![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjg2RHyHuXg7YNQDTIp3XHuD4O6XXbA3pseiGH3yHJnLGwqFmpfwBtPqbV8N7XvpkeQmTSc9nijN6bfQYZK3Kj_yQB-ewzNQAxSEzn3XERzgmIVnBfEFgUSeLG_2frx7ZQxDExfi5j7oTY/s280/cats-crop.jpg)
![](http://cdn-bm.harakahdaily.net/images/stories/berita/raya2011/6Okt/kl3.jpg)
![](http://cdn-bm.harakahdaily.net/images/stories/berita/raya2011/6Okt/kl2.jpg)
KUALA LUMPUR 1 Dis. — Ketiga-tiga Naib Presiden UMNO hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sekiranya mereka difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat kenyataan tersebut dalam sidang akhbar bersama selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011 oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. [Utusan]
Graduan Melayu terima gaji rendah: Azim
KUALA LUMPUR: Orang Melayu dan Bumiputera negara ini yang masih ketinggalan berbanding bukan Melayu dari segi gaji dan pendapatan, kata Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
2011/12/02
Wakil UMNO Wilayah Persekutuan itu berkata, orang Melayu dan Bumiputera adalah majoriti graduan universiti tetapi menerima gaji permulaan paling rendah sebaik memasuki pasaran kerja. [Berita Harian]
Gloria Macapagal Arroyo only has herself to blame
After a nine-year reign as the most powerful woman in the Philippines, former President Gloria Macapagal Arroyo could well be the loneliest person on this side of the planet.
The once iron lady of Asia has been reduced to being perceived as faking illness in order to escape prosecution that could land her in jail for the rest of her life – a fate suffered – sort of -- by her immediate predecessor. The man from whom she inherited the presidency was as disgraced as she, convicted by a graft court and sent to prison under her presidency. She is now staring at the same ignominious fate. [Asia Sentinel]
SHAH ALAM 25 Nov. - Selepas 25 tahun mengusahakan restoran, Mohd. Rosseli Samsudin, 47, akhirnya terpaksa berputih mata apabila premisnya yang telah dibina dengan pelaburan yang sehingga kini mencecah RM300,000 itu diarah untuk dirobohkan semalam.
Restoran Nurul Tom Yam yang terletak di Jalan Kerjaya, Batu Tiga Lama di sini, diarah untuk dirobohkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Petaling atas alasan dibina tanpa izin di atas tanah lesen pendudukan sementara (TOL). [Utusan]
KUALA LUMPUR 1 Dis. — Ketiga-tiga Naib Presiden UMNO hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sekiranya mereka difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat kenyataan tersebut dalam sidang akhbar bersama selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011 oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. [Utusan]
"A total of 11.5 million workers in Malaysia form the backbone of the national economy but findings from the survey showed that only 41 per cent of respondents said their bosses have done a good job in preparing them for future success.
A further 41 per cent said they have not been well-prepared, and 19 per cent are uncertain"-
Siapa boleh menyangka, dalam tempoh 10 minit baki masa perlawanan dengan jumlah pemain hanya 10 orang, Bahrain mampu menumbangkan skuad Ong Kim Swee 3-2. Dalam tempoh sesingkat itu, bagaikan satu keajaiban, 3 gol boleh dihasilkan. Biarpun gol-gol itu bukan gol mudah namun ia terhasil kerana di dalam skuad Ong Kim Swee sudah timbul beberapa penyakit.Penyakit pertama : Terasa selesaPenyakit kedua : Terlalu yakinPenyakit ketiga : Timbul rasa riak dengan perlekehkan lawan dan menganggap diri tu star habis.Penyakit keempat : Silap strategiPenyakit kelima : LembikPenyakit keenam : Tidak bersyukur kepada Allah dan tidak berterima kasih kepada kerajaan.Penyakit ketujuh : Masih dibuai mimpi kemenangan sebelum ini.
“JIM and ISMAJIM was formed from former IRC usrahs, and it was legally registered in 1990. Those who did not register as JIM members remained as JAMAAH, which later on merged with the Ustaz Dahlan group, which had formed HALUAN in 1986….There was a sister group to JIM which was registered as ISMA, mostly from Ustazs of Mesir…they were supposed to be “adik-beradik”. But of late JIM and ISMA had become “a parting of ways”… ISMA becoming an independent group of its own, taking with it AMAN PALESTINE, which JIM members claim to have initially establish it. Both JIM and ISMA claim to be the Ikhwan attached to the Ikhwan International; but now it seems that both had been in “the parting of ways”.” – Azlan Khalili Shamsudin
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) disebut sebagai harakah Islam di Malaysia. Bila berlaku gerakan reformasi yang bersimpati dengan pemecatan Anwar Ibrahim, beberapa tokoh JIM telah menyertai Parti KeAdilan Nasional (sekarang dikenali sebagai PKR).
Antara tokoh-tokoh JIM yang menyertai KeAdilan ialah Sahri Bahri (pernah menjawat Setia Usaha Agong KeAdilan), Saari Sungib (sekarang ADUN PAS Hulu Klang) dan Fuziah Salleh (MP PKR Kuantan). [Baca SINI].
