Saturday, February 12, 2011

PRK DUN Pelabuhan Klang 16 Mac 2011?

Saya pernah menulis tentang "PRK DUN Pelabuhan Klang Hampir Pasti". Kini, petanda-petanda telahan saya semakin kuat untuk menjadi kenyataan.

Khabarnya Setia Usaha Perhubungan UMNO Negeri Selangor telah merancang program lawatan ke bahagian-bahagian UMNO seluruh Selangor yang sepatutnya bermula di Sabak Bernam. Walau bagaimana pun, telah meminda program dengan menjadikan Klang sebagai destinasi pertamanya.

Perjumpaan tertutup dengan Jawatan Kuasa UMNO Bahagian dan disertai oleh sayap Wanita, Pemuda dan Puteri telah berlangsung jam 3 petang tadi.

Tambahan pula menurut sumber-sumber dan disokong oleh pakar perundangan, bahawa permohonan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah tidak mempunyai peluang untuk menang.

Injunksi sementara yang menghalang SPR dari membincangan kekosongan akan berakhir pada 17 Februari 2011 bersamaan dengan tarikh saman Badrul didengar oleh mahkamah. Dalam pada itu Speaker DUN Selangor telah memfailkan permohonan membatalkan saman Badrul pada 10 Februari 2011 yang lalu.

Khabarnya PRK Pelabuhan Klang mungkin bakal berlangsung pada 16 Mac 2011.

Friday, February 11, 2011

Ops Piramid : Kerajaan Malaysia Tak Buat Kerjakah?

Apakah "Ops Piramid" hanya sekadar nama? Tidak berperanankah Kementerian Luar dan ketua delegasi Kerajaan Malaysia hingga tidak disebutkan langung dalam ucapan terima kasih dari pelajar yang selamat pulang ke tanah air?

Cuba teliti kenyataan berikut yang dipetik dari Harakahdaily:-

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, dengan ini saya dan rakan-rakan adalah antara pelajar yang terlibat dalam proses pemindahan pelajar Mesir ke Malaysia ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada:

1. Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)

2. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

3. Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM)

4. Lembaga Zakat Selangor (LZS)

5. Pesawat Penerbangan AirAsia (Mesir-Jeddah)

6. Saudi Arabian Airlines (SV838) Jeddah-Riyadh-Singapura

7. Staff Madinatul Hujjaj, Tabung Haji Malaysia, Jeddah, Arab Saudi

Serta semua rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam operasi ini.(1)Sesungguhnya berkat doa dan usaha kalianlah yang mempermudahkan perjalanan kami. Hanya Allah sahaja yang layak melimpahkan rahmat-Nya kepada kalian.

Akhir kata, bumi Mesir terlalu dekat di hati kami, doakan agar kami dapat meneruskan permusafiran ilmu di bumi barakah itu, kepada azhari/ah,doktor/ah, jadikan peluang ini untuk menabur khidmat kepada masyarakat kita atas nama Islam.

Semoga Malaysia akan menjadi negara yang menepati "baldatun tayyibaton, wa rabbun ghafur"(2) amin.

Penuntut ilmu yang tidak tahu,

Arfah Mawaddah Amir Hamzah,

Gombak, Selangor.

Mungkin peranan Dato' Jamil Khir dan Senator A. Kohillan serta anggota delegasi Malaysia terlalu kecil dan ucapan terima kasih dan dijammakkan dalam perkara (1).

Sementera pada perkara (2) jangan mimpilah sebab DS Nizar mantan MB Perak dah tiada niat nak tegakkan negara Islam. Rujuk video di bawah.


Thursday, February 10, 2011

Peluang BN Tipis Jika Ada PRK Di Pelabuhan Klang?


Terbaca di blog Keris Putera kenyataan yang berikut;
"Jika berlakunya PRK di Port Klang ini
KP merasakan BN dan UMNO sendiri susah nak menang
Jika PKR mencalonkan Ketua Cabang mereka
yang Juga Bekas Timb Ketua UMNO Bahagian Klang
iaitu Dato' Sheikh Ahmad bin Hj. Sheikh Sadarudin..
Peluang untuk Menang amatlah tipis
dan BN kena kerja Kuat sangat
untuk Menang di Port Klang Kelak..."
Pelik juga, dari mana asas kenyataan Keris Putera? Bersumberkan kedai kopi kot?

