Anwar Ibrahim bebas dan Hasan Ali dipecat dari PAS adalah dua peristiwa yang menarik untuk 2 hari ini.
Dengan perlepasan Anwar oleh mahkamah, maka tamatlah juga kempen Bebas Anwar 901. Namun kedudukan kerusi DUN kini adalah 14-13-7 untuk PKR, DAP dan PAS yang membawa jumlah 34 kerusi untuk PR.
Sementara bagi pembangkang kedudukan nya ialah 21-1 yang masing-masing untuk BN dan Bebas dengan jumlahnya 22 kerusi.
Kalaulah 6 anggota DUN keluar meninggalkan PR, maka kedudukan akan menjadi 28-28 untuk kerajaan dan pembangkang di Selangor. Oleh yang demikian, tidak mustahil akan berlaku krisis perlembagaan di Selangor. Malah Anwar mungkin juga telah melihat kemungkinan-kemungkinan demikian.
Andai ini berlaku, dan Anwar pula merasakan pembebasannya memberikan kekuatan kepadan PR, tidak mustahil Khalid Ibrahim akan membubarkan DUN lebih awal berbanding Najib.
![]() |
Kedudukan kerusi DUNSelangor sebelum Badrul Hisham melompat ke BN dan Hasan Ali menjadi Bebas |
No comments:
Post a Comment