Friday, December 17, 2010

Kebumikan Sebelum Solat Jumaat

Tanggal 22 Oktober 1999 bersamaan hari Jumaat dan kira-kira jam 6.10 pagi, ayahanda saya telah kembali ke rahmatullah. Abang saya bersungguh-sungguh mahukan pengkebumian selesai sebelum solat Jumaat dan begitu juga bapa saudara saya. Alhamdulillah tiada sebarang halangan dan jenazah telah selamat dikebumikan sebelum solat Jumaat.

Sehari selepas pengkebumian, Imam kariah datang mengunjungi saya di rumah. Beliau memberitahu bahawa beliau kalau boleh, pun mahu meninggal pada hari Jumaat. Meninggal pada hari Jumaat katanya akan dibebaskan dari fitnah kubur.

Hari ini, yang juga hari Jumaat Datuk Sulaiman Taha, Adun Tenang, Johor dilaporkan telah meninggal dunia. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah.

Thursday, December 16, 2010

Anwar dan Azmin Merancang Percutian

Sebenarnya Azmin Ali dah tahu yang Anwar Ibrahim akan pergi bercuti. Jadi, dia pun cari jalan dan alasan untuk ambil cuti.


Mungkin mereka dah lama rancang untuk pergi cuti bersama. Tapi yang jadi tanda tanya, kenapa Sivarasa dan Karpal pun ambil cuti? Nak ikut sekali ke?

Cukup-cukuplah tu, nanti diperangkap baru nak menyesal.

Zaid Ibrahim: Pak Kadok Era Milineum

Aku jumpa Kak Wok nak tengok transkrip Seloka Pak Kadok. Almaklum dia sarjana dan guru Bahasa Malaysia di sebuah sekolah menengah.

"Kau tengok kat rak tu. Jangan kau selongkar, nanti terjumpa surat cinta aku dengan Bang Aji pula" rengus Kak Wok yang sedang sebok menyusun pasu-pasunya, bila aku nyatakan tujuan kedatanganku.

Aku cari satu demi satu, tiba-tiba "apahal tak semena-mena nak baca Seloka Pak Kadok?" tanya Kak Wok.

"Begini" aku mula menerangkan pada Kak Wok, "Zaid Ibrahim akhirnya dah jadi presiden. Saya khuatir dia akan jadi Kadok naik junjung. Belum apa-apa hal lagi pun, junjung dah mula nak digegar. Tambah pula, dibuatnya dia bersabung ayam dan letakkan bangunan miliknya jadi cagaran. Alamat tak pasal-pasal bangunannya tergadai."

"Hah... kau ni tak habis-habis... politik, politik, politik" marah Kak Wok.

"Jangan marah Kak Wok. Nak tanya satu lagi, apa pengajaran kisah Pak Kadok?" tanyaku lagi.

"Aku sebok ni! Kau pergi tanya Cikgu Azemi."

Kan Molek Puluhan Ribu Solat Jemaah Di Stadium Bukit Jalil

Aku boikot! Aku Protes!

Petang semalam duduk rumah sahaja. Dari minggu lepas kesemua 5 orang anak merengek ajak pergi Bukit Jalil, tengok Malaysia lawan Vietnam. Kira sendirilah, harga tiket yang berharga RM40 untuk 5 orang, petrol, tol dan makan minum. Rancangan awal aku batalkan. Perbelanjaan minimum RM300 untuk tengok bola, aku tukar untuk percutian ke A'Famosa, Melaka. Ng Yen Yen kata, Ali Rustam lagi pandai jaga pelancong dari Lim Guan Eng, baik aku pilih Melaka sebagai destinasi percutian. Tapi dalam kecerdikan diri sendiri dan on line booking dah dibuat baru aku perasan yang Lim Guan Eng pun orang Melaka! Terperangkap dalam gimmick rupanya aku.

Tapi, dalam aku protes pun puluhan ribu yang pergi ke stadium, tiket RM40 pun awal-awal dah sold-out.

Dalam duduk-duduk menjelang maghrib Kak Wok dan Mak Usu muncul. Kak Wok berkata "Mesti tengah beratur budak-budak ni nak masuk ke stadium, termasuklah anak aku. Kalaulah dia orang boleh solat berjemaah kat padang tentu gerun Vietnam".

Bengang aku dengan Kak Wok, "Kak Wok ni cakap apa? Nak mengata orang yang pergi tengok bola tu tak sembahyang ke? Untuk pengetahuan Kak Wok, walau pun surau di stadium tu kecil, orang solat maghrib berjemaah bukan dua imam, tapi entah berapa banyak imam silih berganti. Dalam ramai-ramai tu, mungkin ada yang tak solat maghrib, apatah lagi yang musafir. Mereka ada hak jamak"

"Musafir apa benda? Kerana Allah ke kerana bola? Lain kali suruh penganjur jadi imam solat jemaah kat tengah-tengah padang tu" celah Mak Usu.

Ahhh...... Malas aku nak layan orang-orang perempuan ni....

Wednesday, December 15, 2010

Anwar Gembira Pencapaian Golongan Muda dan Kehadiran Puluhan Ribu Penyokong

Anwar Ibrahim pasti gembira dengan pencapaian pemain-pemain muda dan kehadiran puluhan ribu penyokong yang memastikan kemenangan Malaysia diperlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki ke atas Vietnam dengan jaringan 2-0. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Safee Sali.

Namun begitu, Anwar kecewa kerana kesebelasan Malaysia memakai jersi berwarna biru tua yang menjadi warna utama BN dan bukannya warna biru muda PKR.

Beliau khuatir perkara ini akan meransang kebangkitan BN. Apatah lagi kem Malaysia diketuai oleh Subahan Kamal yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang dan juga salah seorang anggota pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor. Untuk rekod, Subahan ialah bekas pegawai khas kepada orang kuat Anwar, Dr Afifuddin Omar; dan ini mendorong kemarahan Anwar semakin meluap-luap.

Zaid Ibrahim: Kita Tibai Anwar

Wahai Zaid Ibrahim, mentang-mentang kau dah jadi Presiden, kau senang-senang tukar AKIM jadi KITA. Kau sedar tak KITA pernah ditubuhkan oleh orang yang pernah disingkir dari PAS?

Aku baru google sebentar tadi. Dulu dah ada parti Kesatuan Insaf Tanah Air (KITA). Pengasasnya Hashim Gera yang pernah dipecat dari PAS tatkala menjadi wakil rakyat PAS di Perak. Ada juga maklumat yang kata Salehuddin Hashim bekas S/U Agong PKR ialah anak Hashim Gera.

Tak apalah, aku relakan kerana pastinya sama-sama Kita Tibai Anwar.


Najib & Anwar Berlawan Road-Show?

Apakah bentuk penjelasan dari DS Najib yang diminta oleh Pakatan Rakyat berhubung laporan Wikileaks?

Perlukah Najib turut sama mengambil langkah bodoh Anwar buat road-show untuk maklumkan kepada rakyat yang ia tidak terlibat?

Kan mudah kalau syor RBF supaya Anwar bersumpah supaya wang, tenaga dan masa tidak terbuang. Lagi baik, lafaz sumpah Anwar dibuat di Pekan, sebab Najib sudah bersumpah di Permatang Pauh.