Selangor serta mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk membatalkan saman pemula Peguam Negara.
SUK dan kerajaan PKR Selangor juga diperintahkan membayar RM30,000 bagi kos undang-undang."
Sumber : Berita Harian
Sekali lagi duit rakyat Selangor berjumlah RM30,000 melayang begitu sahaja. Ini semua gara-gara keghairahan politik Pakatan Rakyat.

Dalam kes ini Khalid nak guna sumber yang mana satu? Kerajaan Negeri, MBI, PKNS, Yayasan Selangor atau nak cari sponsor?

Betul-betul bawa sial Pakatan Rakyat di Selangor.......

Psywar Tak Menjadi, PAS Tebayang Kekalahan Di Kerdau

Gambar di atas bukan sekadar hiasan. Sebaliknya, di petik dari Harakahdaily dibawah tajuk "Permulaan baik, anak muda sertai PAS di Kerdau" dan berita penuh boleh rujuk di SINI.

Berdasarkan gambar di atas tidak pasti samada ia adalah permulaan yang baik atau satu petanda bayang-bayang kekalahan. Yang jelas, percubaan menunjulkan psywar oleh PAS jelas tidak menjadi.

Persoalannya, mengapakah 15 orang anak muda tidak dengan sendirinya menyerahkan borang kepada TG Hadi Awang. Hadi Awang bukan calang-calang orang. Beliau adalah Presiden PAS. Masakan anak-anak muda tersebut, dengan begitu mudah melepaskan peluang untuk menyerahkan borang itu kepada idola mereka. Sebaliknya, sekadar mewakilkan kepada Pak Janggut (?)

Maknanya, ini sudah jadi lain cerita. Ini bukan permulaan baik tetapi petanda bayang-bayang kekalahan PAS di Kedau!

Thursday, February 24, 2011

A.R Tompel : Kalau Asyik Bangkang Bila Bicara Nak Habis?

"Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim, telah memfailkan permohonan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Jumaat lepas yang mengekalkan kedudukan Badrul Hisham Abdullah sebagai Ahli DUN Pelabuhan Klang.

Writ itu difailkan menerusi Tetuan Tommy Thomas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam semalam." Malaysiakini

Nampaknya ruang untuk berlakunya PRK Pelabuhan Klang masih terbuka. Bak kata A.R Tompel dalam filem 'Anak Bapak', "kalau asyik bangkang, bangkang aje... bila bicara nak habis daa..".

AWAS! : Jangan Biarkan Anak-Anak Bermain Di Tepi Dewan

Gambar : Hiasan

Mungkin kebanyakan orang akan kata tahyul. Tapi ini sekadar peringatan sebelum apa-apa berlaku. Kepada anda semua dinasihatkan tidak membiarkan anak-anak bersendirian tanpa pengawasan orang dewasa, samada di perkarangan dewan, di tepi dewan malah di dalam dewan.

Kini dilaporkan telah kerap berlaku siri bercakap dengan kerusi. Rujuk laporannya di SINI.

Hanya Kerana Jubah Nik Aziz Kelihatan Lebih Islamik Dari Mahathir

"Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan." - Tun Dr Mahathir
Rasanya tak perlu diterangkan kepada Nik Aziz, bahawa mengalihkan halangan di jalan adalah sebahagian dari iman. Kalau hanya mengalih halangan di jalan merupakan sebahagian dari iman, apakah pula ganjaran membuat jalan?

Mungkin juga bagi Nik Aziz, barangkali tidak Islamik bagi Mahathir melontarkan idea pembinaan pelabuhan yang lebih besar (Pelabuhan Barat) di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor. Walhal, dengan siapnya kedua-dua pelabuhan ini ia memberikan impak besar kepada kedaulatan negara dan perkembangan ekonomi negara. Dari segi inilah kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada Mahathir berbanding Nik Aziz.

Mungkin dalam bab ini Nik Aziz begitu jahil. Apa yang dilakukan oleh Mahathir, sebenarnya membebaskan Malaysia dari terlalu bergantung kepada Singapura untuk mobiliti perdagangan negara dengan negara luar. Sebelum ini, majoriti eksport Malaysia terpaksa melalui Singapura kerana kita tidak mempunyai pelabuhan yang besar dan kecekapan mengendalikan pelabuhan.

Disamping pengangkutan laut, pengangkutan udara juga diberi perhatian oleh Mahathir. Lapangan terbang yang besar seperti KLIA di Sepang juga menjadi asas bagi Malaysia untuk berdiri di kaki sendiri.

Tidak salah untuk Nik Aziz untuk iri hati kepada Mahathir. Namun, iri hati itu biarlah kepada perkara yang memberi manfaat, umpamanya dalam hal memberikan kesejahteraan kepada generasi akan datang. Pernahkah Nik Aziz memikirkan sesuatu untuk generasi yang akan datang seperti yang pernah difikirkan oleh Mahathir melalui Wawasan 2020? Sekurang-kurangnya melalui wawasan tersebut, tanpa Nik Aziz sedari secara langsung telah meletakkan sasaran kecemerlangan Islam selepas 100 tahun kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah.

Sebenarnya Nik Aziz tidak perasan dalam hal ini kerana Nik Aziz terlalu kerdil berbanding Mahathir. Jasa-jasa Mahathir kepada Islam dan negara begitu signifikan. Rasanya, kalau hendak dibandingkan keislaman Nik Aziz dengan Mahathir, kelebihan Nik Aziz hanyalah pada jubah yang dipakainya!