Tuesday, September 2, 2014

Husam Bayangkan 2 Adun PAS Sokong Wan Azizah Bakal Terlepas Dari Tindakan Disiplin

"Tanpa diurus, dua ADUN PAS misalnya telah mengambil pendirian sendiri. Saya difahamkan, sepanjang masa itu Perhubungan PAS Selangor tidak pun bersidang," - Husam Musa
Jika diamati kenyataan Naib Presiden PAS Husam Musa, dengan sendirinya membayangkan bahawa 2 Adun PAS yang menandatangani perakuan berkanun menyokong DS Wan Azizah sebagai MB Selangor (Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin) bakal terlepas dari tindakan disiplin.

Meskipun Dewan Ulamak PAS Selangor telah meluluskan usul mengecam tindakan 2 Adun berkenaan, disamping mencadangkan tindakan disiplin diambil kepada mereka, Husam sebaliknya menyalahkan PAS Selangor kerana gagal mengurus krisis.

Atau apakah Husam adalah antara anggota kumpulan pelobi Azizah yang menawarkan sesuatu kepada baki 13 Adun PAS untuk menandatangani perakuan berkanan menyokong Azizah, seperti didakwa oleh Setia Usaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman?

2 comments:

  1. Memang akan terlepas
    Mn berani nk sentuh pengikut2 tegar anwar.

    Jauh2 berani ler
    Dah dekat , semua kecut

    Lg pon dlm AJK PAS Pusat , 75% penyokong anwar ...majoriti beb

    ReplyDelete
  2. Wayang pacak PAS Selangor je sebenarnya....

    ReplyDelete