Saturday, February 19, 2011

Teng Chang Khim Tetap Mahu 'Kuis' Badrul Sebagai ADUN

"Menurut Teng, beliau akan mengarahkan anak guamnya untuk menfailkan permohonan minggu hadapan untuk menangguhkan keputusan itu." - Selangorkini
BN Selangor, khususnya UMNO tidak harus memandang enteng kenyataan di atas. Speaker DUN Selangor pasti akan all out untuk memastikan Badrul Hisham Abdullah tersingkir sebagai ADUN Pelabuhan Klang.

Surat Terbuka Kepada Pengerusi GAPS Dan Ketua Pembangkang DUN Selangor

Berikut ialah surat terbuka saya untuk perhatian Saudara Hamidzun Khairuddin, Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor dan YB Dato' Mohd Satim Diman, Ketua Pembangkang DUN Selangor:-

YB Dato' Mohd Satim Diman & Sdr Hamidzun Khairuddin,

Saya merasa curiga dengan cadangan MB Selangor, YAB TS Khalid Ibrahim yang berhasrat membentuk Pasukan Polis Tambahan Negeri Selangor yang menjadikan alasan kegagalan PDRM menyelesaikan masalah jenayah di Selangor.

Sebagai seorang yang berlatarbelakang dunia perniagaan, cadangan MB Selangor itu sebenarnya mempunyai suatu agenda tersembunyi dan cuba memerangkap Kerajaan Persekutuan supaya tunduk kepada cadangan balasnya, andai cadangan beliau ditolak.

Sebenarnya beliau seolah-olah ingin membentuk Selangor sebagai 'guarded communities' dan 'gated communities'. Beliau pasti akan menjadikan faktor pencegahan jenayah bagi memberi ruang kepada kewujudan 'guarded & gated communities", khususnya di kawasan bandar.

Secara ikhlas, saya tidak bersetuju dengan keadaan sekarang ini khusus di kawasan kediaman elite yang membataskan pergerakan orang-orang awam. Apakah keistimewaan kawasan tersebut hingga orang awam tidak bebas keluar masuk, walhal penyelenggaran infrastruktur dikendalikan oleh pihak kerajaan?

Mungkin keadaan ini terkecuali bagi 'gated communities" kerana saya difahamkan status pemilikan tanah kawasan tersebut berasaskan pemilikan strata dan dengan sendirinya memberikan hak mutlak kepada komuniti di kawasan tersebut untuk mendapat keistimewaan privasi.

Meskipun hal ini telah pun bermula semenjak pentadbiran BN di Selangor, saya berpandangan hal ini harus dihentikan. Ia tidak memberikan kebaikan dalam pola komuniti dalam jangkamasa panjang kerana ia seolah-olah ingin mengembalikan pembentukan masyarakat berbentuk kabilah seperti dizaman jahiliah.

Satu contoh yang begitu ketara ialah I-City, Shah Alam yang sewenang-wenangnya mengenakan bayaran untuk masuk ke kawasan tersebut dan telah beroperasi seolah-olah taman rekreasi persendirian/resort. Soalan saya, atas enakmen mana yang diguna pakai hingga membelakang Majlis Bandaraya Shah Alam dalam hal ini? Disamping itu, apakah status pemilikan tanah di I-City, samada pemilikan individu atau pemilikan strata?

Saya curiga diatas keistimewaan yang diperolehi oleh I-City dari Kerajaan Negeri Selangor. Oleh yang demikian, saya merayu kepada YB Dato' Satim Diman dan Sdr Hamizun agar dapat membuat siasatan samada kerajaan negeri memperolehi sebarang cukai hiburan atau bayaran parkir dari pihak pemaju dari apa yang berlaku di I-City.

Kesimpulannya, dari keadaan di ataslah yang menyebabkan MB Selangor beria-ia mendapatkan autonomi dan seterusnya menindas rakyat jelata.

Mohon penyiasatan dan pendedahan dari YB Dato'/Sdr demi "SELAMATKAN SELANGOR DARUL EHSAN".


Rakyat yang penuh harapan,

t.t
Akar Umbi
Klang
19/2/2011

ADUN Perupok Bakal Dihadapkan Ke JK Disiplin PAS?

Tuan Ibrahim Tuan Man seharusnya bertindak cepat memanggil Adun Perupok, Dato' Haji Omar Mohamed mengadap JK Disiplin, ekoran pendedahan skandal oleh Papa Gomo.

Pendedahan ini merupakan maruah parti. Siasatan terperinci harus dibuat dengan kadar segera.

Persoalannya siapakah barisan pemeriksa tubuh Dato' Omar untuk mendapatkan kepastian dan pengesahan foto alat sulit yang didedahkan sememangnya milik Dato' Omar?

Saya sangsi yang Nik Aziz mahu pun Mustafa Ali sanggup menjadi panel untuk membuat pengecaman samada alat sulit di foto sama seperti fizikalnya. Mungkin disini, PAS memerlukan tokoh yang lebih muda seperti Husam Musa, Dr Dzul atau juga Nasrudin Attantawi yang boleh dikerah untuk menjadi panel pemeriksaan.

