AKAR UMBI

Wednesday, March 16, 2011

Kerajaan PR Selangor Dikuasai Kumpulan Gangster?

Barangkali Kerajaan PR Selangor sudah dikuasai oleh kumpulan gangster. Jika tidak, apa hal ada sampai ada ugutan bunuh.

Berebut pasir? Kalau tiada sesuatu yang serius masakan sampai nak bunuh-membunuh.
SHAH ALAM, 15 Mac (Bernama) -- Seorang pegawai kanan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditahan polis Selasa bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beliau mengugut menerusi panggilan telefon, seorang kakitangan syarikat itu, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah, berkata lelaki itu ditahan pukul 9.30 pagi di Seksyen 7 di sini berikutan satu laporan kes ugutan.

"Suspek dipercayai mengugut pekerja KSSB dengan menggunakan telefon," katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Adnan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki yang ditahan itu dan jawatannya dalam KSSB, anak syarikat kerajaan Negeri Selangor yang menguruskan permit pasir.

-- BERNAMA
Akar Umbi at 8:57 AM
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

About Me

My photo
Akar Umbi
View my complete profile
Powered by Blogger.