Saturday, January 22, 2011

PRK Tenang : Cikgu Mala (Kerbau), ADO Azahar (Kereta Kebal)

Berahi untuk mengambil alih kuasa tanpa memiliki pemikiran stratejik samalah seperti saekor kerbau ingin memandu Boeing 747. Bercita-cita untuk menjadi kerajaan tanpa memiliki pemikiran stratejik samalah seperti ingin naik Haji tetapi tidak menyimpan duit dan tidak memohon paspot.

Jika Pas bertanding di Adun Tenang jawabnya ialah kekalahan. Ini satu kepastian. Kekalahan ini bukan kerana perjuangan Pakatan Rakyat atau Pas tidak jujur. Kekalahan ini kerana hakikat realpolitik. Menghantar kerbau untuk melanggar kereta kebal Sherman T-20 adalah kerja yang amat bebal. Justeru satu pemikiran baru wajib dimunculkan apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian.

PAS (Cikgu Mala)

BN (ADO AZAHAR)

PRK Tenang : Laluan Sukar Buat Calon BN?

Oleh kerana tidak berada di lapangan, maka agak sukar bagi saya untuk menilai sejauh mana keupayaan calon BN di PRK Tenang. Lain padang, lain belalang dan begitu juga di setiap PRK justeru berlainan kawasan, maka berlainanlah pula isu dan rentak kempennya.

Memandangkan Johor merupakan antaran benteng BN yang kukuh, maka banyak andaian yang mengatakan BN akan menang dan gerak kerja BN di Tenang ialah memikirkan kaedah untuk menambah majoriti.

Suatu yang menarik, awal-awal lagi Hishamudin Rais menyimpulkan,

"Jika Pas bertanding di Adun Tenang jawabnya ialah kekalahan. Ini satu kepastian. Kekalahan ini bukan kerana perjuangan Pakatan Rakyat atau Pas tidak jujur. Kekalahan ini kerana hakikat realpolitik. Menghantar kerbau untuk melanggar kereta kebal Sherman T-20 adalah kerja yang amat bebal. Justeru satu pemikiran baru wajib dimunculkan apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian." Rujuk DI SINI.

Namun begitu, dalam keyakinan BN mempertahankan Tenang, jangan sesekali memperkecilkan pandangan Kickdefella yang melihat laluan sukar buat calon BN Tenang!

Andai Khusrin Tergucil, Beri Dia Peluang Bertanding DUN Pelabuhan Klang

Stastik Ketua Kampung & Pengerusi JKKK Negeri Selangor

Ketua Kampung Tradisi : 368

Pengerusi JKKK Kampung Baru : 42

Pengerusi JKKK Kampung Bagan : 19

Pengerusi JKKK Kampung Tersusun : 17

Jumlah 466

Di atas ialah jumlah Ketua Kampung di seluruh Selangor.

Kalau tiap-tiap kampung menghantar minimum 2 orang wakil untuk tujuan menghimpunkan wakil-wakil ke Himpunan Menjunjung Kasih Rakyat bermakna bilangan yang dapat dikumpulkan ialah 932 orang. Takkan Dr Rani ADUN Meru, Khalid Samad MP Shah Alam, Shamsul Mat Akin Ketua AMK PKR masing-masing tak boleh bawa turun penyokong 10 orang. Itu belum campur lagi orang-orang Klang sendiri di sekitar masjid, jadi sekali petik sahaja boleh kumpul keseluruhan 1,000 orang, sebab banner pelawaan kepada orang terpasang di beberapa tempat di Bandar Klang.

Harakahdaily lapor ada 600 orang sertai perhimpunan.

Malaysiakini lapor Cuma 100 orang.

Selangorkini malu nak lapor bilangan sebab sikit sangat.

Kesimpulan perhimpunan yang diarahkan oleh Kerajaan Negeri ternyata gagal menarik sokongan rakyat.

Apa punya bingai para pemimpin PR, bila menganjurkan perhimpunan tersebut di Klang. Takkan mereka tak tahu yang Khusrin tu anak kelahiran Daerah Klang. Membesar dan bersekolah di Klang. Masakan orang-orang Klang sendiri tidak tumpang berbangga Khusrin menjadi SUK Selangor.

Satu lagi yang terselah dari kegagalan ini ialah pemimpin-pemimpin PR mahu pun Ketua-Ketua Kampungnya tidak mempunyai pengaruh pun. Mereka hanya berjaya membawa batang tubuh mereka sendiri sahaja. Jadi, bolehkah mereka mewakili seluruh rakyat?