JIM telah menetapkan visi organisasinya sebagai,
"Visi JIM adalah untuk Membangun sebuah Negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020"
Ketika 2 orang bekas pemimpin JIM dalam kedudukan tinggi dalam PAS dan PKR, dan tempoh waktu hanya berbaki 8 tahun, apakah matlamat ini boleh tercapai?
Hakikatnya, kalau berpandukan kepada konsep PR sendiri yang menetapkan polisi atas dasar konsensus, adalah terlalu mustahil yang visi perlaksanaan syariat Islam menjelang 2020. Alasannya, masing-masing iaitu PKR, PAS dan DAP masing-masing mempunyai kuasa veto dan polisi bersama hanya boleh dilaksana melalui konsensus.
Kecuali Anwar dan Hadi Awang mempunyai pakatan yang berasingan untuk mengkhianati DAP, visi JIM mungkin akan terlaksana.
PAS dalam keadaan pada hari ini sudah tidak boleh diharapkan atas faktor terikat dengan konsensus. Perlu diingat, bahawa bukan menjadi rahsia bahawa Karpal Singh begitu khuatir jika PAS atau UMNO saling bersaing menunjukkan betapa Islamiknya parti masing-masing.
Perlu diingat, sejak sekian lama Pengajian Islam khususnya di UiTM telah diajar pada para siswazahnya. Jumlah lepasan dari IPT itu sahaja telah mencecah ratusan ribu dan itu belum lagi dengan harakah-harakah Islam yang lain. Bayangkan, kalau UMNO mengambil pendekatan yang lebih Islamik berbanding PAS, tidak mustahil sokongan total akan diberikan kepada UMNO.
Sebenarnya, hasrat untuk menubuhkan negara Islam dalam keadaan negara ini umpama tinggal sejengkal untuk digapai. Mengapa saya kata demikian? Jawapannya, ketika DAP mendakwa mendapat sokongan yang tinggi dari bangsa Cina berbanding MCA dan Gerakan, ruang terbaik untuk harakah Islam bersatu untuk menegakkan negara Islam. Caranya ialah memberi pemimpin harakah Islam memberi sokongan kepada UMNO dalam memperkuatkan jumlah perwakilan Islam di parlimen.
Terpulang kepada anda semua untuk memikirkan. Sebenarnya, ini adalah masa yang terbaik. Saya ulangi bahawa untuk menggapai negara Islam cuma tinggal sejengkal. Wajarkah kita hendak menunggu 50 tahun lagi, kerana PAS terpaksa reverse untuk memahamkan DAP dan juga PKR?
Tepuk dada tanya selera! Para pemimpin semua, berundinglah dari sekarang.
Meskipun Ikhwan Muslimin bukanlah punca utama tercetusnya revolusi 25 Januari 2011 yang membawa kepada tumbangnya pemerintahan diktator Mubarak, sesiapa pun tidak mampu menafikan peningkatan mendadak sokongan dan populariti Ikhwan Muslimin, dan parti politiknya yang baru ditubuhkan, Hizb Hurriyyah wa ‘Adaalah, semenjak 25 Januari hingga kini.
Selaku parti dan gerakan yang sehingga kini terbukti paling tersusun secara organisasi dan mempunyai ahli yang komited serta wawasan yang jelas dan Islamik, pengaruhnya di dalam masyarakat berjaya mengakar umbi, dan dijangkakan akan diberi kepercayaan besar oleh masyarakat untuk menjadi suara mereka di dewan Parlimen Mesir.
Sekiranya ini berlaku, maka buat pertama kalinya dalam sejarah Mesir moden, sebuah gerakan Islam benar-benar mempunyai ruang penglibatan dalam penggubalan polisi negara, sekaligus menentukan halatuju dan masa depan negara. Berdasarkan manifesto mereka dalam pilihanraya, jika benar mereka berjaya memainkan peranan, Mesir dan rakyatnya mempunyai masa depan yang cerah.
* * * *
Menurut Ahmad Ar-Rasyid, seorang pemikir gerakan Islam dari Iraq, analisis dan pengamatan perkembangan semasa, jika dilakukan oleh seorang mukmin, maka neraca ukurannya ialah aqidah.
Kerana akhirnya, segala pusaran gelombang hiruk-pikuk kejadian peristiwa di dalam sejarah manusia bertitik tolak daripada satu hakikat — kebenaran (Al-Haq) dan kebatilan (Al-Batil) akan sentiasa bertembung.
Turutan pelbagai peristiwa terkini di Mesir, dalam suasana Mesir di ambang transisi kepada satu era baru, meskipun adakalanya tampak berbelit dan memeranjatkan, pada hakikatnya berputar di sekitar pertembungan antara kebenaran dan kebatilan, antara pengibar panji Islam dan pengibar panji kuffar.
Dan menurut banyak ayat yang ada dalam Al-Quran, kemenangan pihak yang benar selalunya tidak mudah, dan pasti, akan dihalang dan dipatahkan oleh pihak yang batil, yang tidak pernah redha dengan kebenaran.