Cuba kita lihat perbandingan antara UMNO, PKR dan PAS berdasarkan kekuatan jumlah cawangan yang dipetik dari website dan blog setiap parti:-

Jumlah cawangan UMNO rujuk di SINI.

Jumlah ranting PAS rujuk di SINI.

Jumlah cawangan PKR TIADA MAKLUMAT.

Jika diukur dari segi keaktifan dan sahabat di laman Facebook adalah seperti berikut:-

UMNO Klang mempunyai sahabat cuma 125 orang.

PAS Klang lagi malu sahabat cuma 4 orang.

PKR Klang kurang malu sebab sahabat ada sikit lebih iaitu 95 orang.

Dari fakta dan data maka buatlah analisis sendiri.............

MSO Perli Atau Puji Nepotisme Dikalangan Anggota Pakatan?

"Mohd Amar Nik Abdullah mewarisi kerusi (Panchor) itu dari ayahnya Nik Abdullah Arshad. Dr Mohd Fadzli Hassan, mengambil kerusi itu dari ayahnya Hassan Mohammad di Kemuning. Begitu juga dengan Abdul Fatah Haron mengambil kerusi Bukit Tuku (Lemal) itu dari ayahanya, Haron Sulong. Manakala Nasaruddin Daud pula mewarisi kerjaya politik dari ayahnya Tok Guru Haji Daud Yusuf yang menang dua penggal di Tumpat Barat (Pengkalan Kubur).

Saya percaya dan yakin selepas ini, Abdul Halim Abdul Rahman, Wan Rahim Abdullah atau Omar Mohammad atau Abdul Fatah Haron akan meletak anak masing-masing untuk meneruskan tugas dan mengambil tanggungjawab jihad? Kalau yang mana tidak ada anak besar berminat dalam politik akan diambil sepupu atau anak saudara masing-masing."
SUMBER : MSO
Kalau tak didedahkan oleh Mohd Sayuti Omar (MSO), memang tak tahu pun kerusi DUN milik PAS rupanya diwarisi turun temurun. Dan tak tahulah pula, ianya disebabkan adat Melayu atau Islam. Kalau nak dikatakan adat Melayu, pastinya PAS takkan ikut kerana PAS allergic. Yang pasti, ia mungkin syariat Islam ala-PAS.

Kalau begitulah keadaannya, samada PAS, PKR mahupun DAP jangan bicara pasal nepostisme kerana semua anda telah terima!

Ayuh Sokong Revolusi "Mulut Ke Mulut" Anjuran Mahfuz Omar


Kepada sesiapa yang berniat untuk menyokong Revolusi "Mulut Ke Mulut" anjuran Mahfuz Omar sila baca surah di atas. Jangan terjebak, menjadi pengumpat.


Aku takut revolusi yang dianjurkan, bakal jadi REVOLUSI MELALUT.

JPA Tak Seharusnya Berlaku Angkuh Kepada Penyantun Seperti Khalid Ibrahim

Bayangkan perasaan TS Khalid Ibrahim tatkala masih memegang jawatan CEO Guthrie tidak dibenarkan masuk ke mesyuarat Lembaga Pengarah pada masa itu?

Rasanya, kalau dilihat pada perangainya sebagai MB Selangor hari ini, mungkin dia akan akan menendang bilik mesyuarat Lembaga Pengarah. Atau mungkin juga dia menghasut pasukan pengurusan kanan untuk berpiket kot.

Kalau masih berhasrat untuk tidak memberi ruang kepada SUK untuk menghadiri semua mesyuarat Exco Kerajaaan Negeri Selangor, siapakah yang angkuh sebenarnya? Khalid atau JPA (Kerajaan Pusat)?

Laporan keangkuhan Khalid Ibrahim, rujuk di SINI.

Kalaulah Tengku Zafrul dan Zainal Aznam ADUN BN, Mungkin Mereka Senasib Seperti Satim Diman

Tengku Zafrul dan Dato' Dr Zainal Aznam bernasib baik kerana mereka bukan ADUN BN yang berbahas di DUN Selangor.




Dalam pada itu, timbul pula kesangsian saya Tengku Zafrul dan Dr Zainal Aznam, samada mereka ini bercakap hal politik atau pasaran saham?

Mungkin dari urutan jawatan yang kedua-dua mereka pernah sandang, akan menjawab segala persoalan.

Siapakah orang dibelakang mereka? Rujuk hint jawapan di PANEH MIANG.