Tuesday, October 1, 2013
RM87.8 Juta Sedang Menunggu Setiap Bakal Pemenang Ketua UMNO Bahagian Di Selangor
Daripada 22 Bahagian UMNO di Selangor akan berlaku pertandingan untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian, kecuali di Hulu Langat yang terselamat dari pertandingan.
Menariknya, pemenang dalam persaingan di setiap bahagian akan menunai amanah untuk mengurus baki peruntukan pembangunan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.932 bilion.
Menurut Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS), hanya 31 peratus sahaja daripada peruntukan berjumlah RM2.8 bilion sahaja yang telah digunakan. Ini bermakna, RM1.932 bilion seperti disebut di atas masih belum digunakan, lapor UMNO-Online.
Oleh itu bagi mereka yang akan memenangi jawatan Ketua Bahagian kena beringat kepada amanah yang sedia menanti anda.
Kalau diagihkan kepada 22 kawasan parlimen di Selangor, bermakna setiap kawasan akan mendapat RM87.8 juta.
Seperkara yang perlu diingat, jumlah peruntukan Kerajaan Pusat yang berjumlah RM2.8 bilion tersebut adalah hampir seganda berbanding peruntukan Kerajaan Negeri yang hanya berjumlah RM1.63 bilion.
Malu kalau anda (ketua bahagian) yang menang gagal menawan semula Selangor.
Seperkara lagi yang amat penting jangan sesekali gelap mata dan habiskan RM87.8 juta peruntukan di kawasan masing-masing seperti menghabiskan wang sendiri untuk year end shopping!
Fakta Menarik Pemilihan Semula CEC DAP - Para Perwakilan Tabalkan Lim Guan Eng Sebagai S.U Agung Tiga Suku!
Lim Guan Eng sekadar di ranking 5 dalam pemilihan semula anggota CEC DAP dengan undi hanya sejumlah 1,304 berbanding jumlah perwakilan seramai 1,725 orang.
Ini bermakna seramai 421 orang perwakilan telah menolak terus Guan Eng untuk duduk dalam senarai utama CEC.
Tentunya hal ini agak memeranjatkan, kerana secara zahirnya beliau adalah penyandang jawatan Setia Usaha Agung, disamping punya kuasa eksekutif sebagai KM Pulau Pinang.
Jelas bahawa dalam keadaan setiap perwakilan mempunyai 20 undi ditangan masing-masing, 421 orang perwakilan berkenaan dengan tegas menolak Guan Eng. Bayangkan kalau masing-masing membawa 1 undi dalam keadaan Guan Eng berlawan secara straight fight, pasti 421 orang perwakilan ini boleh menjadi penyumbang kekalahan kepada beliau.
Jika diamati angka 421 ini berbanding jumlah perwakilan 1,725 orang, bermakna hampir suku daripada jumlah perwakilan berkenaan menolak Guan Eng.
Justeru, fakta yang amat sukar disangkal daripada keputusan pemilihan tersebut ialah para perwakilan DAP telah menabalkan Lim Guan Eng sebagai SETIA USAHA AGUNG TIGA SUKU!
Sesungguhnya, itulah hakikat yang harus diterima Lim Guan Eng.
Monday, September 30, 2013
Lim Guan Eng Perlekeh Strategi Memperkasa Ekonomi Bumiputera - Bariskan Wajah-Wajah Bukan Rasis Pemimpin DAP Yang Boleh Tolong Melayu & Bumiputera
Baru 2 minggu Strategi Memperkasa Ekonomi Bumiputera (MEB) dilancarkan, awal-awal lagi Lim Guan telah memperlekehkan agenda membantu Melayu dan Bumiputera tersebut.
Bagi Guan Eng, UMNO adalah parti rasis.
Pada masa yang sama, wajah-wajah para pemimpin DAP di bawah adakah tidak rasis dan tergambar terlalu luhur dan jujur untuk membantu kesejahteraan ekonomi Melayu dan Bumiputera?
Guan Eng sengaja mem'buta'kan mata dan me'nuli'kan telinga berkenaan hakikat bantuan British dalam melahirkan 'jutawan segera' dikalangan orang Cina di Malaya selepas Perang Dunia II.
Seperti yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir dalam buku The Malay Dilema, pegawai-pegawai British memberi kontrak kepada tauke-tauke hanya sekadar di club house dan bukan melalui tender dan diurus dan dibincang di pejabat.
Tetapi semalam, Guan Eng membidas MEB sebagai skim cepat kaya kepada orang Melayu dan Bumiputera.
Bagi Guan Eng, UMNO adalah parti rasis.