Mengaitkan hakikat ini dengan situasi di Mesir, tidak salah kita katakan, bahawa fakta yang harus diterima ialah, pengaruh dan kemungkinan kemenangan Ikhwan Muslimin dan lain-lain kumpulan Islam seperti Salafi (Parti An-Nur) dalam pilihanraya akan cuba dihalang dan dipatahkan dari segenap sudut oleh musuh Islam — Israel dan Amerika — dengan menggunakan wasilah kerajaan transisi dan tentera Mesir.
Israel terutamanya, setelah peristiwa demonstrasi rakyat Mesir di bangunan kedutaan Israel di Kaherah (yang berjaya merobohkan dinding tinggi di sekelilingnya), berada dalam keadaan gelisah dan ketakutan. Kemenangan golongan Islamis di dalam pilihanraya penting di Mesir adalah mimpi paling ngeri bagi mereka. Tak mungkin Israel akan membiarkan perkara ini menjadi realiti.
* * * *
Pada penghujung tahun 1920-an, ketika detik-detik akhir pemerintahan Sultan Abd Hamid II, antara khalifah terakhir umat Islam di dalam khilafah Uthmaniyyah, muncul sebuah gerakan yang dinamakan sebagaiTanzim Al-Ittihad Wattaraqqi. Gerakan yang bertujuan menumbangkan sistem khilafah dan menegakkan sistem nasionalisme di Turki ini muncul dengan tajaan Freemason dan beberapa tokoh Yahudi pada masa itu.
Setelah gerakan ini berjaya melakukan beberapa pelan yang membenarkan mereka menjadi suara majoriti dalam dewan kepimpinan Uthmaniyyah ketika itu, mereka mendapati ketegasan Sultan Abd Hamid II dalam mempertahankan kedaulatan sistem Khilafah dan syariah sebagai satu penghalang besar kepada objektif perjuangan mereka.
Dengan menggunakan taktik menimbulkan kacau bilau dalam negara, gerakan ini telah menggerakkan sebahagian ahlinya ‘menyamar’ dengan memperjuangkan sistem Syariah Islamiah, dan meminta Khalifah memecat ahli dewan kepimpinan daripada Tanzim Ittihad Wattaraqqi yang menolak perlaksanaan Syariah. Seruan ini menimbulkan huru hara dalaman dan mendapat pengaruh dari kalangan masyarakat biasa.
Perkara ini dijadikan alasan oleh ahli dewan kepimpinan untuk menggerakkan tentera kerajaan supaya bertindak keras dengan segera ke atas semua yang terlibat dalam seruan menumbangkan dewan kepimpinan Uthmaniyyah, termasuklah Sultan Abd Hamid II sendiri yang dikatakan mempunyai kaitan dengan seruan tersebut.
Taktik dan perancangan mereka menimbulkan huru hara dalaman untuk mengambil alih pemerintahan berjaya dengan terlantiknya boneka baru bagi mereka, Sultan Muhammad V. Ketegasan Sultan Abd Hamid II mempertahankan sistem khilafah dan syariah berjaya dipatahkan, dan mereka berjaya memegang pemerintahan dengan penguasaan ke atas dewan kepimpinan dan tentera.
* * * *
Para pengamat peristiwa yang terjadi sekarang ini di Medan Tahrir dengan mudah dapat mengaitkannya dengan peristiwa di atas.
Kacau bilau yang berlaku di Medan Tahrir kini, tidak mustahil dikatakan sengaja dibiarkan muncul dan dibiarkan melarat supaya menjadi sebab kepada penangkapan dan pengharaman parti politik Islamis yang akan dituduh sebagai dalang kacau-bilau dan huru-hara di Medan Tahrir.
Ikhwan Muslimin melakukan tindakan bijak dengan mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam perhimpunan besar-besaran pada hari Selasa, 22 November, kerana sebarang penglibatan lanjut Ikhwan secara rasmi di dalam perhimpunan di Medan Tahrir hanyalah akan membuka ruang bagi tentera melancarkan serangan dan penangkapan massa ke atas ahli-ahli Ikhwan dan penyokongnya di kalangan rakyat awam.
Tentera dan kerajaan transisi Mesir yang berada di bawah telunjuk Israel dan Amerika akan terus melakar perancangan lain selepas ini bagi memastikan terpadamnya cahaya kemenangan parti-parti Islamis dalam pilihanraya akan datang. Apa pun ia, yang menjadi korban dalam hal ini ialah rakyat biasa Mesir, yang hanya mengharap secebis cahaya demi masa depan mereka, dan anak-anak mereka kelak. Sekiranya Ikhwan dan golongan Islamis lain berjaya membuka mata masyarakat dengan kefahaman supaya bertahan dengan rasional dan mencuba sedaya-upaya memelihara roh thaurah dan kebangkitan baru di Mesir, maka dengan izin Allah, Mesir akan membuka langkah baru dan terus memimpin kebangkitan rantau Arab yang dinanti-nantikan.