Sunday, April 28, 2013

Benarkah Khalid Ibrahim Akan Luluskan Kontrak Projek PKNS RM170 Juta Beberapa Hari Sebelum PRU13 Berlansung?


Semua sedia maklum yang projek Laman PKNS yang bakal menjadi ibu pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di pusat bandaraya Shah Alam telah terbengkalai.

Panggilan tender semula telah dibuat. Khabarnya 3 syarikat telah disenarai pendek dan dipanggil untuk sesi temuduga oleh Jawatankuasa Teknikal PKNS.

Dari maklumat yang didengar, ketiga-tiga kontraktor berkenaan akan mengadap jawatankuasa berkenaan pada esok, Isnin 29 April 2013. Didengar juga bahawa nilai projek yang disebut oleh mereka adalah pada sekitar RM170 juta.

Dilihat dari gerakerja PKNS ini, seolah-olah membayangkan bahawa Lembaga Pengarah PKNS yang dipengerusikan oleh MB TS Khalid Ibrahim akan bersidang untuk memutuskan penganugerahan kepada salah satu dari 3 kontraktor berkenaan sebelum berlansungnya PRU13 iaitu pada 5 Mei 2013.

Jika ini benar-benar berlaku, maka ini adalah salah laku Khalid kerana duduknya beliau sebagai Pengerusi PKNS adalah atas kapasiti MB Selangor.

Rasanya, tidak perlulah PKNS dalam tergopoh gapah kerana hanya seminggu sahaja lagi Selangor akan mendapat kerajaan baru.

2 comments:

Anonymous said...

Aapalah...

Anonymous said...

Biaq pilah...
apa2 pun VOTE for BN...
TAKBIR...