Pada masa yang sama, wajah-wajah para pemimpin DAP di bawah adakah tidak rasis dan tergambar terlalu luhur dan jujur untuk membantu kesejahteraan ekonomi Melayu dan Bumiputera?
Guan Eng sengaja mem'buta'kan mata dan me'nuli'kan telinga berkenaan hakikat bantuan British dalam melahirkan 'jutawan segera' dikalangan orang Cina di Malaya selepas Perang Dunia II.
Seperti yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir dalam buku The Malay Dilema, pegawai-pegawai British memberi kontrak kepada tauke-tauke hanya sekadar di club house dan bukan melalui tender dan diurus dan dibincang di pejabat.
Tetapi semalam, Guan Eng membidas MEB sebagai skim cepat kaya kepada orang Melayu dan Bumiputera.
What Say You Mr Anwar? Liew Chin Tong Dapat 1,438 Undi Popular Tapi Tak Dilantik Sebagai Setia Usaha Agung DAP
Selepas PRU13, maka Anwar Ibrahim menjelajah keseluruh negara melalui program 'Blackout 505'.
Anwar begitu angkuh memperlekeh kemenangan BN, kononnya PR lebih berhak kerana meraih jumlah undi popular yang mengatasi BN.

Namun, sesungguhnya Allah s.w.t telah takdirkan untuk kita semua supaya berfikir, apabila Liew Chin Tong (foto atas) telah mendapat undi tertinggi dalam pemilihan CEC DAP yang berlansung semalam.
Liew yang berusia 35 tahun dan merupakan MP Kluang meraih 1,438 undi mengatasi semua pemimpin-pemimpin utama DAP termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng.
Malangnya, dalam sistem pemilihan jawatan-jawatan utama DAP (Pengerusi, Timbalan, Setia Usaha Agung dan Bendahari), pemilihan dibuat oleh 20 anggota CEC dan bukan secara lansung oleh para perwakilan, yang akhirnya menyaksikan Liew tidak terlantik kesalah satu jawatan utama berkenaan.
What say you Mr Anwar? Adilkah? Tak nak jelajah satu Malaysia dengan program 'Blackout 2909'?
Jenice Lee Puas - Berjaya Gelincirkan 3 Jantan DAP Kecuali Karpal Singh
Akhirnya bekas Adun Teratai Jenice Lee mungkin telah berpuashati dengan tergelincirnya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Tan Kok Wai dari segi jumlah undi dan ranking.
Namun kepuasannya tidak ketahap maksimum, bila gagal menggelincirkan Karpal Sing dari kedudukan mahupun ranking. Ketika ketiga-tiga tokoh DAP di atas jatuh dari segi pungutan undi dan ranking, Karpal tetap bertahan pada kedudukan ranking No. 3, malah telah meraih tambahan 10 undi kepada 1,421 pada pengundian semula pemilihan CEC DAP berbanding dengan pegundian asal pada tahun lepas.
Sebelum ini, Jenice dalam kenyataannya kepada FMT menyifatkan keempat-empat mereka sebagai 'Gang of Four' yang amat berkuasa dalam DAP, hingga mengenepikan perlembagaan parti dalam membuat keputusan.
Sunday, September 29, 2013
Pembabitan Karpal Singh Dalam Video "Jangan Main-Main Dengan Roket"
Sejak awal lagi gadis ini (foto atas) dinasihatkan agar berhati-hati kerana dia belum kenal erti 'roket' yang sebenarnya. (Klik SINI)
Akhirnya, Karpal Singh didapati terbabit dalam video "Jangan Main-Main Dengan Roket" KLIK SINI.
Ambiga Tak Percaya Proses Pengundian DAP - Lim Guan Eng Terpaksa Arah Semua Perwakilan Dicalit Dakwat Kekal
Kalau tiada dakwaan pengundi hantu dan megundi 2 kali dalam sistem pengundian memilih jawatan-jawatan utama DAP, masakan wujud peraturan dakwat kekal dicalit di jari perwakilan-perwakilan yang mengundi?
Tuntutan DAP dan rakan mereka PKR serta PAS berpunca dari dakwaan kononnya ada yang mengundi lebih dari sekali.
Akhirnya, Lim Guan Eng terpaksa akur dengan penggunaan dakwat kekal dalam proses pengundian DAP, gara-gara ahli DAP sendiri meragui kesahihan sistem pemilihan dalam parti mereka.
Ketelusan yang cuba ditunjukkan masih belum bermakna, kerana masih ada tuntutan untuk menerbitkan senarai 2,576 orang perwakilan yang layak mengundi dalam pemilihan tersebut oleh ahli DAP sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.png)
.png)






