Sunday, November 28, 2010

Raja Petra Dah Jadi Pemuzik Jalanan Profesional



Raja Petra Kamarudin telah memulakan profesion baru sebagai pemuzik jalanan. Disamping itu beliau telah mempersembahkan bakatnya di hadapan hadapan pejabat TDC (Tourism Malaysia), London; dengan harapan dapat dipertimbangkan sebagai artis kebudayaan untuk promosi-promosi penggalakan pelancungan di luar negara.

Wednesday, May 5, 2010

Pastinya Ezam Mohd Nor Bukan Boneka Elitis

Apabila Ezam Mohd Nor (EMN) dilantik menjadi Ahli Dewan Negara yang kini bergelar YB Senator Mohd Ezam Mohd Nor, banyak pihak yang mengalu-alukan malah tidak kurang juga yang mempertikaikan perlantikan tersebut. Pak Sedaro yang antara peyumbang di blog Paneh Miang, nampaknya turut mempertikaikan perlantikan EMN.

EMN ketika peringkat awal bersama UMNO, begitu mendadak bintangnya di Bahagian Petaling Jaya Selatan. Daripada Ketua Pemuda, beliau melompat terus sebagai Timbalan Ketua Bahagian, meskipun masih berusia awal 30an.

Tidak menghairankan kerana kedudukannya sebagai setpol DSAI ketika itu, menyebabkan beliau antara pelopor Gerakan Reformasi 1999. Malah EMN telah menggadaikan dirinya merengkok dalam tahanan ISA dan penjara atas nama perjuangan.

Kedewasaan mungkin mengajar EMN erti perjuangan yang sebenarnya. Usia muda biasanya lebih terdorong dengan emosi dan proses kedewasaan mengajar diri untuk membuat pertimbangan.

Meskipun perlantikannya sebagai senator mungkin melukakan sesetengah pihak, namun saya yakin yang EMN tetap boleh memainkan peranan kerana:-

1. EMN telah terbukti secara semula jadi mempunyai ciri-ciri seorang pejuang;
2. Beliau semakin dewasa untuk mengenal baik buruk dalam menentukan haluan politiknya;
3. Kembali menyertai UMNO ketika ia sedang lemah dan sedia untuk sama-sama membangkit kekuatan;
4. Membawa bersama mereka yang dulu pernah bersama reformis-reformis yang tidak berparti untuk menyertai UMNO.

Apapun, mungkin ada sesuatu peranan dibelakang tabir yang telah dilaksanakan oleh EMN. Kalau tidak masakan beliau telah dilantik ke jawatan tersebut. Perlukah EMN menjaja ke sana sini, samada di sidang akhbar atau pun di pentas ceramah tentang apa yang telah disumbangkan disaat-saat kritikal krisis kepercayaan terhadap UMNO? Tanpa suatu perkara besar yang dilaksanakan oleh EMN tentunya hari ini beliau tidak akan bergelar YB Senator.

Kepada Pak Sedaro, saya pohon supaya bersangka baik kepada insan yang bernama Ezam Mohd Nor.

Sunday, April 18, 2010

Johan (Bebas P94) Terbang, Norhisham & Muhd Ali Hinggap

Gambar: Ezam Mohd Nor bersama dengan Norhisham (tiga dari kiri) dan Muhd Ali Mokhtar (lima dari kiri). Turut hadir Azhari Shaari, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam (paling kiri)

Jika Johan Mohd Diah AJK Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam memilih untuk menjadi calon bebas di PRK P94 Hulu Selangor, tetapi berlawanan pula dengan Norhisham Manaf (Ketua AMK Cabang Shah Alam) dan Muhd Ali Mokhtar (Timbalan Ketua AMK Cabang Shah Alam) yang bertindak keluar dari PKR yang berkuatkuasa serta merta. Berita awal dilaporkan di sini.

Ketika diajukan soalan oleh para wartawan, mereka belum memastikan haluan politik mereka buat masa ini. Walau bagaimana pun, dengan kehadiran Ezam Mohd Nor dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam di sidang akhbar tersebut, menguatkan spekulasi kemungkinan kedua-dua pemimpin AMK Cabang Shah Alam itu menyertai UMNO.

Jika keadaan ini terjadi bermakna "Satu Burung Terbang, Dua Burung Hinggap".

TERGEMPAR.!..Ketua & Timbalan AMK cabang Shah Alam keluar parti berkuat kuasa serta merta.!!

Mereka ialah Norisham Manaf-Ketua AMK cabang Shah Alam dan Muhd Ali Mokhtar-Timbalan AMK Shah Alam..Sidang akhbar telah dilangsungkan di Intekma Resort & Convention Centre..
Mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan Dato' Zaid Ibrahim sebagai calon PKR di Hulu Selangor..Bagi mereka Dato' Seri Anwar Ibrahim membelakangkan pengasas reformasi..Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut Saudara Ezam Md Noor..

Thursday, April 8, 2010

Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor Tolak Saranan Azmin?

