Tuesday, December 16, 2014

Lim Kit Siang Ramal Kerajaan PAS Kelantan Akan Tumbang Pada PRU14


Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang memberi amaran bahawa perlaksanaan hukum hudud di Kelantan bukanlah jaminan untuk PAS mempertahankan Kelantan pada PRU14, sebaliknya membayangkan mereka akan kehilangan tampuk pemerintahan negeri berkenaan.

Pandangan Kit Siang yang dimuatkan di The Rocket menyimpulkan, jika PAS berterusan dengan isus hudud, antara lain meramalkan undi bukan Melayu terhadap Pakatan Rakyat akan merosot sebanyak 20% dan akan menjejaskan peluang mempertahankan bilangan kerusi gabungan berkenaan pada PRU14.

Antara natijah yang bakal ditanggung oleh Pakatan Rakyat, bukan sahaja akan kehilangan Kelantan tetapi turut meramalkan Selangor juga akan dirampas semula oleh Barisan Nasional.

Secara terperinci, beliau meramalkan di Selangor Pakatan Rakyat akan hanya menang 21 kerusi ((DAP 11, PKR 5, PAS 5) berbanding BN yang akan menang 35 kerusi. Kecuali Pulau Pinang yang dijangka olehnya masih boleh dipertahankan, tetapi kerusi bakal merosot kepada 25 (DAP 17, PKR 7,PAS 1) berbanding 30 kerusi yang dimiliki hari ini.

Pandangan ini, bagai mana pun disanggah oleh PAS melalui Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato' Mohd Amar Nik Abdullah apabila mengungkit, semasa PRU13 isu hudud tidak disebut, namun Pakatan Rakyat tetap gagal menawan Putra Jaya.

Meskipun tekanan terhadap PAS yang diberikan oleh Kit Siang, adalah sukar bagi mereka untuk mereka menarik balik perancangan melaksana hudud di Kelantan, memandangkan isu berkenaan telah diberikan publisiti yang meluas Tindakan menarik balik, bermakna bencana besar bakal menimpa PAS.

Kita tunggu dan lihat samada sejauh mana DAP dan PAS dapat bertahan dengan karenah masing-masing. Apakah selepas ini ada episod penyingkiran atau keluar dari gabungan?

Andai DAP merasakan kurang selesa dengan PAS, molek benar mereka mengusulkan penyingkiran parti Islam berkenaan. Jika ini berlaku, tidak mustahil DAP akan meminda parti bagi memboleh sayap ulamak dalam parti berkenaan.

Siapakah calon untuk mengetuai sayap ulamak DAP? Sudah pasti, kalau tak Mat Sabu, tentunya Khalid Samad!

2 comments:

Anonymous said...

Memang aku dah jangka PAS akan tumbang di Kelantan pada PRU14. Orang Kedah dah bertaubat tak mau PAS. Cakap tak serupa bikin. Nama Allah dan agama digadaikan untuk undi.

Anonymous said...

Kelantan masih Pas punya. Unless tak ada pengundi luar yg kerja negeri lain. Tapi yg tu la terlebih sgt Pas.