Kalau dah ternyata respons tak menggalakkan, maka wakil-wakil rakyat PR kena rajin-rajinlah buat kerja sementara menunggu habis penggal perkhidmatan.

Andai terjadi sesuatu kepada Khusrin selepas Sidang Khas DUN Selangor dan kebetulan pula DUN Pelabuhan Klang pula diisytiharkan kosong, maka apa kata Khusrin diberi peluang oleh Dato’ Najib untuk membuktikan bahawa dirinya adalah pilihan rakyat!

Friday, January 21, 2011

PRK DUN Pelabuhan Klang Hampir Pasti

Memandangkan waktu urusan di mahkamah telah pun berakhir dan tiada sebarang berita yang melaporkan Badrul Hisham Abdullah telah berusaha untuk mendapat injunksi mahkamah bagi membolehkannya menghadiri Sidang Khas DUN Selangorpada 24 Januari 2011.

Sebaliknya, Speaker DUN Selangor, Dato’ Teng Chang Khim dilaporkan telah menghantar makluman kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang kepada SPR. Teng menambah, pihak SPR telah mengesahkan penerimaan surat dari beliau. Berita penuh rujuk DI SINI.

Berpandukan kepada petunjuk-petunjuk tersebut kemungkinan besar, kemungkinan besar PRK Pelabuhan Klang pasti akan diadakan.

Setakat ini Perhubungan UMNO Selangor tidak membuat sebarang kenyataan, mungkin lebih cenderung untuk persaingan melalui PRK, memandangkan Badrul Hisham memenangi kerusi tersebut atas tiket PKR.

PRK Tenang : Jom Sakat Cikgu Mala

Mohd Azahar Ibrahim - Calon BN PRK Tenang

Mulai esok, selepas penamaan calon maka akan bermula kempen bagi calon dan parti yang bertanding di PRK Tenang.

Apakah agaknya bahan kempen Cikgu Mala? Negara Islam, ekonomi Islam atau pendidikan Islam?

Sebagai bekas seorang guru dan ditambah pula dengan pengalaman sebagai guru pemulihan serta pernah pula menerima anugerah guru cemerlang peringkat daerah, pastinya Cikgu Mala keletah orangnya.

Dek kerana terlampau keletah dan didorong pula dek gelaran guru cemerlang, janganlah sampai menganggap hadirin yang datang majlis cerama PAS sebagai murid-murid lembam.

Sebelum bermula kempen malam esok, apa kata kita pakat-pakat sakat Cikgu Mala.

Aku minta-minta, biarlah berlaku scene yang macam gini:-

CIKGU MALA : Sebagai parti yang bertunjangkan Islam, marilah sama-sama menegakkan syiar Islam di Johor ini........

(Belum sempat Cikgu Mala menyambung ayat berikut, Wak Girin yang kebetulan ada dalam mula naik angin dan bangun mencelah).

WAK GIRIN : Cikgu Mala!! Cikgu Mala ingat kami ni murid kelas pemulihan ke? Kalau Cikgu Mala nak tahu, operasi Sekolah Rendah Agama Johor menjadi model ikutan negeri -negeri dalam Malaysia. Kalau nak cakap pasal Islam, Johor dah mula lama dah.....

Perkembangan di Tenang boleh diikuti di blog-blog PRK Tenang dan PRK DUN Tenang.

Noh Omar Vs Khalid Ibrahim : Siapa Derhaka?

Saya tertarik dengan soalan yang dikemukakan oleh Aspan Alias, SEBENARNYA SIAPA YANG DERHAKA?

Aspan telah memberi huraian sebagai bimbingan untuk menjawab persoalan yang beliau ajukan:-

"Noh seterusnya menuduh yang TS Khalid Ibrahim durhaka kepada Sultan kerana Khalid mahu kuasa perlantikan pegawai itu dibahagi-bahagikan dengan Tuanku Sultan. Dengan kenyataan Noh itu menunjukkan yang UMNO sedang mencari helah untuk menutup malu kerana sebenarnya UMNO tidak mahu pindaan itu diluluskan untuk memberikan kuasa itu kembali kepada Tuanku Sultan.

Apa pun alasan yang diberikan oleh UMNO, kita mesti ingat satu perkara; mahu kah atau tidak UMNO mengembalikan kuasa yang pernah dipegang oleh Tuanku Sultan dikembalikan kepada Tuanku. Jika mahu, UMNO tidak payah bercakap banyak, hanya sokong sahaja pindaan itu untuk membuktikan yang UMNO benar-benar jujur untuk melihat Tuanku mendapatkan kembali kuasa yang pernah dipegang oleh Tuanku Sultan."

