AKAR UMBI

Saturday, March 19, 2011

TPM Suruh Tolak Hantu Kak Limah Masuk Berkempen Di Sarawak

Tolak "hantu dan jembalang" dari semenanjung ketika pilihan raya - Muhyiddin - [Utusan Malaysia]

19/03/2011 5:37pm

SRI AMAN 19 Mac — Penduduk Sarawak perlu menolak ”hantu dan jembalang” yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri ini semasa pilihan raya negeri yang akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana golongan ini boleh menggugat keharmonian dan perpaduan kaum sedia ada, yang merupakan asas terpenting kepada kestabilan politik.

"Kestabilan politik inilah yang kita perlukan untuk negeri ini, malah di seluruh negara untuk terus maju dan berkembang. Kita kini berada dalam kalangan negeri maju terbaik di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pemimpin bersama rakyat di rumah panjang Iban 29 pintu, Rh.Wilson Bada di kampung Gran B Stumbin, Lingga, kira-kira 20 kilometer dari sini hari ini.

Muhyiddin berkata hantu dan jembalang itu akan berbuat apa sahaja untuk memperdayakan rakyat supaya menyokong pembangkang. — Bernama

Mungkinkah hantu dan jembalang termasuk Zuraidah Kamarudin yang kini dikenali sebagai Mak Lampir dan turut dikenali sebagai Hantu Kak Limah?
Akar Umbi at 7:21 PM
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

About Me

My photo
Akar Umbi
View my complete profile
Powered by Blogger.