Saya yakin saranan Azmin Ali berhubung dengan kenaikan elaun guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) telah ditolak oleh Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor. Sehingga kini, guru-guru KAFA cuma menikmati imbuhan RM1,000. Ini bermakna ia adalah berlawanan dengan kenyataan oleh 2 orang Ahli Parlimen PKR di parlimen pada November 2008.

Cuba perhatikan dan hayati petikan-petikan yang berikut:-

“Akan tetapi saya menghargai pengiktirafan Yang Berhormat Menteri sekurang-kurangnya usaha yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di Selangor yang telah pun pengumumannya dibuat oleh Menteri Besar menaikkan elaun guru agama kepada RM1,500.” - Saifuddin Nasution.

Maka, untuk memperkasakan sekolah agama ini, kita mengambil keputusan untuk menghargai sumbangan guru-guru agama ini, guru-guru KAFA dengan menaikkan elaun mereka daripada RM738 kepada RM1,500.

Saya salah seorang pembahas dalam Dewan Undangan Negeri untuk mencadangkan perkara itu dan alhamdulillah Menteri Besar Selangor telah pun bersetuju dan akan dibuat pengumuman dalam masa yang terdekat.” - Azmin Ali

“Sebenarnya apa yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor hanya RM1,000. Jadi, guru KAFA Selangor sebenarnya masih berada di bawah garis kemiskinan. Jangan mendabik dada. Saya sebut figure.” - Ahmad Zahid Hamidi

Sumber dari Ahli Parlimen Pas

Namun begitu daripada amaun RM1,000 tersebut, RM500 adalah dari sumber Kerajaan Persekutuan seperti yang dibuktikan oleh petikan-petikan berikut:-

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyemak semula elaun guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.Katanya, ini kerana guru-guru KAFA berada dalam kelompok miskin dengan pembayaran elaun RM500 sebulan sejak 2006.” Dipetik di sini.

"Guru Kafa kini hanya menerima elaun RM500 sebulan dan kebanyakannya adalah bekerja secara sambilan. Elaun ini masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan sumbangan yang mereka berikan," kata kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Penyelia dan Guru-Guru Kafa Negeri Sarawak " seperti dilaporkan oleh Bernama.

Akhirnya, saya mempersoalkan kewajaran Saifuddin Nasution dan Azmin Ali membuat pengisytiharan mendahului Kerajaan PR di Selangor dan persoalan yang kedua, siapakah dikalangan Ahli-Ahli Exco yang menolak kenaikan elaun RM1,500 yang sepatutnya diterima oleh guru-guru KAFA?

Friday, February 12, 2010

Antara Demo dan Terima Cek

Antara dua SMS yang ini;

"Yang dihormati, esok jumaat, 12/2 perarakan bantahan isu YBK/MB/Anwar. Berkumpul selepas solat jumaat di Masjid Negeri, Shah Alam. Berarak ke SUK. Sila hadir beramai-ramai. Terima Kasih"

Atau yang ini;

"Sila hadir ke majlis esok bersamaan 12hb Feb bermula pada pukul 2.30 petang. Penyerahan cek bantuan per kapita Sekolah Agama Rakyat (KAFA Integrasi) Negeri Selangor oleh YB Dato' Noh Omar di Dewan Sekolah Menengah Agama Tinggi Hishamuddin, Kg. Jawa, Klang..pakaian BAJU MELAYU.."

Yang mana satu menjadi pilihan anda?

Teringat cerita Pak Pandir yang mendapat 2 undangan di hulu dan di hilir sungai, heheheh........


Saturday, February 6, 2010

Ezam Yang Berazam

Ezam Mohd Nor telah menyatakan keazamannya untuk memastikan DUN N46, Pelabuhan Klang yang kini diwakili oleh YB Badrul Hisham Abdullah (ADUN Bebas) dirampas semula oleh Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang. Perkara ini dinyatakan oleh beliau dalam majlis pelancaran Pejabat Perkhidmatan ADUN N46, di N0. 270, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang.

Saya lihat majlis anjuran ADUN Bebas tersebut turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian parti komponen BN. Dicelah-celah kehadiran tetamu di majlis tersebut, saya ternampak orang kuat AMK satu cabang PKR di Selangor. Apabila menyedari mata saya tertumpu kepada beliau, dengan tergesa-gesa beliau menghilangkan diri dari pandangan saya. Timbul tandatanya dibenak pemikiran saya, samada kehadiran orang kuat AMK itu bertujuan untuk mengorek rahsia atau berkira-kira untuk menyeberang seperti Badrul Hisham?

Apa yang pasti, seperti yang diumumkan oleh Ezam sendiri, beliau akan datang lagi ke Pelabuhan Klang dalam tempoh 2 minggu dari sekarang. Hari ini beliau hanya buka mukadimah dan pastinya selepas ini beliau akan habis-habisan bercerita mengenai pengalaman beliau. Saya menunggu episod seterusnya pada 21 Februari nanti, insyaallah.