Dalam pada huraian yang dibentangkan oleh Aspan, suka saya menarik perhatian beliau bahawa cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor adalah rentetan dari "tidak berkenannya TS Khalid Ibrahim terhadap perkenan Sultan keatas perlantikan Dato' Mohamed Khusrin Munawi SUK". Isu inilah pokok utamanya. Walhal, JPA telah tanpa membelakangkan Sultan telah mempersembahkan nama-nama calon dan akhirnya Khusrin yang telah diperkenankan oleh baginda.

Kita juga harus tidak mengabaikan kenyataan Istana Selangor,

"Mengenai cadangan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, D.Y.M.M. Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Y.A.B. Dato’ Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada Baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan. Tindakan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor." Sumber SELANGOR DAILY.

Saya berpandangan adalah tidak adil bagi Aspan untuk cenderung meletakkan soal kederhakaan kepada UMNO kerana pokok perkara juga harus diambil kira dalam menjawab soalan yang diajukan.

Sedangkan dalam hal antara Tuah dan Jebat yang telah berlaku berkurun lalu; masih lagi diperbahaskan siapa yang derhaka, inikan pula isu Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang hanya akan dibentangkan pada 24 Januari 2011!

Thursday, January 20, 2011

DUN Pelabuhan Klang : PR Pukul Badrul, Cabar UMNO?

Dalam menjangkakan PRK di DUN Pelabuhan Klang, takdir Allah menentukan PRK DUN Merlimau bakal mendahului. Dengan anggapan bahawa laporan Utusan On-Line sebagai reliable source saya telah turut membuat hebahan yang mendahului kematian Dato’ Mohamad Hidhir Abu Hasan dan telah pun memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Moga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau dan takziah kepada seluruh anggota keluarganya.

Berbalik kepada DUN Pelabuhan Klang, isunya kini semakin kompleks dan menjadi perbahasan yang akademik. Terjadinya demikian kerana kecenderungan sikap kerajaan PR sendiri yang terlalu bergantung kepada isu untuk terus survive di persada politik Negeri Selangor. Saya sendiri semakin kurang yakin dengan keupayaan PR mentadbir Selangor.

Saya tidak nampak sebarang perancangan yang dibuat oleh pimpinan TS Khalid Ibrahim dalam meneruskan kesinambungan dan kerancakan Selangor sebagai ‘Gerbang Ekonomi Negara’. Sebaliknya yang terserlah hanyalah penciptaan isu yang bermula dengan isu Syabas, isu SUK hinggalah membawa kepada isu larangan pekerja Islam di premis arak di PBT MPSJ dan yang terbaru isu pengosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Sepatutnya, inilah masa bagi Khalid dan semua ADUN PR menyibukkan diri bagaimanakah bentuk penggunaan peruntukan RM1 juta bagi semua ADUN PR untuk menaiktaraf kawasan masing-masing dalam tempoh 3 bulan seperti yang diumumkan baru-baru ini. Timbul keraguan pada diri saya, apakah isu demi isu ini diserlahkan semata-mata untuk menutup dari rakyat untuk tahu RM1 juta itu, sebenarnya adalah faraid kepada setiap setiap wakil rakyat sebagai modal untuk PRU yang akan datang?

Terpulang kepada Khalid, samada akan meneruskan isu DUN Pelabuhan Klang sebagai topik perbahasan umum atau mematikan isu ini. Saya sebagai pengundi di DUN Pelabuhan Klang, malah kebanyakan pengundi di sini tidak merasa untung atau pun rugi. Badrul Hisham Abdullah muncul dari perut PKR dan kemudiannya mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas dan akhirnya menyertai UMNO. Badrul Hisham bukannya dilahirkan sebagai ADUN oleh UMNO dan samada Badrul harus dikekal atau dinyahkan sebagai ADUN bukanlah menjadi satu masalah besar. Tambahan pula Badrul bukan orang tempatan, sebaliknya beliau dari DUN Pandamaran yang sekarang diwakili oleh Ronnie Liu.

Kini Badrul umpama anak yang terbuang dan umpama induknya sendiri yang bakal menamatkan riwayat politiknya. Kalau “pukul anak, sindir ibu tumpang”, ayuh PKR dan PR sila teruskan, akan kami sambut dengan sinsingan lengan!