Monday, July 29, 2013

5 Oktober 2013 - Penentuan Apa Ahli UMNO Mahu?


Tanggal 5 Oktober 2013 (Sabtu) telah ditetapkan sebagai hari pengundian untuk memilih bukan sahaja memilih kepimpinan UMNO bahagian seluruh negara, tetapi juga bagi memilih saf kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO, termasuk jawatan-jawatan utama seperti Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO.

Dengan pengenalan kaedah pemilihan yang baru, bila jawatan-jawatan tertinggi parti ditentukan oleh para perwakilan di peringkat bahagian, maka 2 faktor yang menjadi penentuan ialah populariti calon dan terjemahan terhadap kehendak ahli akar umbi UMNO di bahagian-bahagian seluruh negara.

Blog Akar Umbi menyimpulkan pertembungan pada 5 Oktober nanti, sebenarnya adalah pertembungan antara idealisme dengan isu.

Persoalannya, yang mana satu yang akan membentuk trend pengundian? Samada idealisme atau isu?

5 comments:

  1. Pada aku idealisme kerana isu boleh diselesaikan apabila tiba masanya.

    Isu2 tidak pernah kesudahan tapi jika prinsip idealisme tidak betul dan sasar jauh dari kehendak umat melayu islam maka tiada guna kita nak mulakan walau satu langkah pertama.

    Benih yang baik akan memberi pokok yang kukuh.

    ReplyDelete
  2. Senang aje..perwakilan2 ke bahagian untuk mengundi,pastikan dari sekarang fokus pada bakal2 calun.mereka yq tidak punyai rasa perihatin n seolah2 bisu dan buta perut tntang isu orang melayu jangan di beri undi satu pun..MT yang ada srkarang pun banyak yg buta perut.

    ReplyDelete

  3. pemimpin Melayu mestilah menyayangi bangsanya

    agamanya

    negaranya

    kalau kau masih drive kenderaan selain proton atau perodua

    kau masih belum syg negara yg kau ingin pimpin

    kau TAK dpt undi aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro... kalau mengundi ikut kereta yang dipandu..rosak le negara. Hancusss le melayu dan Islam.

      Biar le undi itu pada orang yang boleh memimpin kita. Yang ada kaliber. Kita amat perlukan pemimpin seperti Mahathir.... tak payah ada punahsihat... tapi dapat meletakkan Malaysia, melayu dan Islam di atas dan disanjung.

      Kepada pemimpin sekarang ni yang dah tak menyumbang lagi tu..berundurlah secara terhormat.

      Najib, Hishamuddin, Nazri dan KJ., anda telah gagal memimpin kami. Berundurlah dan beri laluan kepada pemimpin baru yang bakal menaikkan Islam, melayu dan Malaysia. Anda telah menggadai kepercayaan rakyat.

      Delete
  4. Musuh mutahir Ada lah
    Pemimpin sendiri

    ReplyDelete