Atau pun JK Disiplin boleh juga meminta bantuan panel di luar PAS seperti Anwar Ibrahim dan Karpal Singh untuk menjalankan tugasan tersebut.

Namun Dr Pornthip Rojanasunand dikecualikan dari dipanggil sebagai panel kerana ia bakal mengundang ketidak stabilan pada Dato' Omar sendiri!

Friday, February 18, 2011

Wang Rakyat Selangor Hangus : RM40,000 Untuk Bayar Kos Mahkamah Teng Chang Khim

Akhirnya Pelabuhan Klang terselamat dari kesesakan pelancungan pilihanraya kecil (by-election tourism), apabila mahkamah memutuskan tiada kekosongan kerusi DUN tersebut.

Maklumat terkini rujuk di SINI.

Thursday, February 17, 2011

Apa Kelas Tuan Ibrahim Tuan Man Nak Cabar Husin Lempoyang


Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS kini memecah tradisi dikalangan Naib-Naib Presiden PAS dengan penulisan satira yang amat melucukan. Ini amat berbeza sekali dengan Naib-Naib Presiden sebelumnya, yang begitu serius menunjangi aspirasi perjuangan parti.

Pastinya beliau bakal menyaingi Husin Lempoyang dalam penulisan blog satira.

Disamping Tuan Ibrahim, meskipun Mahfuz Omar dan mantan Naib Presiden Mat Sabu sememang telah terkenal sebagai Raja Lawak yang popular dikalangan pemerhati politik, namun mereka tidak terlibat didalam penulisan satira.

Karya ulung Tuan Ibrahim boleh dibaca di SINI.

Pakatan Rakyat Selangor Menyesal Isytiharkan Kerusi DUN Pelabuhan Kosong?

Ketika Speaker DUN Selangor memaklumkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang milik Badrul Hisham Abdullah berkuatkuasa 16 Januari 2011, tampak sekali Pakatan Rakyat Selangor serius untuk mengadakan PRK di DUN tersebut.

Namun difahamkan Pakatan Rakyat Selangor telah memohon penangguhan keatas saman Badrul Hisham terhadap Speaker yang sepatutnya didengar di mahkamah hari ini, ke tarikh 19 Februari (Jumaat) jam 3 petang.

Tidak dapat dipastikan samada Speaker DUN benar-benar mempunyai urusan di luar kawasan atau sengaja melewat-lewatkan kes didengar di mahkamah.

Kalau sebelum ini beria-ia hendakkan PRK, mengapa pula sekarang berdalih-dalih? Mungkin sudah terasa bahang kekalahan kot?

JKKK(P) Harus Berfikiran Diluar Kotak Kalau Hendak Rampas Negeri-Negeri Pakatan

Malam tadi berkesempatan duduk dengan 4 orang Pengerusi JKKK (P) dan Ketua UMNO Bahagian. Sebagai orang biasa dan terperap di dasar akar umbi, entah macamana secara berani saya melontar satu idea kepada mereka. Cadangan tersebut dilontarkan adalah semata-mata untuk membantu merampas negeri-negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Saya menyatakan kepada mereka semua, JKKK (P) seharusnya tidak menjadi entiti yang ekslusif. Maksudnya, mesyuarat JKKK (P) jangan sama sekali terhad kepada jawatan kuasa yang terlantik. Sebaliknya, JKKK (P) harus mengambil Mesyuarat Pembangunan dan Mesyuarat Tindakan Daerah sebagai model.

Dalam setahun, apa salahnya diberi ruang diberi peluang kepada NGO, wakil masjid/surau, sekolah, klinik desa, balai polis, jabatan pertanian, unit-unit persatuan peladang/nelayan, sekolah agama dan lain-lain agensi yang berkaitan di kampung tersebut untuk turut serta memberikan idea atau menyuarakan masalah mereka. Sebagai contoh, sekolah mungkin berhadapan masalah murid-muridnya yang terdedah kepada bahaya longkang besar di luar pintu pagar sekolah. Siapa yang harus menyelesaikan masalah sekolah tersebut? Sekurang-kurangnya, Pengerusi JKKK (P) boleh menjadi mediator untuk memanjang masalah tersebut kepada pihak berwajib untuk diselesaikan.

Begitu juga dengan masalah lain, misalnya jika ada bantuan atau subsidi pertanian boleh dihebahkan kepada semua pihak khususnya unit persatuan peladang/nelayan, pertubuhan belia dan pertubuhan-pertubuhan berkaitan agar bantuan dapat diagehkan kepada sasaran.

Apa yang penting sebenarnya ialah JKKK (P) dapat mendengar masalah yang diutarakan melalui first hand information dan pada masa yang sama membantu kearah penyelesaian terhadap masalah tersebut. Dengan cara ini, barulah hasrat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dan "Menjana Transformasi" benar-benar menjadi realiti.